Friday, 8 May 2020

DALIL BERSELAWAT ANTARA SOLAT TARAWIH



DALIL BERSELAWAT ANTARA SOLAT TARAWIH

Ada seorang Maulana self claimed, mengatakan selawat antara solat tarawih itu tak ada dalil.

Betul ke?

Nasihat saya, hendak belajar agama, carilah orang alim ulama yang ikhlas dan luas ilmunya. Bukannya cari orang yang self-claimed pakar. Lebih-lebih lagi merasakan diri pakar dengan berbekalkan sijil PhD yang ada CGPA, padahal banyak benda asas pun tak kenal, rukun Islam percaya kepada malaikat pun tak kenal, baca Al Quran tajwid lintang pukang.

Inilah permasalahan orang zaman sekarang. Tak jumpa dikatakannya tiada. Ulama Kita dah lama membahaskannya. Kita sahaja yang jahil.

Dalam Islam, SUMBER HUKUM bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah ada EMPAT. Iaitu :

1. Al Quran
2. Hadith
3. Ijmak ulamak
4. Qiyas

Pada tahun yang lalu, ada seorang Ustaz PhD menipu para Jemaah solat tarawih. Katanya, … hanya kat Malaysia sahaja orang berselawat antara solat tarawih … Tak lama lepas dia buat kenyataan tersebut. Menderu-deru orang mendatangkan bukti bahawa bukan di Malaysia sahaja yang mengamalkan amalan berselawat antara solat tarawih. Di nusantara, di China, di Eropah, hatta di negara Arab termasuklah di Syria dan Jordan, umat Islam bermanhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah mengamalkan selawat antara solat tarawih. Secara tidak langsung, Ustaz PhD itu ternyata bukanlah seorang yang TSIQAH dan tidak layak diambil ilmunya berdasarkan manhaj disiplin ilmu hadith.

Kini ada seorang lagi Maulana celupan yang konon-konon hafal kesemua hadith dan matan mengeluarkan fatwa yang sama bagaikan si Ustaz PhD yang tidak TSIQAH.

Kami menasihatkan … kalua anda tu BODOH, jangan mudah-mudah buat kesimpulan. Kalau anda tu takt ahu, sila bertanya bukan terus nafikan. Anda sendiri pun bertaqlid dengan orang yang mempersempitkan dan menjumudkan agama, mana mungkin anda akan menjumpai ilmu dan dalil.

Maka kami menjawab dakwaan anda bahawa tiada dalil membaca selawat dan pujian keredhaan ALLAH ﷻ ke atas para sahabat Rasulullah ﷺ.

Sudah menjadi tradisi sebagian Muslim Ahli Sunnah Wal Jamaah sedunia, solat tarawih di selang-selikan dengan doa dan selawat, ditambah membaca doa untuk Khualafaurrasyidin (empat pengganti Nabi: Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali). Namun pernahkah kita bertanya-tanya, apa hukum membaca keduanya ketika selesai salam solat tarawih?

Sebelum kita melangkah kepada perincian hukum membaca selawat dan membaca radhiyalahu ‘anhu untuk empat khalifah di selang-seli solat tarawih, baiknya kita mengetahui hukum memisah dua solat dengan berpindah tempat atau berbicara.

Hukum memisah dua solat dengan berpindah tempat dan berbicara adalah sunah. Sebagaimana Al-Khatib Asy-Syirbiny menjelaskan dalam Kitab Mughnil Muhtaj:

وَيُسَنُّ (أَنْ يَنْتَقِلَ لِلنَّفْلِ) أَوِ الْفَرْضِ (مِنْ مَوْضِعِ فَرْضِهِ) أَوْ نَفْلِهِ لِتَكْثِيْرِ مَوَاضِعِ السُّجُود فَإِنَّهَا تَشْهَدُ لَهُ.قَالَ فِي الْمَجْمُوعِ فَإِنْ لَمْ يَنْتَقِلْ فَلْيُفْصِلْ بِكَلَامِ إِنْسَانٍ

Ertinya, “Disunatkan berpindah dari tempat ia melaksanakan solat fardhu ataupun sunat ke tempat yang lain untuk melaksanakan solat sunat atau fardhu, supaya memperbanyak tempat-tempat sujud, sesungguhnya itu akan menjadi saksi baginya. Imam Nawawi mengatakan, dalam Al-Majmu’, ‘APABILA IA TIDAK BERPINDAH TEMPAT, MAKA HENDAKLAH DIA MEMISAHKAN DENGAN UCAPAN MANUSIA.’” (Lihat Al-Khatib Asy-Syirbiny, Mughnil Muhtaj ilâ Ma’rifati Alfâzhil Minhâj, [Beirut, Darul Fikr], juz I, halaman 183).


