KAJIAN MAKNA “KULL” (كل) DALAM HADITH
TENTANG BIDA’AH
Ditulis pada November 12,
2015 oleh abuolifa
كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَ
لَةٍ وَكُلُّ ضَلاَ لَةٍ فِى النَّارِ
“Setiap bida’ah itu
sesat dan setiap kesesatan itu masuk neraka”.
Dengan membandingkan hadith
tersebut serta AL QURAN Al Kahfi: 79 yang sama2 dihukumkan ke kullu majmu’ akan
kita dapati sebagai berikut:
Bida’ah itu kata
benda, tentu mempunyai sifat, tidak mungkin ia tidak mempunyai sifat, mungkin
saja ia bersifat baik atau mungkin bersifat buruk. Sifat tersebut tidak ditulis
dan tidak disebutkan dalam hadith di atas; dalam Ilmu BALAGHAH dikatakan,
حدف الصفة على الموصوف
“Membuang sifat dari benda yang bersifat”.
حدف الصفة على الموصوف
“Membuang sifat dari benda yang bersifat”.
Seandainya kita tulis
sifat bida’ah maka terjadi dua kemungkinan:
a. Kemungkinan pertama :
كُلُّ بِدْعَةٍ (حَسَنَةٍ) ضَلاَ لَةٌ وَكُلُّ ضَلاَ لَةٍ فِى النَّارِ
“Semua bida’ah (YANG
BAIK) sesat, dan semua yang sesat masuk neraka”.
Hal ini TIDAK MUNGKIN.
Bagaimana sifat baik dan sesat berkumpul dalam satu benda dan dalam waktu dan
tempat yang sama ??? TAK MASUK AKAL, hal itu tentu MUSTAHIL.
b. Kemungkinan kedua:
كُلُّ بِدْعَةٍ (سَيِئَةٍ) ضَلاَ لَةٍ وَكُلُّ ضَلاَ لَةٍ فِىالنَّاِر
“Semua bida’ah (YANG
BURUK) itu sesat, dan semua kesesatan itu masuk neraka”.
Buruk dan sesat
sejalan TIDAK BERTENTANGAN. Hal ini
terjadi pula dalam Al-Qur’an, ALLAH Subhanahu wa Ta’ala telah membuang sifat
kapal dalam firman-Nya:
وَكَانَ وَرَاءَهُمْ
مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِيْنَةٍ غَصْبَا (الكهف: 79)
“Di belakang mereka ada raja yang akan merampas SEMUA kapal dengan paksa”. (Al-Kahfi: 79).
Dalam ayat tersebut ALLAH
Subhanahu wa Ta’ala TIDAK MENYEBUTKAN kapal yang baik adalah KAPAL BURUK; kerana
yang buruk tidak mungkin diambil oleh raja.
Maka lafaz كل سفينة
sama dengan كل بد عة tidak disebutkan sifatnya, walaupun pasti lafaz tersebut
mempunyai sifat, iaitu kapal yang baik كل سفينة حسنة.
كل محدث بدعة وكل بدعة
ضﻻلة وكل ضﻻلة فى النار
“Kullu muhdatsin bida’ah,
wa kullu bid’atin dholalah, wa kullu dholalatin fin naar”
Dalam hadith tersebut,
amat KABUR sekali maknanya kalau kita
maknai SETIAP bida’ah dengan makna KESELURUHAN, bukan SEBAHAGIAN. Untuk
membuktikan adanya dua macam makna ‘kullu’ ini. Dalam kitab ilmu MANTIQ
‘Sullamul Munauruq’ oleh Imam Al-Akhdhori yang telah diberi syarah oleh Syeikh
Ahmad al-Malawi dan diberi Hasyiah oleh Syeikh Muhamad bin Ali as-Shobban
tertulis:
الَكُلّ حكمنَا عَلَى
الْمجْموْع ككل ذَاكَ لَيْسَ ذَا وقَوْعحيْثمَا لكُلّ فَرْد حُكمَا فَإنَّهُ
كُلّيّة قَدْ علمَا
“Kullu itu kita
hukumkan untuk majmu’ (sebahagian atau sekelompok) seperti ‘Sebahagian itu
tidak pernah terjadi’. Dan jika kita hukumkan untuk tiap2 satuan, maka dia
adalah kulliyyah (jami’ atau keseluruhan) yang sudah dimaklumi.”
