Kita sudah tahu, APA ITU IMAN.
Kita sudah tahu, PERINGKAT-PERINGKAT IMAN.
Kita sudah tahu, BAGAIMANA MENDAPATKAN DAN MENGUATKAN IMAN.
Kita sudah tahu, PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN IMAN.
Maka iman yang yang dibina, perlulah dipagari dan dijaga sambil dipupuk dengan baja agar terus subur.
Maka kali ini, penulisan dibuat agar kita tahu, apakah perisai atau benteng-benteng yang perlu kita lakukan bagi menjaga iman yang dibina tidak akan rosak dan luntur. Bagaikan rosaknya tanam-tanaman yang sedang subur akibat ulat dan serangga perosak.
iman sesudah diusaha mencarinya, wajib pula diusahakan memagarinya, guna mengawal dari serangan musuh. Tanpa pagar atau benteng yang kukuh dan sempurna, iman sentiasa terancam oleh musuhnya nafsu dan syaitan dan kita akan sentiasa kehilangan iman. Waktu itu janganlah nafsu dan syaitan disalahkan, tetapi salahkanlah diri sendiri yang cuai mendirikan benteng iman.
Maknanya dalam Islam, kita tidak sahaja disuruh beribadah dan mujahadah guna mendapat iman, tetapi diwajibkan juga beribadah untuk memelihara dan mengawal iman. Ibadah yang dimaksudkan dapat mengawal iman ialah dengan mendirikan benteng iman. Benteng iman ada lima iaitu:
1. Yakin.
2. Ikhlas.
3. Mengerjakan amalan sunat.
4. Istiqamah beramal.
5. Bertatasusila atau berdisiplin.
2. Ikhlas.
3. Mengerjakan amalan sunat.
4. Istiqamah beramal.
5. Bertatasusila atau berdisiplin.
Benteng Iman yang pertama ialah YAKIN.
Benteng yang pertama dan terpenting ialah yakin. Adapun sebabnya mengapa yakin mendahului ikhlas dan lain-lain ialah kerana yakinlah yang menjamin sahnya iman seseorang. Tanpa yakin, iman tidak sah. Dan kalau iman tidak sah, ibadah-ibadah lain tidak ada erti apa-apa lagi. Begitu pentingnya yakin.
Apa yang hendak diyakinkan itu? Yakinkan ALLAH dengan segala sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat, kitab-kitab dengan segala ayat-ayat dan hukum-hukum, rasul-rasul tanpa menolak kerasulan salah seorang daripada mereka, Hari Qiamat dengan semua persoalan tentangnya dan yakin dengan qada dan qadar itu dari ALLAH dan tidak ada satu kuasa lain yang boleh mengubah ketentuan daripada ALLAH.
Meyakini keenam-enam perkara itu dengan sebenar-benar keyakinan adalah syarat penting untuk sahnya iman seseorang. Sebaliknya, kalau satu sahaja perkara itu diragui, maka rosaklah iman. Ini berpandukan satu kaedah dalam ilmu feqah yang mengatakan kufur yang sedikit samalah seperti mengkufuri semuanya. Dalam Islam, kalau ada perkara-perkara tertentu sahaja dari rukun iman yang tidak di yakini, ia dikira tidak beriman.
Keyakinan hendaklah JAZAM iaitu putus atau bahasa pasarnya 100% FINALISE. Keyakinan, tidak boleh dicelahi dengan Syak (yakin 50% ragu 50%), Dzhon (peratusan yakin tinggi, tetapi masih ada keraguan) atau Wahan (peratusan ragu tinggi dari keyakinan).
Keyakinan adalah perlu dan penting. Oleh itu wajiblah kita belajar dan berusaha menyuburkan keyakinan kita. Jangan biarkan sedikit pun keraguan mencelah keyakinan kita. Keraguan mesti dilawan dengan ilmu yang benar bukan dengan akal sahaja.
