Pada 2
Oktober 2017, antara Maghrib dan Isya ada seorang Ustaz lulusan Universiti
Madinah di sebuah Surau di Pulau Sebang, Tampin, Melaka. TANPA SIFAT JUJUR
telah membuat satu kenyataan yang TIDAK JUJUR berkenaan Nur Muhammad.
Katanya :
1. Nur
Muhammad ini TIADA DALIL dari Al Quran dan Hadith. Hadith yang berhubungkait
dengan Nur Muhammad KESEMUANYA Hadith Maudhu' (Hadith Palsu). (saya rasa Ustaz
tersebut tak belajar, sebab kalau dia belajar dia akan jumpa dalil-dalil
tersebut.)
2. Konsep Nur Muhammad adalah satu ajaran yang mengatakan ALLAH TERPAKSA mencipta alam ini kerana adanya Nur Muhammad. (Pandangan saya, Ustaz tersebut sendiri tak faham apa itu Nur Muhammad dan tidak tahu apa yang dia perkatakan. Kesiannnn).
3. Konsep Nur Muhammad ini adalah ajaran bathiniyyah yang sesat. (Saya akan menjawab dan membahaskannya)
4. Menuduh
ustaz-ustaz dan ulama-ulama TIDAK mempunyai ilmu yang up to date dan tertipu
dengan ilmu yang menerangkan konsep Nur Muhammad. (Pandangan saya, Ustaz
Lulusan Universiti Madinah itulah yang jumud dan jahil, pemalas untuk cari ilmu
sehingga ketinggalan ilmu yang sudah selesai dibahaskan LEBIH 1000 tahun lalu
oleh ulama-ulama BESAR Ahlus Sunnah Wal Jamaah)
Maka saya
mengambil kesempatan ini untuk menjawab satu-persatu tuduhan yang
dilemparkannya secara ilmiah.
********************
WAHABI
MEMBUAT FITNAH : Nur Muhammad TIADA sandaran dalil dari Al Quran dan Hadith.
Kesemua hadith yang berhubung kait dengan Nur Muhammad adalah hadith PALSU.
AHLUS
SUNNAH WAL JAMAAH MENJAWAB :
SALAH TU
WEIII.
Nur
Muhammad ini ADA disebut dalam Al Quran dan Hadith SAHIH serta periwayatan
ulama muktabar Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang keilmuan mereka tidak terbanding
dengan ulama yang ada kini.
BUKTINYA :
DALIL DARI
AL QURAN antaranya :
Nabi ﷺ merupakan NUR, adalah SAHIH. Firman ALLAH ﷻ :
يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡڪِتَـٰبِ
قَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمۡ ڪَثِيرً۬ا مِّمَّا ڪُنتُمۡ تُخۡفُونَ
مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَيَعۡفُواْ عَن ڪَثِيرٍ۬ۚ قَدۡ جَآءَڪُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌ۬
وَڪِتَـٰبٌ۬ مُّبِينٌ۬ (١٥)
Ertinya :
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad ﷺ) dengan menerangkan kepada kamu banyak
dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari
Kitab Suci dan Dia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara
(yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu CAHAYA
KEBENARAN (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas
nyata keterangannya. (Al Maidah
ayat : 15)
ALLAH ﷻ juga berfirman :
وَدَاعِيًا إِلَى ٱللَّهِ
بِإِذۡنِهِۦ وَسِرَاجً۬ا مُّنِيرً۬ا (٤٦)
Ertinya :
"Dan (Muhammad ﷺ juga sebagai penyeru (umat manusia
seluruhnya) kepada agama ALLAH dengan taufiq yang diberiNya ; dan sebagai LAMPU
YANG MENERANGI.
(Surah al
Ahzaab ayat 46)
ADA DALIL
DARI AL QURAN YANG BERHUBUNG KAIT DENGAN NUR MUHAMMAD.
Jadi …..
SIAPA CAKAP TAK ADA DALIL AL QURAN TU ? Elok bertaubatlah dan pergilah belajar.
Jangan jadi pemalas tapi berlagak pandai.