Mari perhatikan dengan
saksama dan cermat kalimat hadith tersebut. Jika memang maksud Rasulullah ﷺ adalah SELURUH , mengapa baginda BERPUTAR-PUTAR dalam hadithnya?
Kenapa Rasulullah ﷺ tidak langsung saja :
كل محدث فى النار
“Kullu muhdatsin fin naar” (setiap yang baru itu di neraka) ?
كل بدعة فى النار
“Kullu Bid’atin fin naar” (setiap bida’ah itu di neraka)”?
Kenapa Rasulullah ﷺ menentukan yang akhir, yakni “kullu dholalatin fin naar” bahawa
yang SESAT itulah yang masuk NERAKA ?
Selanjutnya, Kalimat bida’ah
(بدعة) di sini adalah bentuk ISIM (kata benda) bukan FI’IL (kata kerja).
Dalam ilmu NAHWU
menurut kategorinya Isim terbagi 2 yakni Isim Ma’rifat (tertentu) dan Isim
Nakirah (umum).
Nah….. kata BIDA’AH
ini bukanlah
1. Isim dhomir
2. Isim alam
3. Isim isyaroh
4. Isim maushul
5. Ber alif lam
yang merupakan bahagian dari isim ma’rifat. Jadi kalimat bida’ah di sini adalah isim nakiroh
1. Isim dhomir
2. Isim alam
3. Isim isyaroh
4. Isim maushul
5. Ber alif lam
yang merupakan bahagian dari isim ma’rifat. Jadi kalimat bida’ah di sini adalah isim nakiroh
Dan KULLU di sana bererti tidak beridhofah (bersandar) kepada salah satu dari yang 5 diatas.
Seandainya KULLU
beridhofah kepada salah 1 yang 5 diatas, maka ia akan menjadi ma’rifat. Tapi
pada ‘KULLU BIDA’AH’, ia beridhofah kepada nakiroh. Sehingga dalalah -nya
adalah bersifat ‘am (umum).
Sedangkan setiap hal yang
bersifat umum pastilah menerima pengecualian. Ini sesuai dengan pendapat imam
Nawawi ra.
قَوْلُهُ وَكُلُّ
بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ هَذَاعَامٌّ مَخْصٍُوْصٌ وَالْمُرَادُ غَالِبُ الْبِدَعِ.
“Sabda Nabi ﷺ, “semua bida’ah adalah sesat”, ini adalah kata-kata UMUM yang
dibatasi jangkauannya. Maksud “semua bida’ah itu sesat”, adalah sebahagian
besar bida’ah itu sesat, BUKAN seluruhnya.” (Syarh Sahih Muslim, 6/154).
Lalu apakah SAH di
atas itu dikatakan MUBTADA’ (awal kalimat)? Padahal dalam kitab Alfiyah (salah
1 kitab rujukan ilmu nahwu), tertulis :
لايجوز المبتدأ
بالنكراة
“Tidak boleh mubtada’ itu dengan nakiroh.”
KECUALI ada beberapa
syarat, di antaranya adalah dengan sifat.
Andai pun mau dipaksakan untuk men-sah-kan mubtada’ dengan ma’rifah agar tidak bersifat UMUM pada ‘kullu bid’atin di atas, maka ada sifat yang di buang. (dilihat DARI SISI BALAGHAH).
KITAB-KITAB YANG
MEMBAHAS KHUSUS BIDA’AH
Abu Ishaq Ibrahim bin
Musa bin Muhammad Al-Lakhmi Asy-Syathibi Al-Gharnathi
ابتدأ طريقة لم يسبقه
إليها سابق
فالبدعة إذن عبارة عن طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها
المبالغة في التعبد لله سبحانه
Bida’ah secara bahasa
bererti mencipta dan mengawali sesuatu. (Kitab Al-‘Itisham, I/36)
Sedangkan menurut istilah, bida’ah bererti cara baru dalam agama, yang belum
ada contoh sebelumnya yang menyerupai syariah dan bertujuan untuk dijalankan dan
berlebihan dalam beribadah kepada الله سبحانه وتعال. )Kitab Al-‘Itisham, I/37)
Imam Syafi’e membahagi
perkara baru menjadi dua:
1. Perkara baru yang
bertentangan dengan Al-Kitab dan As-Sunnah atau atsar sahabat dan ijma’. Ini
adalah bida’ah dholalah.
