BENTENG-BENTENG IMAN
Maka saya lanjutkan lagi perbahasan berkenaan benteng-benteng iman lanjutan dari penulisan yang terdahulu. Dalam penulisan terdahulu ada dinyatakan bahawa benteng iman itu antaranya adalah :
1. Yakin.
2. Ikhlas.
3. Mengerjakan amalan sunat.
4. Istiqamah beramal.
5. Bertatasusila atau berdisiplin.
2. Ikhlas.
3. Mengerjakan amalan sunat.
4. Istiqamah beramal.
5. Bertatasusila atau berdisiplin.
Kita sudah membahaskan tentang YAKIN dan IKHLAS. maka kita lanjutkan perbahasan kita.
3. MENGERJAKAN AMALAN SUNAT
Benteng iman yang ketiga boleh didirikan dengan mengerja- kan amalan-amalan sunat. Maknanya dengan mengerjakan amalan-amalan sunat, iman akan terkawal. Bagaimana ini boleh terjadi? Sedangkan apa yang kita tahu amalan sunat tidaklah diberatkan. Kalau dibuat dapat pahala dan kalau ditinggalkan pun tidaklah berdosa. Mengapa pula ia boleh jadi benteng iman?
Sebenamya, amalan sunat mempunyai dua fungsi yang penting :
1. Menyempumakan amalan wajib.
2. Meninggikan pangkat dan darjat di Syurga.
2. Meninggikan pangkat dan darjat di Syurga.
Telah saya bincangkan sebelum ini bahawa semua ibadah yang ALLAH perintahkan adalah bertujuan mendatangkan iman. Semua ibadah yang dilakukan dengan sempuma akan menghasilkan iman yang juga sempuma. Sebaliknya kalau ibadah tidak sempuma, maka iman yang diperolehi pun tidak sempurna.
Sebab itu, dengan tujuan untuk menyempumakan iman maka diperintahkan manusia mengerjakan amalan tambahan ataupun ibadah sunat. Dengan ibadah sunat, kalau ada ibadah fardhu yang tidak sempuma akan jadi sempuma. Ibarat kain yang koyak perlulah ditampal dengan kain, kertas koyak ditampal dengan kertas, atap genting bocor ditampal dengan atap genting, demikianlah seterusnya.
Sembahyang kalau tidak sempurna mestilah ditampal dengan sembahyang sunat. Zakat disempumakan dengan sedekah, haji dengan umrah dan seterusnya. Kalaulah amalan fardhu yang tidak sempuma tetapi tidak pula disempur- nakan dengan amalan sunat, maka orang itu tetap berdosa. Dan dosa balasannya Neraka. Untuk mengelakkan dari seksaan itu, bagi kita yang ibadah belum sempuma ini, elok sangatlah membanyakkan amalan sunat. Sembahyang fardhu yang selalu tidak khusyuk disempumakan dengan sembahyang sunat. Puasa sunat untuk menyempumakan puasa wajib yang tidak sempuma. Sedekah dan derma untuk menyem- pumakan zakat yang tidak lengkap. Demikianlah juga kalau mampu mengerjakan umrah untuk menyempumakan haji yang cacat.
Mengikut kaedah feqah, seseorang yang amalan wajibnya tidak sempurna, maka amalan sunatnya bukan lagi sunat tetapi jadi wajib 'aradhi (wajib mendatang). Sebab ia boleh menyempumakan amalan wajib. Tetapi hukum ini tidak boleh diisytiharkan sebab kita tidak tahu siapa-siapakah yang amalan fardhunya tidak sempuma. Allah sahajalah yang tahu dan hanya Dia nanti akan menentukan siapakah dia yang amalan sunatnya dianggap wajib atau sebaliknya.
Bagi orang-orang yang sudah sempuma amalan wajibnya, maka kalau ada amalan sunatnya ia akan menambahkan pangkat dan darjat di Syurga.
