Apa itu nafsu ?
ALLAH berfirman yang maksudnya :
"Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah orang yang mengotorinya" (QS Asy Syams 9 dan Asy Syams 10)
Islam menganggap nafsu itu sebagai musuh. ALLAH SWT telah menegaskan yang maksudnya :
"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan" (QS Yusuf : 53)
Dalam ayat ini digunakan tiga bentuk ketegasan, yakni in - taukik, lam - taukik dan fill (Isim fill mubalaghah). Ini menunjukkan bentuk penekanan yang "sungguh-sungguh" membawa kepada kejahatan.
Nafsu adalah musuh dalam diri. Bahkan ia sebahagian daripada diri manusia. Ia adalah jismul latif (jisim yang tidak dapat dilihat). Ia sebahagian daripada badan tetapi ia perlu dikekang. Jika tidak dikekang ia musuh yang akan merosakkan diri. Hendak dibuang ia sebahagian daripada diri. Oleh kerana itu sangat sulit untuk melawan hawa nafsu. Nafsu adalah jalan atau high way bagi syaitan. Ini diterangkan oleh hadis Rasulullah SAW yang maksudnya :
"Sesungguhnya syaitan itu bergerak mengikuti aliran darah, maka persempitkan jalan syaitan melalui lapar dan dahaga"
Ini menunjukkan syaitan dapat dilawan dengan melawan hawa nafsu secara mengurangi makan atau berpuasa. Jika nafsu tidak terdidik, jalan syaitan adalah besar. Sedangkan syaitan itu juga adalah musuh. Firman ALLAH yang maksudnya :
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata" (Al Israa' 53)
Dalam Al Quran, penegasan tentang syaitan sebagai musuh hanya sekali berbanding dengan tiga kali pada nafsu. Ini menunjukkan nafsu lebih jahat daripada syaitan. Syaitan dapat lorong (peluang) yang amat luas untuk merosak manusia jika nafsu tidak terdidik.
Mengalahkan nafsu tidak dapat ditiup atau dijampi-jampi. Tetapi tewaskan hawa nafsu dengan riadahtunnafsi dan mujahadatunnafsi, nescaya syaitan akan sukar untuk mempengaruhi diri. Jika nafsu terdidik, jalan syaitan akan terputus. Yang boleh dijampi dengan ayat-ayat Quran ini ialah bila syaitan merosakkan hati manusia. Sedangkan bila hati rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. Oleh kerana itu, untuk menyekat hasutan syaitan, tutuplah pintu-pintu syaitan memasuki hati dengan mendidik nafsu untuk taat kepada perintah ALLAH SWT. Jika nafsu sudah terdidik maka sukarlah syaitan mempengaruhi kita. Oleh kerana itu perangilah nafsu nescaya hilanglah pengaruh syaitan dalam diri.
Manusia adalah ciptaan terhebat ALLAH SWT. Malaikat dicipta bersama akal tanpa nafsu. Haiwan dicipta bersama nafsu tanpa akal. Sedangkan dalam diri manusia dicipta bersamanya akal dan nafsu. Manusia yang mampu mendidik nafsunya, hakikatnya adalah manusia yang lebih hebat dan lebih mulia dari malaikat. Nafsu diperlukan untuk manusia. Dengan nafsu manusia boleh menjadi kecewa, celaka dan dapat masuk Neraka. Tetapi nafsu juga boleh menjadi alat untuk sampai kepada kebahagiaan di dunia sebelum sampai ke Akhirat.
Dalam sebuah kitab karangan Syeikh Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya ALLAH SWT telah menciptakan akal.
Maka ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan ALLAH SWT, kemudian ALLAH SWT berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian ALLAH SWT berfirman lagi yang bermaksud :"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu ALLAH SWT berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu ALLAH SWT menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian ALLAH SWT berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu ALLAH SWT menyiksanya dengan neraka jahim selama 10 tahun.
Dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian ALLAH SWT berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu ALLAH SWT menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' dengan siksaan KELAPARAN selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka ALLAH SWT berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka ALLAH SWT mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Bila ALLAH ciptakan Nabi Adam as, ALLAH masukkan akal dan nafsu dalam tubuhnya. Ketika Adam datang ke bumi, zuriat manusia bertambah, maka nafsu dan akal tidak dapat dipisahkan. Kemungkaran yang terjadi di atas muka bumi ini adalah dari nafsu, bukan dari akal.
Bila akal dan nafsu ada dalam tubuh manusia, maka terjadilah pertentangan di antara satu sama lain. Peperangan nafsu dan akal tidak pernah henti-henti, kadang-kadang menang nafsu, kadang-kadang menang akal. Buktinya bila berhadapan dengan kebaikan, nafsu ajak kepada kejahatan, akal ajak kepada kebaikan. Kalau kita ikut nafsu, kita kalah, ikut akal kita menang. Namun bagaimanapun nafsu perlu untuk manusia. Bila nafsu habis, manusia akan habis.
Contohnya nafsu seks, kalau tidak ada, maka zuriat manusia tidak akan berkembang. Begitu juga dengan nafsu makan, tidak akan habis ia merupakan fitrah. Kalau nafsu makan tidak ada, orang itu akan mati. Tentang nafsu kelamin ini pernah datang seorang sahabat kepada Rasulullah SAW dan memberitahu untuk membunuh nafsu kelaminnya agar ia dapat berjuang sungguh-sungguh, tetapi Rasulullah SAW melarang, sebab Rasulullah SAW juga berumah tangga dan suka dengan zuriat banyak yang banyak.
Pernah suatu saat ada seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah untuk berpuasa terus menerus, agar dapat lebih berbakti kepada ALLAH. Itupun Rasulullah SAW melarang kerana Baginda juga berpuasa dan juga berbuka. Rasulullah SAW juga bermasyarakat dan berjuang untuk menegakkan dunia dan Akhirat. Jadi Rasulullah SAW memberi jalan tengah, bahwa nafsu ini adalah perlu untuk manusia. Cuma jangan tersalah langkah, ia akan ke Neraka. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya "Ada dua lubang yang dapat menyebabkan seseorang masuk Neraka, yaitu lubang faraj dan lubang mulut, dua lubang ini juga dapat menyebabkan seseorang masuk Syurga".
Nafsu ini dapat kita jadikan kuda untuk ke Syurga. Ada sebahagian orang bila dengar nafsu, terbayang perkara-perkara jahat saja. Nafsu itu adakalanya jahat, adakalanya baik. Nafsu akan jadi baik bila dilatih. Al Imam Al Ghazali mengibaratkan nafsu itu sebagai anjing, bila dilatih dia akan dapat jadi baik.
Ulamak-ulamak Islam telah membagikan nafsu kepada 7 peringkat :
1. Ammarah
2. Lauwamah
3. Mulhamah
4. Muthmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamilah
1. Ammarah
2. Lauwamah
3. Mulhamah
4. Muthmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamilah
1.
Nafsu Dan Persoalan Part 1 ~ Apa itu nafsu (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/nafsu-dan-persoalan-part-1.html
)
2.
Nafsu Dan Persoalan Part 2 ~ Tingkatan Nafsu (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/nafsu-dan-persoalan-part-2.html
)
3.
Nafsu Dan Persoalan Part 3 ~ Cara Mendidik Nafsu
(http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/nafsu-dan-persoalan-part-3.html
)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKisah PENCIPTAAN NAFSU tu tidak sahih sebab kitab Durratun Nasihin oleh Uthman Khawbawi adalah di radd (ditolak) oleh semua muhaddith, hikayat dan khabar di dalamnya banyak yg palsu, termasuk kisah penciptaan nafsu di atas.
ReplyDelete