2. Perkara baru yang baik tetapi tidak bertentangan dengan Al-Kitab dan As-Sunnah atau atsar sahabat dan ijma’. Ini adalah bida’ah yang tidak tercela. Inilah yang dimaksud dengan perkataan Imam Syafi’i yang membagi bida’ah menjadi dua yaitu bida’ah mahmudah terpuji dan bida’ah mazmumah tercela/buruk. Bida’ah yang sesuai dengan sunnah adalah terpuji dan baik, sedangkan yang bertentangan dengan sunnah ialah tercela dan buruk”.
2. Perkara baru yang baik tetapi tidak bertentangan dengan Al-Kitab dan As-Sunnah atau atsar sahabat dan ijma’. Ini adalah bida’ah yang tidak tercela. Inilah yang dimaksud dengan perkataan Imam Syafi’i yang membagi bida’ah menjadi dua yaitu bida’ah mahmudah terpuji dan bida’ah mazmumah tercela/buruk. Bida’ah yang sesuai dengan sunnah adalah terpuji dan baik, sedangkan yang bertentangan dengan sunnah ialah tercela dan buruk”.
Hilyah al-Auliya’,
9/113, dan Al-Ba’its ‘ala Inkar Al-Bida’, hal. 15.Ini kelengkapan kalimatnya:
بن ادريس الشافعى يقول:
البدعة بدعتان، بدعة محمودة، وبدعة مذمومة. فما وفق السنة فهو محمودة، وما خالف
السنة فهو مذمومة. واحتج يقول عمروبن الخطاب فى قيام رمضان: نعمة البدعة هي. جز: 9
ص: 113
[حلية الاولياء وطبقات الاصفياء للحافظ أبى نعيم احمد بن عبدالله الاصفهانى]
وفي الحد ايضا معنى آخر مما ينظر فيه وهو ان البدعة من حيث قيل فيها انها طريقة في
الدين مخترعة إلى آخره يدخل في عموم لفظها البدعة التركية كما يدخل فيه البدعة غير
التركية فقد يقع الابتداع بنفس الترك تحريما للمتروك أو غير تحريم فان الفعل مثلا
قد يكون حلالا بالشرع فيحرمه الانسان على نفسه أو يقصد تركه قصدا
فبهذا الترك اما ان يكون لأمر يعتبر مثله شرعا اولا فان كان لأمر يعتبر فلا حرج
فيه اذ معناه انه ترك ما يجوز تركه أو ما يطلب بتركه كالذي يحرم على نفسه الطعام
الفلاني من جهة أنه يضره في جسمه أو عقله أو دينه وما اشبه ذلك فلا مانع هنا من
الترك بل ان قلنا بطلب التداوي للمريض فان الترك هنا مطلوب وان قلنا باباحة
التداوي فالترك مباح
Batasan Erti Bida’ah
Dalam pembatasan erti bida’ah
juga terdapat pengertian lain jika dilihat lebih saksama. yaitu: bida’ah sesuai
dengan pengertian yang telah diberikan padanya, bahawa ia adalah tata cara di
dalam agama yang baru diciptakan (dibuat-buat) dan seterusnya. Termasuk dalam
keumuman lafaznya adalah bida’ah tarkiyyah (meninggalkan perintah agama),
demikian halnya dengan bida’ah yang bukan tarkiyyah. Hal-hal yang dianggap bida’ah
terkadang ditinggalkan kerana hukum asalnya adalah haram. Namun terkadang hukum
asalnya adalah halal, tetapi kerana dianggap bida’ah maka ia ditinggalkan.
Suatu perbuatan misalnya menjadi halal kerana ketentuan syar’i, namun ada juga
manusia yang mengharamkannya atas dirinya kerana ada tujuan tertentu, atau
sengaja ingin meninggalkannya.
