Sikap bodoh tapi konpiden yang berlebihan dari Wahhabi
terhadap Tahlil membuat mereka menggunakan segala macam cara untuk mengharamkan
Tahlil. Sedangkan, Tahlil, doa selamat, kenduri arwah, kenduri tahlil, majlis
tahlil, atau apapun namanya pada dasarnya termasuk daripada perkumpulan
dzikir.
Ini termasuklah perbuatan mereka, menebuk-nebuk, mengedit, menyelewengkan makna fatwa-fatwa dari kitab-kitab Imam Syafi'e dan para ulama mazhab Syafi'e. Ketidakjujuran ini merupakan salah satu sifat bagi orang-orang Wahabi yang sama sekali tidak t6akut dosa dan neraka.
Berkumpul sendiri merupakan aktiviti yang diperbolehkan, apalagi kalau didalamnya diisi dengan kegiatan yang bernilai ibadah seperti dzikir, baca al-Qur'an, selawat, ihdauts tsawab dan sebagainya. Perkara logik dan boleh diterima akal sederhana ini sulit difahami oleh orang-orang Wahhabi, meskipun sudah pernah dijelaskan oleh Imam al-Syaukani dalam fatwa-nya.
Berkumpul sendiri merupakan aktiviti yang diperbolehkan, apalagi kalau didalamnya diisi dengan kegiatan yang bernilai ibadah seperti dzikir, baca al-Qur'an, selawat, ihdauts tsawab dan sebagainya. Perkara logik dan boleh diterima akal sederhana ini sulit difahami oleh orang-orang Wahhabi, meskipun sudah pernah dijelaskan oleh Imam al-Syaukani dalam fatwa-nya.
Al-Syaukani
berkata dalam fatwanya:
السؤال الخامس: حاصله الاستفهام عن الأعراف الجارية في بعض البلدان من الاجتماع في المساجد لتلاوة القرآن على الأموات، وكذلك في البيوت، وسائر الاجتماعات التي لم ترد في الشريعة، هل يجوز ذلك أم لا؟.
“Soal Kelima: Kesimpulan
soal, pertanyaan tentang tradisi-tradisi yang berlangsung di sebahagian negeri
berupa perkumpulan di Masjid-masjid untuk membaca al-Qur’an bagi orang-orang
yang sudah meninggal. Demikian pula perkumpulan di rumah-rumah, dan
perkumpulan-perkumpulan lain yang tidak datang dalam syari’at. Apakah hal
tersebut boleh atau tidak?
أقول: لا شك أن هذه الاجتماعات المبتدعة إن كانت خالية عن معصية سليمة من المنكرات فهي جائزة، لأن الاجتماع ليس بمحرم في نفسه ، لا سيما إذا كان لتحصيل طاعة كالتلاوة ونحوها. ولا يقدح في ذلك كون تلك التلاوة مجعولة للميت، فقد ورد جنس التلاوة من الجماعة المجتمعين كما في حديث: ” اقرأوا على موتاكم يس ” وهو حديث حسن ، فلا فرق بين تلاوة يس من الجماعة الحاضرين عند الميت أو على قبره، وبين تلاوة جميع القرآن أو بعضه لميت في مسجده أو بيته.
Aku
berkata: “Tidak diragukan lagi bahawa
perkumpulan-perkumpulan yang diada-adakan ini, apabila bersih dari kemaksiatan,
selamat dari kemungkaran, maka hukumnya boleh. Kerana perkumpulan itu
tidak diharamkan sebab perkumpulannya itu. Lebih-lebih apabila perkumpulan
tersebut untuk melaksanakan ibadah seperti membaca al-Qur’an dan sesamanya
(dzikir dan Tahlil). Perkumpulan tersebut
juga tidak dapat dicela kerana bacaan
al-Qur’an nya dihadiahkan bagi orang yang sudah meninggal. Kerana jenis bacaan al-Qur’an dari jemaah yang berkumpul benar-benar telah datang seperti dalam hadith, “Bacakanlah surah Yasin bagi orang-orang meninggal kamu.” Hadith ini adalah hadith hasan. Jadi tidak ada bezanya
antara membaca surat Yasin, dari jemaah
yang hadir di sisi si mati, atau di atas makamnya, dan antara membaca seluruh
al-Qur’an atau sebahagian bagi si mati, di
Masjid nya atau di rumahnya.