Inilah fungsi kedua ibadah sunat. Janganlah ianya dianggap sesuatu yang enteng. Di dunia ini kita berlumba-lumba untuk naik pangkat kenapa tidak di Syurga nanti? Patutnya berlumba-lumbalah dari sekarang untuk meninggikan pangkat kita di Syurga dengan membanyakkan amalan sunat.
Dalam mengerjakan amalan-amalan sunat, Rasulullah SAW ada memberi panduan dengan sabda baginda yang bermaksud:
Orang yang paling kuat ibadah ialah orang yang warak sekalipun sedikit amalan sunatnya.
Ertinya, seseorang yang warak tidak melakukan maksiat adalah dikira sebagai orang yang banyak ibadah walaupun ibadah sunatnya tidaklah banyak. Sebaliknya seseorang yang melakukan maksiat, walaupun banyak amalan sunatnya tidaklah dikira sebagai orang yang benar-benar berbakti ke- pada ALLAH. Sebabnya adalah: meninggalkan maksiat adalah fardhu sedangkan sunat tidaklah setinggi fardhu.
Apa yang dapat kita pelajari dari Hadis ini ialah amalan sunat mestilah dibuat serentak dengan perjuangan meninggalkan larangan ALLAH. Kalau tidak ibadah itu akan hilang dalam dosa yang kita buat. Hasilnya sepertilah kita tidak beramal langsung. Sia-sia. Rasulullah SAW bersabda lagi yang maksudnya:
Orang yang zuhud dan warak itulah dia wali ALLAH yang sebenar.
Maksud baginda dengan Hadis ini ialah tingginya darjat seseorang di sisi ALLAH bukanlah kerana banyaknya amalan lahir sahaja tetapi adalah kerana hati yang benar-benar takut pada ALLAH. Bukti bahawa hati itu takut pada ALLAH ialah terpancarnya sifat zuhud dan warak.
Zuhud ialah takut untuk berlebih-lebihan dengan harta dan nikmat ALLAH. Nikmat ALLAH bukan sahaja duit, harta, kain baju dan makanan tetapi yang lebih penting dari itu ialah kebesaran dan kemegahan. Ada orang boleh sabar dengan kain baju dan makanan tetapi sangat ingin pada pangkat dan kemasyhuran. Orang ini sebenamya tidak zuhud sebab dia tidak takut ALLAH kalau-kalau dia terlebih menggunakan nikmat itu.
Orang yang warak pula ialah orang yang takut pada ALLAH untuk melakukan sebarang dosa. Kerana itu bukan sahaja dosa besar yang dia tidak buat, dosa kecil pun dia jauhi. Dengan hati yang zuhud dan warak barulah amalan fardhu dan sunat seseorang akan bemilai di sisi ALLAH.
Apa yang dapat kita faham dari Hadis ini, bahawa matlamat ibadah itu adalah untuk membentuk hati supaya bersih dan dekat dengan ALLAH. Dengan kata lain, beribadah ialah untuk mendapatkan iman. Sebab itu kita dianjurkan supaya membanyakkan amalan sunat dengan tujuan membaiki hati dan menambah iman. Dan kalau amalan sunat tidak pun memberi kesan demikian, maka waktu itu amalan sunat itu adalah sia-sia. Tidak berguna apa-apa. Sebab itu Imam Ghazali ada berkata:
"Tidak mengapa tidak sembahyang tahajud di malam hari asalkan tidak membuat maksiat di siangnya."
Kalau sembahyang tahajud tidak dapat menghalang dari maksiat, maka lebih baiklah tidak tahajud asalkan tidak membuat maksiat. Ertinya sembahyang tahajud tidak ada nilai di sisi Allah kalau di waktu lain masih menderhakai- Nya.
Oleh itu tugas kita sekarang ialah memastikan bahawa setiap bertambahnya amalan sunat, maka berkuranglah maksiat dan derhaka kita pada ALLAH. Kalau tidak begitu, yakinlah bahawa amalan sunat kita itu bukan lagi jadi benteng iman tetapi jadi perangkap syaitan untuk kita memasuki Neraka Allah.