Meninggalkan suatu
hukum; mungkin kerana perkara tersebut dianggap telah disyariatkan seperti
sebelumnya, kerana jika perkaranya telah disyariatkan, maka tidak ada halangan
dalam hal tersebut, sebab itu sama halnya dengan meninggalkan perkara yang
dibolehkan untuk ditinggalkan atau sesuatu yang diperintahkan untuk
ditinggalkan. Jadi di sini tidak ada penghalang untuk meninggalkannya. Namun
jika beralasan untuk tujuan pengobatan bagi orang sakit, maka meninggalkan
perbuatan hukumnya wajib. Namun jika kita hanya beralasan untuk pengobatan,
maka meninggalkannya hukumnya mubah. (Kitab Al-‘Itisham, I/42])
ITQON ASH-SHUN’AH FI
TAHQIQ MA’NA AL-BIDA’AH
Sayyid Al-‘Allamah
Abdullah bin Shodiq Al-Ghumari Al-Husaini..
قال النووي: قوله صلى
الله عليه وسلم: “وكل بدعة ضلالة” هذا عام مخصوص والمراد غالب البدع، قال أهل
اللغة: هي كل شيء عمل غير مثال سابق. قال العلماء البدعة خمسة أقسام واجبة ومندوبة
ومحرّمة ومكروهة والمباح
في حديث العرباض بن سارية، قول النبي صلى الله عليه وسلم: “وإياكم ومحدثات الأمور
فإن كل بدعة ضلالة” رواه أحمد وأبو داود والترمذي وابن ماجه، وصححه الترمذي وابن
حبان والحاكم.
قال الحافظ بن رجب في شرحه: “والمراد بالبدعة ما أحدث مما لا أصل له في الشريعه
يدل عليه، وأما ما كان له أصل من الشرع يدل عليه فليس ببدعة شرعا، وإن كان بدعة
لغة” اهـ.
Imam Nawawi berkata:
Sabda Nabi Muhammad ﷺ “Setiap bida’ah itu sesat” ini adalah umum yang
dikhususkan dan maksudnya pengertian secara umum. Ahli bahasa mengatakan: Bida’ah
yaitu segala sesuatu amal perbuatan yang tidak ada contoh sebelumnya. Ulama
mengatakan bahawa bida’ah terbahagi menjadi lima macam yaitu wajib, sunah,
haram, makruh dan mubah.
Dalam hadith Uryadh
bin Sariyah tentang sabda Nabi ﷺ, “Takutlah kamu akan
perkara-perkara baru, maka setiap bida’ah adalah sesat. (HR. Ahmad, Abu Daud,
Tirmidzi, Ibnu Majah dan dishohihkan oleh Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Al-Hafizh Ibnu Rojab berkata dlm penjelasannya: Yang dimaksud bida’ah adalah sesuatu yang baru yang tidak ada asalnya [contohnya] dalam syari’at yang menunjukkan atasnya. Adapun sesuatu yang ada asalnya dalam syari’at yang menunjukkan atasnya, maka bukan termasuk bida’ah menurut syara’ meski secara bahasa itu adalah bida’ah.
وفي صحيح البخاري عن
ابن مسعود قال: “إن أحسن الحديث كتاب الله وأحسن الهدى هدى محمد صلّى الله عليه
وسلم وشر الأمور محدثاتها”.
قال الحافظ بن حجر والمحدثات بفتح الدال جمع محدثه، والمراد بها ما أحدث وما ليس
له أصل في الشرع، ويسمى في عرف الشرع بدعة، وما كان له أصل يدل عليه الشرع، فليس
ببدعة، فالبدعة في عرف الشرع مذمومة، بخلاف اللغة، فإن كل شيء أحدث على غير مثال،
يسمى بدعة سواء كان محمودا او مذموما اهـ.
Dalam sahih Bukhari
dari Ibnu Mas’ud berkata. Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah kitabullah
Al-Qur’an dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad ﷺ dan seburuk-buruknya perkara adalah yang baru dalam agama.
Lafaz muhdatsat dengan
di fathah huruf dal-nya” kata jama’ plural dari Muhdatsah, maksudnya sesuatu yang
baru yang tidak ada asal dasarnya dalam syari’at dan diketahui dalam hukum
agama sebagai bida’ah.
Dan sesuatu yang
memiliki asal landasan yang menunjukkan atasnya maka tidak termasuk bida’ah. Bida’ah
sesuai pemahaman syar’i itu tercela sebab berlawanan dengan pemahaman secara
bahasa.
Maka jika ada perkara
baru yang tidak ada contohnya dinamakan bida’ah, baik bida’ah yang mahmudah
maupun yang madzmumah.