وبالجملة فالاجتماعات العرفية التي لم يرد جنسها في الشريعة إن كانت لا تخلو عن منكر فلا يجوز حضورها، ولا يحل تطييب نفس الجار بحضور مواقف المنكرات والمعاصي وإن كانت خالية عن ذلك، وليس فيها إلا مجرد التحدث بما هو مباح، فهذا لا نسلم أنه لم يرد جنسه في الشريعة المطهرة، فقد كان الصحابة الراشدون يجتمعون في بيوتهم ومساجدهم، وعند نبيهم – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ويتناشدون الأشعار، ويتذاكرون الأخبار، ويأكلون ويشربون، فمن زعم أن الاجتماع الخالي عن الحرام بدعة فقد أخطأ، فإن البدعة هي التي تبتدع في الدين، وليس هذا من ذاك.
Kesimpulannya,
perkumpulan-perkumpulan tradisional yang jenisnya tidak datang di dalam
syariat, apabila tidak bersih dari kemungkaran, maka tidak boleh menghadirinya.
Tidak boleh menyenangkan hati tetangga dengan menghadiri tempat-tempat kemungkaran
dan kemaksiatan. Apabila perkumpulan tersebut bersih dari hal itu, dan isinya
hanya sekadar membicarakan hal-hal yang
dibolehkan, maka hal ini kami tidak menerima jika dikatakan bahawa jenis perkumpulan tersebut tidak terdapat di dalam syariat
yang suci. Kerana para sahabat yang
memperoleh petunjuk selalu mengadakan perkumpulan di rumah-rumah dan
masjid-masjid mereka, dan di sisi Nabi mereka shallallahu ‘alaihi wasallam,
mereka saling mengembangkan syiar (seperti
majlis maulidur rasul), saling mengingatkan
berita-berita, mereka makan dan minum di situ. Siapa yang beranggapan bahawa perkumpulan yang
bersih dari haram itu bid’ah, maka ia telah benar-benar keliru. Kerana bid’ah itu sesuatu yang diada-adakan dalam agama. Sedangkan
perkumpulan (Membaca Yaasin, Majlis Khatam Al Quran, Tahlil dan semacamnya) ini bukan termasuk bid’ah tersebut.”
(Al-Fath al-Rabbani min Fatawa al-Imam al-Syaukani, juz 9 halaman 4502).
Bahkan, Imam al-Qarafi (w 684) menganjurkan kegiatan Tahlil yang sudah menjadi tradisi dimasyarakat.
Imam Al-Qarafi adalah
ahli fikih dalam mazhab Maliki, di tahun 684 H di Mesir. Beliau disebut
al-Qarafi kerana selama mencari ilmu ia menetap di Qarafah (pekuburan). Di masa
itu Tahlil sudah popular dengan istilah fidyah:
قَالَ الرَّهُونِيُّ وَالتَّهْلِيلُ الَّذِي قَالَ فِيهِ الْقَرَافِيُّ يَنْبَغِي أَنْ يُعْمَلَ هُوَ فِدْيَةُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ سَبْعِينَ أَلْفِ مَرَّةٍ حَسْبَمَا ذَكَرَهُ السَّنُوسِيُّ وَغَيْرُهُ هَذَا الَّذِي فَهِمَهُ مِنْهُ الْأَئِمَّةُ (أنوار البروق في أنواع الفروق - ج 6 / ص 105)
“ar-Rahuni berkata:
Tahlil yang dikatakan oleh al-Qarafi yang dianjurkan untuk diamalkan adalah doa
fidyah La ilaha illa Allahu, sebanyak 70.000 kali. Terlebih disebutkan oleh
as-Sanusi dan lainnya. Inilah yang difahami oleh para imam” (Anwar al-Buruq
6/105)
Masih dalam kitab yang sama, juga dijelaskan tentang Tahlil:
Masih dalam kitab yang sama, juga dijelaskan tentang Tahlil:
لَكِنَّ الَّذِي يَنْبَغِي لِلْإِنْسَانِ أَنْ لَا يُهْمِلَ هَذِهِ الْمَسْأَلَةَ فَلَعَلَّ الْحَقَّ هُوَ الْوُصُولُ إلَى الْمَوْتَى فَإِنَّ هَذِهِ أُمُورٌ مَغِيبَةٌ عَنَّا ، وَلَيْسَ فِيهَا اخْتِلَافٌ فِي حُكْمٍ شَرْعِيٍّ وَإِنَّمَا هُوَ فِي أَمْرٍ وَاقِعٍ هَلْ هُوَ كَذَلِكَ أَمْ لَا ، وَكَذَلِكَ التَّهْلِيلُ الَّذِي جَرَتْ عَادَةُ النَّاسِ يَعْمَلُونَهُ الْيَوْمَ يَنْبَغِي أَنْ يُعْمَلَ ، وَيُعْتَمَدُ فِي ذَلِكَ عَلَى فَضْلِ اللَّهِ تَعَالَى وَمَا يُيَسِّرُهُ وَيُلْتَمَسُ فَضْلُ اللَّهِ بِكُلِّ سَبَبٍ مُمْكِنٍ وَمِنْ اللَّهِ الْجُودُ وَالْإِحْسَانُ ا هـ (أنوار البروق في أنواع الفروق - ج 6 / ص 104)