Dalil praktik ini bersandar pada hadith Nabi ﷺ yang diriwayatkan IMAM MUSLIM dalam Shahih-nya:
Dari As-Saib bin Yazid bahwasannya Mu’awiyah RA berkata kepadanya:

إذَا صَلَّيْتَ الْجُمْعَةَ فَلَا تَصِلْهَا بِصَلَاةٍ حَتَّى تُكَلِمَ أَوْ تَخْرُجَ فَإِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّمَ أَمَرَنَا بِذَلكَ، أَنْ لَاتُوْصَلَ صَلَاةٌ بِصَلَاةٍ حَتَّى نَتَكَلَّمَ أَوْ نَخْرُجَ

Ertinya, “Apabila engkau selesai solat Jumaat, maka jangan kau sambung dengan solat lain sampai kau BERKATA-KATA atau keluar. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah memerintahkan kami dengan itu, supaya tidak menyambung solat hingga kita BERKATA-KATA ataupun keluar.”

Dalam sabda Rasulullah ﷺ yang berbunyi: (أَمَرَنَا بِذَلكَ، أَنْ لَاتُوْصَلَ صَلَاةٌ بِصَلَاةٍ) kalimat solat disana umum, tidak terikat apakah ia solat wajib atau tidak, intinya sunat untuk memisahnya.

Penjelasan ini menjadi akar disunatkannya membaca selawat Nabi ﷺ dan membaca radhiyallahu ‘anhu di setiap sehabis salam saat solat tarawih. Mengapa tidak berpindah tempat saat solat tarawih? Bayangkan saja jika masing-masing orang harus berpindah tempat, proses solat tarawih tentunya akan menyulitkan. Maka proses perpindahan tempat digantikan dengan KATA-KATA lafaz manusia, dan tiada kata-kata lafaz manusia yang lebih indah melainkan berselawat dan tasbih memuji ALLAH ﷻ.

Adapun hukum membaca selawat di setiap dua rakaat tarawih, dijelaskan oleh Zainuddin bin Muhammad Al-Aydarus dalam Kitab Ittihaful Anam bi Ahkamis Shiyam menjelaskan:

وَأَمَّا الصّلَاةُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ رَكَعَاتِ التَّرَاوِيْحِ الْمُعْتَادَّةُ فِي بَعْض الْبُلْدَانِ فَهِيَ مِنْ جُمْلَةِ الْأَذْكَارِ الْمُتَقَدِّمَةِ وَهِيَ حَسَنَةٌ وَمَطْلُوْبَةٌ وَمَرْغُوْبٌ فِيهَا عَلَى الدَّوَامِ، فَغَالِبًا مَا يُصَلِّي عَلَى النَّبِي ثُمَّ يُعَقِّبُها دُعَاءٌ، وَيَخْتَمُ بِهَا أَيْضًا مَعَ الثَّنَاءِ عَلَى اللهِ تَعَالَى، وَهَذَا ثَابِتٌ مُجْتَمَعٌ عَلَيْهِ، وَهُوَ مِنْ أَسْبَابِ إِجَابَةِ الدُّعَاءِ.

Ertinya, “Adapun selawat kepada Nabi ﷺ di antara beberapa rakaat tarawih yang sudah biasa dilakukan di beberapa negara, yaitu kalimat zikir permulaan, adalah baik, dianjurkan dan disunatkan secara berterusan, pada biasanya membaca selawat kemudian diikuti dengan doa, dan ditutup pula dengan selawat serta pujian kepada ALLAH ﷻ , dan tradisi ini tetap dan telah disepakati, dan ia adalah sebab-sebab diistijabahnya doa,” (Lihat Zainuddin Al-‘Aydarus Al-Ba’alawy, Ittihaful Anam bi Ahkamis Shiyam, [Maktabah Al-Mujallad Al-‘Arabi], halaman 197).