وروى أبو نعيم عن
ابراهيم بن الجنيد، قال: سمعت الشافعي يقول: البدعة بدعتان بدعة محمودة، وبدعة
مذمومة. فما وافق السنة فهو محمود وما خالف السنة فهو مذموم.
وروى البيهقي في مناقب الشافعي عنه، قال: المحدثات ضربان: ما أحدث مما يخالف كتابا
أو سنةً أو أثرا أو إجماعا، فهذه بدعة الضلالة.
وما أحدث من الخير لا خلاف فيه في واحد من هذا، فهذه محدثة غير مذمومة وقد قال عمر
في قيام رمضان: نعمة البدعة هذه يعني أنها محدثة لم تكن، وإذا كانت، ليس فيها رد
لما مضى.
Diriwayatkan Abu Na’im
dari Ibrahim bin Al-Janid berkata: Aku mendengar Imam Syafi’i berkata: “Bida’ah
itu ada dua macam yaitu bida’ah mahmudah dan bida’ah madzmumah. Maka perkara
baru yang sesuai sunnah, maka itu bida’ah terpuji. Dan perkara baru yang
berlawanan dengan sunnah itu…bida’ah..tercela.”
Al-Baihaqi
meriwayatkan dalam Manaqib Syafi’i biografi Syafi’i…. Imam Syafi’i berkata:
Perkara baru itu ada dua macam, yaitu perkara baru yang bertentangan dengan
Al-Kitab dan As-Sunnah atau atsar sahabat dan ijma’. Ini adalah bida’ah
dholalah.
Perkara baru yang baik
tetapi tidak bertentangan dengan Al-Kitab dan As-Sunnah atau atsar Sahabat dan
ijma’. Ini adalah bida’ah yang tidak tercela. Dan Umar bin Khathab ra. berkata
tentang qiyamu Ramadhan solat tarawih.
Sebaik-baik bida’ah
adalah ini. Yakni solat tarawih adalah perkara baru yang tidak ada sebelumnya, dan
ketika ada itu bukan bererti menolak apa yang sudah berlalu.
والمراد بقوله: “كل
بدعة ضلالة” ما أحدث ولا دليل له من الشرع بطريق خاص ولا عام اهـ.
وقال النووي في تهذيب الأسماء واللغات: البدعة بكسر الباء، في الشرع، هي إحداث ما
لم يكن في عهد الرسول صلى الله عليه وسلم، وهي منقسمه إلى حسنة وقبيحة.
قال الامام الشافعي: “كل ما له مستند من الشرع، فليس ببدعة ولو لم يعمل به السلف،
لأن تركهم للعمل به، قد يكون لعذر قام لهم في الوقت، أو لِما هو أفضل منه، أو لعله
لم يبلغ جميعهم علم به” اهـ.
Dan yang dimaksud dengan
sabda Rasul, Setiap bida’ah adalah sesat,” adalah sesuatu yang baru dalam agama
yang tidak ada dalil syar’i [Al-Qur’an dan al-Hadith secara khusus maupun
secara umum.
Dalam At-Tahdzib
Al-Asma’ wa Al-Lughat bahawa kalimat “Al-Bida’ah” itu dibaca kasror huruf
“ba’-nya” di dalam pemahaman agama yaitu perkara baru yang tidak ada dimasa
Nabi Muhammad ﷺ dan dia terbagi menjadi dua baik dan buruk.
Setiap sesuatu yang mempunyai dasar dari dalil-dalil syara’ maka bukan termasuk bida’ah, meskipun belum pernah dilakukan oleh salaf.
Kerana sikap mereka
meninggalkan hal tersebut terkadang kerana ada uzur yang terjadi saat itu
(belum diperlukan) atau kerana ada amaliah lain yang lebih utama, dan atau hal
itu barangkali belum diketahui oleh mereka.
والله الموافق الى
اقوام الطريق
والله أعلم بالصواب
Jangan tampal gambar laqnatullah Yahudi didalam posting Muslim/Islam. Orang yang awak paparkan itu adalah agen Mossad bernama Rabbi Shlomo Ettinger. Gambar di ambil oleh jurugambar yang berhubungan dengan agensi propaganda Zionis.Sekarang ini setelah penyamarannya terbongkar, kita tak lagi melihat mukanya di berita.( nasib tidak baik sebab saya tak dapat attach gambar dengan warning pada orang Islam)
ReplyDelete