“Tetapi yang dianjurkan
oleh seseorang adalah agar tidak meninggalkan masalah ini (baca al-Quran di
kuburan). Semoga pendapat yang benar adalah sampainya pahala kepada orang yang
telah wafat. Sebab ini adalah masalah yang tak terlihat bagi kita. Dalam
masalah ini tidak ada perselisihan tentang hukum syariatnya, hanya dalam
masalah realitinya seperti itu atau tidak. Demikian halnya dengan
TAHLIL yang sudah menjadi TRADISI manusia saat ini yang mereka amalkan. Hal
ini dianjurkan untuk diamalkan dan diteguhkan atas karunia Allah, kemudahan
yang diberikannya....” (Anwar al-Buruq 6/105)
Riwayat dari Imam
al-Qarafi diatas juga menguatkan fatwa Ibnu Taimiyah yang memang hidup 1 masa
dengan beliau:
مجموع فتاوى ابن تيمية - (ج 5 / ص 471)
وَسُئِلَ عَمَّنْ " هَلَّلَ سَبْعِينَ أَلْفَ مَرَّةٍ وَأَهْدَاهُ لِلْمَيِّتِ يَكُونُ بَرَاءَةً لِلْمَيِّتِ مِنْ النَّارِ " حَدِيثٌ صَحِيحٌ ؟ أَمْ لَا ؟ وَإِذَا هَلَّلَ الْإِنْسَانُ وَأَهْدَاهُ إلَى الْمَيِّتِ يَصِلُ إلَيْهِ ثَوَابُهُ أَمْ لَا ؟ .
الْجَوَابُ فَأَجَابَ : إذَا هَلَّلَ الْإِنْسَانُ هَكَذَا : سَبْعُونَ أَلْفًا أَوْ أَقَلَّ أَوْ أَكْثَرَ . وَأُهْدِيَتْ إلَيْهِ نَفَعَهُ اللَّهُ بِذَلِكَ وَلَيْسَ هَذَا حَدِيثًا صَحِيحًا وَلَا ضَعِيفًا . وَاَللَّهُ أَعْلَمُ .
“(Ibnu Taimiyah) ditanya
tentang orang yang bertahlil 70.000 kali dan menghadiahkannya kepada mayat,
supaya memberikan keringan kepada mayat dari api neraka, hadithnya shahih
ataukah tidak ? Apakah seseorang manusia yang bertahlil dan menghadiahkan
kepada mayat, pahalanya sampai kepada mayyti ataukah tidak ?
Jawab : Apabila seseorang bertahlil sejumlah yang demikian ; 70.000 kali atau lebih sedikit atau lebih banyak dari itu dan menghadiahkannya kepada mayat nescaya Allah akan memberikan kemanfaatan kepada mayat dengan hal tersebut, dan tidaklah hadith ini shahih dan tidak pula dlaif. Wallahu A’lam”.
Jawab : Apabila seseorang bertahlil sejumlah yang demikian ; 70.000 kali atau lebih sedikit atau lebih banyak dari itu dan menghadiahkannya kepada mayat nescaya Allah akan memberikan kemanfaatan kepada mayat dengan hal tersebut, dan tidaklah hadith ini shahih dan tidak pula dlaif. Wallahu A’lam”.
مجموع فتاوى ابن تيمية - (ج 5 / ص 472)
وَسُئِلَ عَنْ قِرَاءَةِ أَهْلِ الْمَيِّتِ تَصِلُ إلَيْهِ ؟ وَالتَّسْبِيحُ وَالتَّحْمِيدُ وَالتَّهْلِيلُ وَالتَّكْبِيرُ إذَا أَهْدَاهُ إلَى الْمَيِّتِ يَصِلُ إلَيْهِ ثَوَابُهَا أَمْ لَا ؟ .
الْجَوَابُ فَأَجَابَ : يَصِلُ إلَى الْمَيِّتِ قِرَاءَةُ أَهْلِهِ وَتَسْبِيحُهُمْ وَتَكْبِيرُهُمْ وَسَائِرُ ذِكْرِهِمْ لِلَّهِ تَعَالَى إذَا أَهْدَوْهُ إلَى الْمَيِّتِ وَصَلَ إلَيْهِ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ
"(Ibnu
Taimiyah) ditanya tentang keluarga al-Marhum yang membaca al-Qur’an yang disampaikan
kepada mayat ? Tasybih, tahmid, tahlil dan takbir, apabila menghadiahkannya
kepada mayat, apakah pahalanya sampai kepada mayat ataukah tidak ?