Syaitan sentiasa menggunakan akal dan nafsu manusia untuk meragu-ragukan dan mewas-waskan kita. Tanpa ilmu yang benar dan menyeluruh kita akan terperangkap dalam perangkap syaitan. Kalau terperangkap dalam perangkap lahir, seperti tidak sembahyang, tidak berzakat, berjudi, rasuah, kita hanya berdosa; maknanya tidak kekal dalam Neraka, tetapi kalau terperangkap dalam perangkap batin, sedi- kit sahaja ragu-ragu itu mencelahi keyakinan, habislah iman. Hapuslah semua pahala amal. Matilah sebagai orang kafir dan akan kekal dalam Neraka.
Untuk mengelak dari terjebak dalam nasib seburuk itu, eloklah dari sekarang diusaha dirikan benteng iman yang pertama ini iaitu yakin. Untuk itu perlulah ada ilmu. ILMU TAUHID yang menjadi fardhu ain. Hanya dengan ilmu TAUHID itulah sahaja kita dapat menolak segala hasutan syaitan yang tidak pemah putus asa berjuang menghapuskan iman kita.
Benteng iman yang kedua ialah ikhlas. Seperti yakin, ikhlas juga sangat penting. Tanpa ikhlas, sesuatu amalan akan tertolak, tetapi kalau tidak ikhlas, hanya amalan yang tidak ikhlas itulah sahaja yang tertolak. Amalan lain kalau ikhlas tetap diterima ALLAH.
Ikhlas ialah meniatkan apa yang dibuat dan apa yang ditinggalkan dengan kerana ALLAH. Ertinya apa sahaja perintah ALLAH yang kita buat, sama ada fardhu ain, fardhu kifayah, sunat muakkad, sunat ghairi muakkad atau harus mestilah diniatkan kerana ALLAH. Kalau tidak diniatkan kerana ALLAH, amalan itu dikira tidak ikhlas. Sesuatu amalan yang tidak ikhlas adalah tertolak, tidak diberi pahala dan sia- sia. Kita lihat beberapa contoh bagaimana amalan yang ikh- las dan amalan yang tidak ikhlas.
1. Usaha mencari duit atau meninggikan taraf ekonomi baik secara individu atau secara jemaah, kalau diniatkan kerana ALLAH (sebab ianya satu perintah ALLAH berbentuk fardhu kifayah) adalah dikira ikhlas. Sebaliknya kalau kerja itu di- niatkan untuk kaya, untuk bertanding dengan orang lain atau untuk prestasi kaum, adalah dikira tidak ikhlas.
2. Menuntut ilmu kalau diniatkan kerana ALLAH adalah ikhlas, sebaliknya menuntut ilmu kalau diniatkan untuk pandai, untuk dapat pengiktirafan manusia berbentuk sijil atau ijazah serta berlumba-lumba dan seterusnya untuk dapat pangkat dan Wang, maka amalan itu dikira tidak ikhlas.
3. Arak dan judi kalau ditinggalkan kerana ALLAH akan diki- ra ikhlas. Sebaliknya kalau kejahatan itu tidak dibuat hanya kerana kebiasaan, atau kerana takutkan akibat buruk yang datang darinya atau kerana tidak ada duit, maka ia dikira tidak ikhlas.
2. Menuntut ilmu kalau diniatkan kerana ALLAH adalah ikhlas, sebaliknya menuntut ilmu kalau diniatkan untuk pandai, untuk dapat pengiktirafan manusia berbentuk sijil atau ijazah serta berlumba-lumba dan seterusnya untuk dapat pangkat dan Wang, maka amalan itu dikira tidak ikhlas.
3. Arak dan judi kalau ditinggalkan kerana ALLAH akan diki- ra ikhlas. Sebaliknya kalau kejahatan itu tidak dibuat hanya kerana kebiasaan, atau kerana takutkan akibat buruk yang datang darinya atau kerana tidak ada duit, maka ia dikira tidak ikhlas.
Dengan contoh-contoh tadi dapatlah diqiaskan dengan amalan-amalan lain. Dan ingatlah bahawa sesuatu amalan yang tidak ikhlas tidak akan diterima ALLAH. Sebagai bukti cuba perhatikan maksud Hadis berikut:
Abu Hurairah r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Abu Hurairah r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Pertama yang akan di- perhitungkan di Akhirat ialah seorang yang mati syahid. Setelah dihadapkan ke hadrat Tuhan lalu ditanya, "Apakah perbuatan kamu terhadap nikmat itu?" Jawabnya, "Aku telah berjihad untuk-Mu hingga mati syahid."