DALIL DARI
HADITH :
Hadith
Pertama :
إن وجهه صلى الله عليه
وسلم كالقمر رواه النسائي و الطبراني
Ertinya :
Sesungguhnya wajahnya (Nabi ﷺ)
seperti REMBULAN
(Riwayat AN
NASA’I, As sunnan al Kubra, vol 5 hlmn 187, dan vol 6, hlm 155; THOBRANI, Al
Mu'jam Al Kabir, vol 10, hlm 147; dan AL HAFIZ IBNU HAJAR AL ASQALANIY juga
mengemukakan di dalam al Ishaabah, vol 6, hlm 180.
Hadith
Kedua :
Diriwayatkan
oleh Ali ibn al Husain daripadanya ayahandanya daripada nendanya, bahawa Nabi ﷺ bersabda :
كنت نورا بين يدي ربي
Ertinya :
"Aku adalah cahaya di hadapan Tuhanku"
Hadith ini
disebut oleh AL HAFIZ ABU HASSAN ALI IBN MUHAMMAD AL QATTAN di dalam kitabnya
AL AHKAM, Beliau merupakan di antara pengkritik hadith yagn masyhur dan di
antara ulama yang tegas dan memberikan perhatian serius terhadap periwayatan
dan penjagaan sesuatu hadith.
Selain itu,
Dr Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki juga mengemukakan ayat di atas dan
menyatakan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa nur dalam ayat ialah Muhammad ﷺ sebagaimana yang disebut di dalam TAFSIR
AL TABARI, IBNU HATIM, QURTHUBI DAN QATADAH Juga berpendapat sedemikian.
Hadith
Ketiga :
عن أبى هريرة رضىالله
عنه : قال : قالوا : يا رسول الله , متى كتبت النبوة ؟ . قال : وأدم بين الروح والجسد.
Dari Abi
Hurairah r, anhu : Beliau berkata : Bertanya para Sahabat “ Wahai Rasulullah ,
Bilakah wajib bagi anda Nubuwah?”. Bersabda
Rasulullaah saw“ Sedang hal Adam
diantara Ruh dan Jasad”.
Hadis
Riwayat At TERMIDZI dan beliau berkata : HADITH HASAN SAHIH GHORIB.
Al
Muhaddith ABDULLAH BIN MUHAMMAD AL GHUMARI mensyarahkan hadith di atas dalam
kitab hadithnya AL MUNTHOQAH, menyatakan hadith di atas juga di riwayatkan oleh
Al Hakim, Abi Nuaim dan Al Baihaqi. Al Hakim MENSAHIHKAN hadith di atas.
Hadith
Keempat :
Dari
Maisarah Al Aj rah beliau berkata :
قلت يا رسول الله . متى كنت نبيا ؟. قال : وأدم بين
الروح والجسد.
“Daku Berkata “ Wahai Rasulullah , Bila Anda
telah menjadi Nabi?. Baginda bersabda ”
Sedang Adam diantara Ruh dan Jasad”
Hadith ini
telah diriwayatkan oleh IMAM AHMAD, AL BUKARI ( dalam kitabnya TARIKH). AT
THOBARANIY DAN AL HAKIM MENSAHIHKANNYA.
Berkata AL
HAFIZ IBNU HAJAR AL ASQALANIY ” SANADNYA ADALAH KUAT “.
Hadith
Kelima :
Telah
dikatakan: Telah diriwayatkan oleh IMAM ABDUR RAZAQ dengan sanad daripada
Sayyidina JABIR BIN ABDULLAH AL ANSARIY yang berkata:: " Wahai Rasulallah,
demi ayah dan ibuku yang menjadi tebusan bagimu, khabarkanlah kepadaku mengenai
apa yang mula pertama dicipta Allah ta`ala sebelum segala sesuatu."
Junjungan s.a.w. bersabda:- "Wahai Jabir, bahawasanya Allah telah
mencipta, sebelum segala sesuatu, akan nur nabimu daripada nurNya (yakni nur
yang menjadi milikNya). Lalu dengan kudratNya berputar nur tersebut (yakni
menjalani satu proses yang Allah sahaja Maha Mengetahui hakikatnya) menurut
kehendakNya, dan pada waktu itu belum ada lauh, belum ada qalam, belum ada
syurga, belum ada neraka, belum ada malaikat, belum ada langit, belum ada bumi,
belum ada matahari, belum ada bulan, belum ada jin dan belum ada manusia.