4. ISTIQAMAH BERAMAL
Sikap istiqamah (tetap) beramal adalah benteng iman yang keempat. Seseorang yang memiliki sikap ini sebenamya telah mendirikan benteng untuk mengawal imannya daripada gangguan musuh. Sebaliknya tanpa sikap ini seseorang telah membuka satu pintu kepada musuh untuk masuk ke hati dan merosakkan imannya. Bagaimana ini boleh terjadi?
Telah saya katakan berulang kali bahawa tujuan ibadah itu adalah untuk membuahkan iman dan akhlak. Kalau tidak begitu, ibadah itu tidaklah bererti apa-apa. Amalan yang membuahkan iman dan akhlak itu adalah benteng yang menjaga iman. Maka melaksanakannya secara tetap dan berterusan akan menetapkan iman dan akhlak itu pada hati kita.
Sebaliknya, kalau amalan yang berbuah itu dilakukan kadang-kadang dan tidak teratur, maka tentulah iman itu juga tidak terjamin keselamatannya. Di waktu amalan itu kita lakukan iman akan tinggi, tetapi ketika amalan itu di- tinggalkan iman akan rendah serendah-rendahnya.
Oleh itu supaya iman sentiasa ada dan stabil, sikap istiqamah beramal adalah penting. Ia akan bertindak sebagai benteng yang dapat memelihara dan menyelamatkan iman" daripada serangan musuh, nafsu dan syaitan.
Sabda Rasulullah SAW:
Sabda Rasulullah SAW:
Sebaik-baik amal ialah amalan yang kekal, walaupun sedikit.
Yang penting dalam beramal ialah mengekalkan amalan itu. Biarlah sedikit asal dikekalkan (istiqamah), daripada banyak amalan tetapi tidak kekal. Tetapi yang lebih baik daripada itu ialah banyak dan kekal. Kalau tidak mampu banyak, cukuplah sedikit asal kekal daripada banyak tetapi tidak kekal.
Contohnya: Membaca Al Quran; cukuplah lima baris sekali baca dengan dibuat tiap-tiap hari daripada lima juz sekali baca tetapi dibuat sebulan sekali. Sembahyang sunat cukuplah tiap-tiap malam dua rakaat daripada sebulan sekali walaupun seratus rakaat. Sedekah; biar 10 sen tiap-tiap hari daripada $10.00 tetapi setahun sekali.
Kebaikan dari sikap istiqamah ini ialah:
Amalan yang dibuat secara istiqamah akan berkesan. Umpama setitik air kalau terus-menerus memukul batu, lama-kelamaan .akan melekukkan batu. Sebaliknya kalau banjir sekalipun, tetapi hanya sekali datangnya, tentu tidak berbekas pada batu.
Tujuan beramal ialah untuk membuahkan iman dan akh- lak. Setiap kali kita beramal kita akan merasai nikmat buah- nya itu. Jadi kalau sesuatu amalan itu kita kekalkan, makna- nya kita akan sentiasa dapat menikmati nikmatnya. Nikmat inilah yang akan memelihara iman kita.
Musuh kita nafsu dan syaitan tidak pernah rehat daripada memusuhi kita. Dengan istiqamah, barulah seimbang per- tahanan kita terhadap musuh. Maknanya kita juga tidak pernah berehat mempertahankan iman kita.
Imam Ghazali mengingatkan: "Banyakkanlah olehmu akan amalan yang terasa berbekas di hati."
Imam Ghazali mengingatkan: "Banyakkanlah olehmu akan amalan yang terasa berbekas di hati."
Lain orang lain hatinya, maka lain pulalah minat dan kegemaran beramal. Ada orang seronok dengan zikir Alhamdulillah. Maknanya bila sebut Alhamdulillah terasa di hati lazatnya zikir. Maka untuk orang ini banyakkanlah zikir tersebut.
Orang lain pula rasa lazat dengan puasa. Maka banyakkanlah puasa sunat. Seterusnya ada orang yang terasa lazat dengan berfikir. Bila berfikir terasa bertambah iman. Maka banyakkanlah berfikir.