Berfirman Tuhan: "Engkau telah dusta. Engkau berjuang bukan kerana Aku tetapi kerana ingin terkenal sebagai pejuang dan disebut-sebut tentang keberanian dun ketokohanmu. Dan engkau telah perolehi itu semua."
Maka ALLAH perintahkan orang itu diseret ke dalam api Neraka.
Orang kedua ialah seorang yang telah banyak ilmu dun pandai serta mengajar tentang Al Quran, ketika dihadapkan kepada Tuhan ia ditanya, "Apakah yang telah kamu perbuat terhadap semua itu?" Jawabnya, "Aku telah pelajari ilmu dan mengajar- kannya."
Berfirman Tuhan: "Engkau dusta. Engkau belajar kerana ingin terkenal sebagai seorang alim dun engkau baca Quran kerana ingin dikenal seba- gai seorang qari dun semua itu telah engkau per- olehi." Maka ALLAH memerintahkan supaya dia diseret ke dalam api Neraka.
Orang ketiga ialah hartawan yang memiliki segala jenis kekayaan. Ketika dihadapkan kepada Tuhan, ia ditanya, "Apakah amalanmu terhadap semua hartamu itu?" Jawabnya, 'Aku telah gunakan untuk semua urusan di jalan-Mu dan semata-mata kerana- Mu Tuhan." Berfirman Tuhan: "Engkau dusta. Engkau membelanjakan hartamu adalah kerana inginkan supaya dikenali sebagai seorang hartawan ' dan engkau telah perolehi itu." Maka ALLAH memerintahkan supaya ia diseret ke dalarn api Neraka.
Demikian ketentuan ALLAH. Satu ketentuan yang pasti dan kita akan menghadapinya satu hari nanti. Hari di mana manusia tidak boleh berdolak-dalih lagi. Hari di mana kita terpaksa menerima akibat dari usaha kita sendiri. Di hari itu orang-orang yang tidak ikhlas akan melolong memekik dan menyesal kerana amalannya tertolak. Dia sangka dia dapat membohongi ALLAH, rupanya tidak, ALLAH lebih tahu darinya tentang gerak hatinya sendiri.
Dari itu, marilah kita insaf dari sekarang, betulkan niat kita ketika melakukan sesuatu amalan. Pohon dari ALLAH agar diberi-Nya hati yang ikhlas. Dalam satu Hadis Qudsi ALLAH berfirman yang bermaksud:
Terjemahan: Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba- hamba-Ku yang Aku kasihkannya. (Riwayat: Abu Hasan Al Basri)
Terjemahan: Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba- hamba-Ku yang Aku kasihkannya. (Riwayat: Abu Hasan Al Basri)
Kerana ikhlas itu satu rahsia ALLAH tentulah tidak mungkin kita dapat mengetahui siapakah yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah sesuatu amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya. Tetapi yang anehnya, orang-orang kita selalu membahasakan dirinya ikhlas. "Saya ikhlas," katanya. Sebenamya tidak boleh begitu.
Dalam Islam, orang yang mengaku baik itulah orang yang tidak baik. Misalnya dia berkata "Saya kuat iman. Saya dermawan, saya amanah", tetapi sebenamya dia tidak begitu. Pengakuan-pengakuan begitu selalu dibuat oleh orang-orang yang tidak berakhlak.
Walaupun ikhlas adalah rahsia, namun Islam ada membuat satu garis panduan untuk kita mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas. Caranya, orang puji atau orang keji amalan kita, kita rasa sama sahaja. Pujian tidak membanggakan, kejian tidak menyusahkan. Itulah tanda ikhlas. Maknanya, amalan itu betul-betul dibuat kerana ALLAH. Sebab itu kalau manusia keji, caci atau hina, hati tidak pun cacat tidak timbul perasaan marah, dendam atau ingin melawan dengan orang yang menghina itu.
Begitu juga, kalau orang puji, pujian tidak berbekas di hatinya; tidak timbul rasa bangga, puas hati dan tidak juga bertambah kasih sayang pada orang yang memuji itu dise- babkan pujiannya. Bagi orang-orang yang ikhlas, pujian dan kejian tidak pernah difikirkan apalagi hendak diharapkan. Mereka sangat takut kalau-kalau ALLAH menolak amalan dan memurkai mereka. Sebaliknya mereka sangat ingin ALLAH menerima baik amalan-amalan mereka serta meredhai mereka.