Ketika Allah ta`ala berkehendak untuk menciptakan makhluk, dibahagiNya nur
tersebut kepada empat bahagian, maka dijadikanNya daripada bahagian pertama,
qalam, dan daripada bahagian kedua, lauh, dan daripada bahagian ketiga, arsy.
Kemudian dibahagiNya bahagian keempat kepada empat bahagian lagi, lalu
diciptakanNya daripada bahagian pertama akan malaikat penanggung arsy
(hamalatul-arsy), dan daripada bahagian kedua, kursiy; dan daripada bahagian
ketiga, malaikat-malaikat lain. Kemudian dibahagiNya pula bahagian keempat
kepada empat bahagian, lalu dijadikan daripada bahagian pertama akan segala langit;
dan daripada bahagian kedua, segala bumi; dan daripada bahagian ketiga, syurga
dan neraka. DibahagiNya lagi bahagian keempat kepada empat bahagian, lalu
diciptaNya daripada bahagian pertama, nur absharil mu`minin (nur pandangan
orang-orang mu`min); daripada bahagian kedua, nur hati-hati mereka iaitu
ma'rifatu billah ta`ala (yakni ma`rifat akan Allah ta`ala); dan bahagian
ketiga, nur ucapan mereka iaitu tauhid "la ilaha illa Allah, Muhammadur
Rasulullah."
Aku (yakni IMAM
MULLAH ALI AL QARI berkata: Dan pengertian inilah yang diisyaratkan oleh firman
Allah ta`ala: "ALLAH (Pemberi) cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaan
nurNya - iaitu Nur Muhammad ﷺ
- adalah seperti misykah (lubang yang tidak tembus cahaya yang dibuat pada
dinding rumah untuk meletakkan pelita/lampu agar sinar pancaran cahayanya kuat
dan tidak berselerak) yang berisi sebuah lampu ........
Qadhi
'Iyyadh al-Yahsubi dalam kitabnya "asy-Syifa` bi ta'riifi huquuqil
Musthofa" mukasurat 83 meriwayatkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas r.anhuma bahawasanya :-
Junjungan
Nabi s.a.w. bersabda:-" Adalah roh baginda merupakan satu nur di sisi dua
tangan Allah ta'ala (yakni di sisi qudrah dan iradah Allah ta`ala) sebelum
diciptakan Nabi Adam 2000 tahun. Nur tersebut bertasbih dan bertasbih bersamanya
segala malaikat. Maka apabila Allah mencipta Nabi Adam, disimpankan Nur
tersebut ke dalam sulbinya. "
Selanjutnya
Junjungan s.a.w. menyambung: " Maka Allah telah menurunkan aku ke bumi
dalam sulbi Nabi Adam, dan dijadikanNya aku dalam sulbi Nabi Nuh, dan
diletakkanNya aku dalam sulbi Nabi Ibrahim, kemudian sentiasalah Allah ta`ala
memindah-mindahkan aku dari sulbi-sulbi yang mulia ke rahim-rahim yang suci
sehingga Dia mengeluarkan aku daripada kedua ibu bapaku, sedangkan mereka
sekali-kali bersekedudukan dalam kekejian (yakni semua leluhur Junjungan s.a.w.
tidak pernah melakukan zina, semuanya bernikah secara sah).
Selanjutnya
Qadhi Iyyadh menyatakan bahawa antara bukti untuk menguatkan kesahihan khabar
ini adalah syair al-Abbas yang masyhur pada memuji Junjungan Nabi s.a.w. Mulla
'Ali al-Qari dalam syarahnya bagi kitab "asy-Syifa`" tersebut pada
mukasurat 199, juzuk 1, menyatakan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Abu 'Amr
al-'Adni dalam musnadnya. Beliau juga menyatakan bahawa pada kebanyakkan riwayat
lafaz "Inna Quraisyan (Bahawasanya seorang quraisy (yakni Junjungan Nabi
s.a.w.)" digunakan. Hadis inilah yang dinukil oleh Syaikh Wajihuddin
'Abdur Rahman ad-Diba`ie, yang juga seorang ahli hadis, dalam mawlidnya yang
terkenal itu. Imam al-Haddad juga menukil hadis ini dalam kitabnya
"Sabilul Iddikar"
PUAS HATI ?