Jawab : Pembacaaan al-Qur’an oleh keluarga almarhum sampai kepada mayat, dan tasbih mereka, takbir dan seluruh dziki-dzikir kerana Allah Ta’alaa apabila menghadiahkannya kepada mayat, maka sampai kepada mayat. Wallahu A’lam"
Jawab : Pembacaaan al-Qur’an oleh keluarga almarhum sampai kepada mayat, dan tasbih mereka, takbir dan seluruh dziki-dzikir kerana Allah Ta’alaa apabila menghadiahkannya kepada mayat, maka sampai kepada mayat. Wallahu A’lam"
Dalam
rangka menolak Tahlil, bahkan
mengharamkannya, Wahhabi lalu membawakan petikan daripada perkataan Imam
al-Syafi'i dalam kitab al-Ummm, Bab al-Qiyam lil-Jenazah tentang Ma'tam, yang mana Imam Syafi'i berkata:
وَأَكْرَهُ الْمَأْتَمَ، وَهِيَ الْجَمَاعَةُ، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ فَإِنَّ ذَلِكَ يُجَدِّدُ الْحُزْنَ، وَيُكَلِّفُ الْمُؤْنَةَ مَعَ مَا مَضَى فِيهِ مِنْ الْأَثَرِ
"Aku meMAKRUHkan (menghukumi makruh) ma'tam, yakni sebuah jemaah (kelompok / perkumpulan) tertentu, dan meskipun tidak ada
tangisan dalam jemaah mereka, sebab yang
demikian itu boleh memperbaharui rasa
sedih dan membebani perbelanjaan bersamaan
dengan peristiwa sebelumnya yang masih membekas"
Dari petikan perkataan Imam al-Syafi'i diatas, ada beberapa hal penting yang patut diperhatikan :
(1). Imam al-Syafi'i berbicara tentang ma'tam,
BUKAN tentang kegiatan seperti halnya Tahlil yang berisi dzikir-dzikir. Imam al-Syafi'i menghukumi ma'tam dengan hukum MAKRUH. Imam al-Syafi'i TIDAK
menghukumi haram seperti kebohongan dan propaganda yang
disebarkan oleh orang-orang Wahabi. Dari petikan perkataan Imam al-Syafi'i diatas, ada beberapa hal penting yang patut diperhatikan :
(1). Imam al-Syafi'i berbicara tentang ma'tam,
Imam
An-Nawawi berkata :
وأما قول الشافعي رحمه الله في الأم وأكره المآتم وهي الجماعة وإن لم يكن لهم بكاء فمراده الجلوس للتعزية وقد سبق بيانه . المجموع شرح المهذب
"Perkataan Imam Syafi
didalam al-Umm "Aku memakruhkan ma'tam, yakni sebuah perkumpulan, meskipun
tidak ada tangisan bagi mereka, maksudnya adalah duduk-duduk (melepak
sambil menunggu jamuan makan) untuk
ta'ziyah".
Makruh dalam pengertian tersebut adalah apabila tetap dilaksanakan tidak apa-apa, tidak berdosa atau mendapatkan s
eksa, tetapi bila ditinggalkan
maka mendapatkan pahala. Namun, hal itu pun perlu mempertimbangkan keadaan sosial masyarakat. Makruh dalam pengertian tersebut adalah apabila tetap dilaksanakan tidak apa-apa, tidak berdosa atau mendapatkan s
(2). Imam al-Syafi'i menghukum
kan makruh kerana perkumpulan (jemaah) atau kegiatan duduk-duduk itu walaupun mereka tidak menangis, tetapi boleh menyebabkan memperbaharui rasa sedih daripada pihak keluarga.
Bayangkan saja, ada orang-orang berkumpul tanpa
aktiviti dirumah duka (orang yang meninggal), meskipun tanpa menangis (apalagi sampai menangis), ini menggambarkan apa?.
Ini adalah
sebuah gambaran mengenai aktiviti
orang-orang yang mengarah kepada meratap (ratapan), maka wajar hal itu boleh memperbaharui kesedihan
pihak keluarga. Disamping itu pula, boleh
menambah beban perbelanjaan, sebab
orang-orang yang berkumpul menunggu jamuan dihidangkan.