Sayidina Ali k.w. ketika musuhnya meludahi mukanya, terus dilepaskannya peluang untuk mengalahkan musuh itu. Bila ditanya kenapa dia berbuat begitu, terus dijawab, "Aku bimbang kalau-kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana marah bukan kerana ALLAH."
Demikian satu contoh bahawa orang yang ikhlas sang- gup mengenepikan kepentingan sendiri dalam usaha mencari keredhaan ALLAH. Mereka tidak bimbang nasib diri, rugi atau untung, orang keji atau puji, menang atau kalah, yang penting supaya ALLAH menerima baik amalan mereka.
Rasulullah SAW kerana menganjurkan sifat ikhlas telah bersabda bermaksud:
Terjemahannya: Berbuat baiklah pada orang yang berbuat jahat kepada kamu.
Seseorang yang benar-benar mencari keredhaan ALLAH, akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti pada-Nya. Ketika orang lain bertindak jahat pada mereka, mereka akan merasa berpeluang untuk dapat pahala dan kasih sayang ALLAH. Sebab itu kejahatan orang diterima baik dan dibalasi dengan kebaikan pula.
Ini benar-benar berlaku di kalangan orang-orang soleh dan muqarrobin; ketika mendengar orang menghina mereka, terus dihantamya hadiah pada orang itu. Bila ditanya apa tujuan hadiah itu diberi, jawapan mereka ialah: "Orang yang menghina kita sebenarnya memberi pahala pada kita. Memberi pahala samalah seperti memberi, Syurga. Jadi untuk membalas pemberian yang begitu besar pada kita, patut sangatlah kita menghadiahkan sesuatu kepadanya."
Begitu hati yang ikhlas. Dia tidak melatah kalau orang mencabar, malah cabaran itu mendekatkan dirinya pada ALLAH. Untuk mendapatkan hati yang ikhlas bukanlah sesua- tu yang mudah. Tanpa usaha yang sungguh-sungguh kita akan sentiasa tewas di tangan syaitan yang sentiasa nekad untuk menjatuhkan kita. Ingatlah ketika ALLAH SWT melak- nati Iblis. Lalu ia merayu untuk menyesatkan semua anak cucu Nabi Adam a.s. Kerana itu ALLAH SWT membenarkannya, namun Iblis mengakui:
Terjemahannya: Jawab Iblis: "Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka." (Shad: 82-83)
Dengan itu syaitan akan merasuk semua orang supaya derhaka pada ALLAH. Dan semua orang akan mengikutnya kecuali mereka-mereka yang memiliki hati yang ikhlas.
Orang yang tidak ikhlas, sekalipun tuan guru, tuk kadhi, tuk imam, ustaz atau ustazah pasti ALLAH biarkan pada syaitan. Bila ALLAH biarkan pada syaitan, Nerakalah tempatnya. Oleh itu berhati-hatilah. Pohonlah pimpinan ALLAH selalu serta mujahadahlah terhadap nafsu dan syaitan, supaya se- tiap amalan yang kita lakukan adalah kerana dan untuk ALLAH semata-mata. Hanya dengan cara itulah sahaja kita akan selamat.
1.
Iman Dan Persoalan part 1 ~ Definisi Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-1.html
)
2.
Iman Dan Persoalan part 2 ~ Tingkatan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-2.html
)
3.
Iman Dan Persoalan part 3 ~ Bagaimana
Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-3.html
)
4.
Iman Dan Persoalan part 4 ~ Taubat Langkah
Pertama Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-4.html
)
5.
Iman Dan Persoalan part 5 ~ Mujahadatunnafsi
Dalam Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-5.html
)
6.
Iman Dan Persoalan part 6 ~ Perkara Yang
Merosakkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-6.html
)
7.
Iman Dan Persoalan part 7 ~ Benteng-benteng
Pertahanan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-7.html
)
8.
Iman Dan Persoalan part 8 ~ Benteng-benteng
Pertahanan Iman 2 (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-8.html
)
No comments:
Post a Comment