Antara
ulama yang saya bawakan dalam hujjah berkenaan dalil hadith berkenaan Nur
Muhammad ialah :
Imam Al Bukhari rahimahullahu ta’ala
Imam Al Bukhari rahimahullahu ta’ala
Imam
Thobraniy rahimahullahu ta’ala
Imam Ahmad
rahimahullahu ta’ala
Al Hafiz
Imam Ibnu Hajar Al Asqalaniy rahimahullahu ta’ala
Al Hafiz
Imam Abu Hassan Ali Ibn Muhammad Al Qattan rahimahullahu ta’ala
Dr Sayyid
Muhammad Ibn Alwi Al Maliki Al Makki AL Hasani
Imam At
Termidzi rahimahullahu ta’ala
Imam Al
Hakim rahimahullahu ta’ala
Imam Abu
Nuaim rahimahullahu ta’ala
Imam Al
Baihaqi rahimahullahu ta’ala
Syeikh
Abdullah bin Muhammad Al Ghumari rahimahullahu ta’ala
Imam Mulla
Ali Al Qari rahimahullahu ta’ala
Qadhi Iyyad Al Yahsubi rahimahullahu ta'ala
Qadhi Iyyad Al Yahsubi rahimahullahu ta'ala
KESEMUA
MEREKA MENGHAFAL RATUSAN RIBU HADITH BESERTA SANAD DAN MATAN.
Apakah
mereka itu meriwayatkan hadith palsu seperti didakwa oleh Wahabi-Wahabi yang
TIDAK MENGHAFAL HADITH, hanya bersandar kepada sijil PhD ?
Siapa yang berdusta atas nama Rasulullah ﷺ ?
Imam-imam hadith yang muktabar di atas ?
Siapa yang berdusta atas nama Rasulullah ﷺ ?
Imam-imam hadith yang muktabar di atas ?
Atau
Wahabi-wahabi
yang menyalak-nyalak hadith Nur Muhammad, kesemuanya hadith palsu ?
Saya sudah
membentangkan hujjah bagi menolakFITNAH dan PENDUSTAAN ATAS NAMA RASULULLAH ﷺ oleh puak-puak Wahabi.
WAHAI WAHABI !!!
Kamu membuat fitnah. Kamu katakan TIADA dalil dari Al Quran tentang Nur Muhammad. Kamu membuat fitnah. Kamu kata TIADA dalil Hadith tentang Nur Muhammad. Hadith-hadith tentang Nur Muhammad SEMUANYA PALSU.
Aku sudah mendatangkan dalil dari Al Quran dan Hadith yang disahihkan oleh para ulama hadith yang berwibawa dan menghafal ratusan ribu hadith beserta sanad dan matannya.
Antara para Imam Hadith tersebut berbanding dengan kamu yang TIDAK MENGHAFAL HADITH beserta sanad dan matan. PASTINYA AKU AKAN MENURUTI PARA IMAM HADITH BUKAN KAMU YANG MEMFITNAH DAN MENOLAK HADITH SAHIH RASULULLAH ﷺ. Apakah kamu TIDAK TAKUT DOSA ?
WAHAI WAHABI !!!
Kamu membuat fitnah. Kamu katakan TIADA dalil dari Al Quran tentang Nur Muhammad. Kamu membuat fitnah. Kamu kata TIADA dalil Hadith tentang Nur Muhammad. Hadith-hadith tentang Nur Muhammad SEMUANYA PALSU.
Aku sudah mendatangkan dalil dari Al Quran dan Hadith yang disahihkan oleh para ulama hadith yang berwibawa dan menghafal ratusan ribu hadith beserta sanad dan matannya.
Antara para Imam Hadith tersebut berbanding dengan kamu yang TIDAK MENGHAFAL HADITH beserta sanad dan matan. PASTINYA AKU AKAN MENURUTI PARA IMAM HADITH BUKAN KAMU YANG MEMFITNAH DAN MENOLAK HADITH SAHIH RASULULLAH ﷺ. Apakah kamu TIDAK TAKUT DOSA ?
Rasulullah
ﷺ bersabda “Barangsiapa berdusta atas nama
ku, sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka.”
Nasihat
saya :
1. Ikutlah Al
Quran dan Sunnah, BUKAN ikut Wahabi.