Dua hal ini yakni
يُجَدِّدُ الْحُزْنَ، وَيُكَلِّفُ الْمُؤْنَة (memperbaharui kesedihan dan membebani perbelanjaan) merupakan illat yang membuat Imam al-Syafi'i menghukumkan MAKRUH. Ertinya, bila seandainya illat itu tidak ada
(tidak terjadi) maka tentu hukum makruh tersebut juga hilang (tidak ada). Dua hal ini yakni
Bandingkan dengan kegiatan
Tahlil, dimana illat tersebut justeru tidak ada. Orang yang menyelenggarakan Tahlil TIDAK tambah sedih, sebaliknya merasa 'terhibur' (senang) kerana keluarganya yang meninggal dunia dibacakan doa dan dzikir-dzikir oleh tetangga, rakan-rakannya atau umat Islam lainnya. Banyak yang peduli kepada keluarganya yang sudah meninggal, sehingga pihak keluarga pun memberikan sumbangan tanpa rasa terpaksa sebagai bentuk sedeqah, bahkan mengundang pihak tetangga untuk datang. Maka, jelas antara ma'tam dan kegiatan Tahlil, sangat berbeza.
Lalu apa
itu ma'tam?. Perlu diketahui, bahawa orang-orang sekadar berkumpul saja tidaklah dinamakan ma'tam. Demikian pula bila
ada wanita berkumpul, tidak dinamakan sebagai ma'tam dalam pengertian
yang dimaksudkan. Sebab ma'tam itu memiliki pengertian atau maksud yang khusus,
bukan sekadar sebuah berkumpulan semata.
Gambaran diatas (poin sebelumnya) sesuai dengan makna daripada ma'tam itu sendiri. Imam al-Zakariya al-Anshari dalam Asnal Mathalib berkata:
Gambaran diatas (poin sebelumnya) sesuai dengan makna daripada ma'tam itu sendiri. Imam al-Zakariya al-Anshari dalam Asnal Mathalib berkata:
الْمَأْتَم بِالْمُثَنَّاةِ أَيْ فِي جَمَاعَةِ النِّسَاءِ فِي الْمَصَائِبِ
"Ma'tam adalah jemaah (kumpulan) para wanita pada peristiwa musibah
(kematian)".
Didalam kamus arab, Lisanul Arab, ma'tam pada dasarnya memiliki makna yang umum baik perkumpulan laki-laki maupun perempuan, tetapi pengertiannya kemudian dikhususkan pada perkumpulan wanita.
Didalam kamus arab, Lisanul Arab, ma'tam pada dasarnya memiliki makna yang umum baik perkumpulan laki-laki maupun perempuan, tetapi pengertiannya kemudian dikhususkan pada perkumpulan wanita.
المأتم في الأصل: مجتمع الرجال والنساء في الغم والفرح، ثم خص به اجتماع النساء للموت، وقيل: هو الشواب منهن لا غير
"Ma'tam asalnya
merupakan berkumpulan laki-laki dan wanita dalam hal kesedihan dan kegembiraan,
kemudian hanya dikhususkan pada perkumpulan perempuan untuk orang yang
meninggal dunia. Dikatakan pula bahawa berbaurnya (kumpulan) daripada wanita, bukan yang
lain".
قَالَ ابْنُ بَرِّيٍّ: لَا يَمْتَنِعُ أَن يقَع المَأْتَم بِمَعْنَى المَناحةِ والحزْن والنَّوْحِ والبُكاءِ لأَن النِّسَاءَ لِذَلِكَ اجْتَمَعْنَ، والحُزْن هُوَ السَّبَبُ الْجَامِعُ
"Ibnu Barri berkata:
tidak boleh mencegah bahawa ma'tam difahami dengan
makna ratapan, kesedihan, kedukaan, dan tangisan, kerana hal itulah yang membuat wanita berkumpul. Kesedihan adalah
sebab adanya perkumpulan".
(3). Imam asy-Syafi’i
menghukumi makruh atas illat yang beliau sebutkan sendiri yakni “yujaddidul
huzn wa yukalliful mu’nah (memperbaharui kesedihan dan membebani
perbelanjaan)", apabila tidak ada illat maka
hukum makruh itu juga tidak ada, sebab kaedah USUL FIQH mengatakan : “al-‘Illatu
tadillu ‘alaal Hukmi yakni illat itu menunjukkan atas hukum”.
Jadi, sekali lagi tidak ada pengharaman Tahlilan oleh Imam asy-Syafifi rahimahullah.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteMohon maaf pak. Saya boleh minta refrensi jenengan terkait penjelasan ma'tam oleh imam syafi'i??
Sayaa butuh untuk penelitian saya yg menjelaskan bahhwa tahlil tidak haram