Kebaikan dari sikap ini ialah apabila sesuatu amalan itu dilakukan dengan suka dan rela, ia akan lebih berkesan dan tidak menjemukan. Orang yang beramal kerana terpaksa dan ikut-ikutan tidak akan memperolehi apa-apa kesan baik se- baliknya akan mudah terasa jemu. Orang yang jemu beramal akan putus hati dengan Allah.
Bila putus hubungan hati dengan Allah, orang itu se- dang berada dalam kemurkaan Allah. Allah berfirman dalam hadis Qudsi yang maksudnya:
Hai hamba-Ku, mengapa kamu jemu beramal sedang- kan Aku tidak pernah jemu memberi pahala padamu?
Hai hamba-Ku, mengapa kamu jemu beramal sedang- kan Aku tidak pernah jemu memberi pahala padamu?
Allah SWT sentiasa bersedia untuk melimpahkan rahmat dan pahala pada kita, mengapa kita tidak mempedulikannya?
Untuk mengelak dari sikap itu, kita mesti berhati-hati dalam beramal. Jangan beramal kerana ikut-ikut orang dan kerana terpaksa. Tilik dahulu hati dan minat kita, kemudian pilihlah amalan yang betul-betul sesuai, kemudian baru lakukan. Kalau tidak, lama-kelamaan, penyakit jemu beramal akan menyerang kita.
Bila jemu, banyaklah yang boleh berlaku. Ada yang langsung meninggalkan amalan itu. Ada pula yang langsung benci dengan Islam. Sebab itu selalu berlaku orang lari meninggalkan jemaah Islam, pergi meneruskan hidup yang sesuai dengan nafsu dan syaitan.
Dalam beramal elok dipraktikkan teori: biar sedikit tetapi banyak jenis daripada banyak tetapi satu jenis. Mencari keuntungan Akhirat samalah seperti mencari keuntungan di dunia. Di dunia macam-macam yang kita buat; berniaga, tanam padi, tanam sayur, tangkap ikan dan temak binatang. Kalau satu daripada usaha itu mengalami kerugian, kita masih boleh bergantung pada usaha-usaha yang lain. Tetapi kalau kerja kita satu jenis sahaja, katakanlah berniaga sa- haja, tiba-tiba kita rugi, akan menderitalah kita waktu itu.
Begitulah juga halnya dalam mencari keunhmgan hidup di Akhirat. Elok kita beramal banyak jenis seperti sembah- yang, puasa, sedekah, zikir, baca Quran, tolong-menolong, berdakwah dan lain-lain yang dianjurkan oleh syariat. Kata- lah ada di antara amalan itu tidak diterima oleh Allah, masih ada yang lain yang boleh kita harapkan. Tetapi kalau satu jenis sahaja amalan kita, tiba-tiba yang satu itu tidak diterima, apalagi yang boleh diharapkan? Oleh itu cuba ja- ngan tumpukan amalan kita pada satu jenis sahaja. Usahakan supaya banyak jenis, biarlah sedikit asalkan istiqamah.
1.
Iman Dan Persoalan part 1 ~ Definisi Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-1.html
)
2.
Iman Dan Persoalan part 2 ~ Tingkatan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-2.html
)
3.
Iman Dan Persoalan part 3 ~ Bagaimana
Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-3.html
)
4.
Iman Dan Persoalan part 4 ~ Taubat Langkah
Pertama Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-4.html
)
5.
Iman Dan Persoalan part 5 ~ Mujahadatunnafsi
Dalam Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-5.html
)
6.
Iman Dan Persoalan part 6 ~ Perkara Yang
Merosakkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-6.html
)
7.
Iman Dan Persoalan part 7 ~ Benteng-benteng
Pertahanan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-7.html
)
8.
Iman Dan Persoalan part 8 ~ Benteng-benteng
Pertahanan Iman 2 (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-8.html
)
No comments:
Post a Comment