2. Ikutlah
ulama-ulama MUKTABAR, bukan ulama yang belajar dari GOOGLE dan YOUTUBE tapi
perasan pandai sambil menghina ulama-ulama muktabar tu tak ada ilmu.
Nak belajar, belajarlah dari orang yang jujur dan amanah. BUKAN dari orang yang tidak jujur dan tidak amanah.
Bersambung …………..
3 Oktober 2017
12.45 pagi
Alhamdulillah tuan benar..wahabi tidak lain ingin melemahkan dan memutuskan tawajuh kita kepada nabi esok diakhirat tak malu pula minta syafaat nabi teruskan usaha tuan ingatan yang berkekalan itu menguatkan kita umat Islam ini yang amat ditakuti oleh wahabi apa kah yang mereka lakukan disaat umat Islam dibunuh mereka duduk dalam kesenangan dan kemewahan keuntungan dari kota suci Mekah Sambil menghilangkan jejak nabi supaya hilang kekuatan umat Islam dipelosok dunia ini
ReplyDeleteWahabi ini satu fhm sesat yg merosakkan Islam dari dalam,mereka semuanya adalah syaitan berbentuk manusia Dan diterlaknat disisi Allah swt Dan di sisi Rasulullah saw..pengaruh mereka ini terlalu cepat Dan sbb itu juga sipercepatkan kehadiran Imamul Mahdi utk memerangi mereka sblm dakyah mereka akan menyesatkan lebih Ramai lagi umat Islam dari klgan ahlu Sunnah Wal jamaah Al matrudiyyah Al asyariah..wallahu a'lam.
ReplyDeleteKlau hadis xde penomboran yg diiktiraf oleh Al Azhar.. Xyah sembang la.. Nmpak sgt kamu x mampu kemukakan bukti soheh... Setakat nk menyalak dlm google boley la... Hahaha
ReplyDeleteLupa nk gtau... JAKIM pn dh haramkan pegangan Nur Muhammad sejak tahun 2000.. Hang baru nk belajar salak ke... Hahaha...
ReplyDeleteJAKIM tu Wahabi eik... Hahaha...
Nape la suka sangat dgn ajaran baru yg pelik. Kalau ikut akidah Asya'irah..zaman Abu Hasan Asya'ari pun takdak benda akidah merapu macam ni.
ReplyDeletePenulis cukup pendusta besar.
ReplyDeleteAlhamdulillah..syabas penulis. Penulis sengaja tak bawa catatan nom hadis tp kan dah bawa nama rawi dan kitab..tak cukup? bukan semua benda kena sebut detail2 ..ada perkara perlu sebut dengan tasrih- jelas...ada yg cukup dgn isyarah, ada cukup dengan kiasan - majaz..sebab tu kalo jahil sgt tak perlu nak kondem tulisan ilmiah org..isu ni dah beratus tahun selesai..wahabi jahil tp berlagak mcm mujtahid..nak cakap pasal Hadith bagai2 tp ilmu alat asas pun kantoi..
ReplyDeleteMentang2 zaman ni semua org walau yg jahil murakkab sekalipun..ada gajet ada akaun boleh tulis dan hentam suka hati ..maki hamun org memang la mudah...kamu ingat nak hukum sesuatu itu sudah cukup pada satu2 riwayat semata2 tak perlu pandang dalil2 lain??...kalau dah dlm Quran pun ada sebut pasal nur Muhammad.. apa lagi dalil yg kamu mahu..betul kata ulama..org wahabi perlukan hidayah jauh lagi perlu dari dalil
ReplyDeleteKeluarkan sokongan dari ulama2 terdahulu bekenaan maksud dan kewujudan "nur muhammad" itu..dalil sj x cukop..ijma&qias xboleh tinggal..cahaya kebenaran yg dmaksudkan brgkali itula "nabi muhammad" dan nur muhammad tu boleh jd itu bhs kias..
ReplyDeleteIMAM SYAFIE MENGHAFAL RATUSAN RIBU HADIS TAPI TIADA SATU MENGENAI NUR MUHAMMAD... KALU SY SILAP JOM KITA CHECK MAAF KALU SALAH
ReplyDeleteMenyampai pun bahasa kasar. Bagi dalil pun tak paham terjemahan dan taksir.
ReplyDelete