Kemudian, diterangkan dalam kitab Al-Fatawa Al-Fiqhiyyah Al-Kubrâ, tanya jawab mengenai hukum membaca selawat di setiap sesudah salam solat tarawih.

ـ (وَسُئِلَ) فَسَّحَ اللَّهُ فِي مُدَّتِهِ هَلْ تُسَنُّ الصَّلَاةُ عَلَيْهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - بَيْنَ تَسْلِيمَاتِ التَّرَاوِيحِ أَوْ هِيَ بِدْعَةٌ يُنْهَى عَنْهَا؟

Ertinya, “Imam Ibnu Hajar Al-Haitami–semoga ALLAH ﷻ melapangkannya–apakah selawat kepada Nabi ﷺ di antara salam solat tarawih disunatkan atau bida’ah yang dilarang?”
ـ (فَأَجَابَ) بِقَوْلِهِ الصَّلَاةُ فِي هَذَا الْمَحَلِّ بِخُصُوصِهِ. لَمْ نَرَ شَيْئًا فِي السُّنَّةِ وَلَا فِي كَلَامِ أَصْحَابِنَا فَهِيَ بِدْعَةٌ يُنْهَى عَنْهَا مَنْ يَأْتِي بِهَا بِقَصْدِ كَوْنِهَا سُنَّةً فِي هَذَا الْمَحَلِّ بِخُصُوصِهِ دُونَ مَنْ يَأْتِي بِهَا لَا بِهَذَا الْقَصْدِ كَأَنْ يَقْصدَ أَنَّهَا فِي كُلِّ وَقْتٍ سُنَّةٌ مِنْ حَيْثُ الْعُمُومُ بَلْ جَاءَ فِي أَحَادِيثَ مَا يُؤَيِّدُ الْخُصُوصَ إلَّا أَنَّهُ غَيْرُ كَافٍ فِي الدَّلَالَةِ لِذَلِكَ.

Ertinya, “Imam Ibnu Hajar menjawab, selawat dalam keadaan ini dengan kekhususannya tidak ada dalilnya dalam sunnah, juga tidak pada perkataan sahabat kami (ulama), maka itu adalah bida’ah yang dilarang bagi orang yang melaksanakannya dan menganggap hal itu adalah sunnah, dan tidak termasuk bida’ah yang terlarang, orang yang melaksanakannya bukan kerana tujuan ini, seperti menganggap bahawa selawat itu disunnahkan di setiap waktu dari segi keumumannya, akan tetapi ada beberapa hadith yang menguatkan kekhususan selawat, dengan catatan tidak cukup menjadikannya dalil,” (Lihat Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Al-Fatawa Al-Fiqhiyyatul Kubra, Al-Maktabah Al-Islamiyyah], juz I, halaman 186).

Kemudian Imam Ibnu Hajar menerangkan:

وَمِمَّا يَشْهَدُ لِلصَّلَاةِ عَلَيْهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - بَيْنَ تَسْلِيمَاتِ التَّرَاوِيحِ أَنَّهُ يُسَنُّ الدُّعَاءُ عَقِبَ السَّلَامِ مِنْ الصَّلَاةِ وَقَدْ تَقَرَّرَ أَنَّ الدَّاعِيَ يُسَنُّ لَهُ الصَّلَاةُ أَوَّلَ الدُّعَاءِ وَأَوْسَطَهُ وَآخِرَهُ وَهَذَا مِمَّا أَجْمَعَ عَلَيْهِ الْعُلَمَاءُ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ

Ertinya, “Salah satu dalil yang mendukung membaca selawat di antara rakaat-rakaat solat tarawih, yaitu disunatkan membaca doa setelah salam, dan sudah ditetapkan bahawa orang yang berdoa disunatkan membaca selawat, di awal, di tengah, dan di akhir doa,” (Lihat Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Al-Fatawa Al-Fiqhiyyatul Kubra, [Al-Maktabah Al-Islamiyyah], juz I, halaman 186).

Dari keterangan di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa membaca selawat di antara dua rakaat tarawih adalah sunat sesuai dengan kadar niatnya.

Kemudian bagaimana hukum membaca radhiyallahu anhu atau taradhdhi untuk Khulafaurrasyidin saat tarawih?

Zainuddin bin Muhammad Al-Aydarus dalam Kitab Ittihaful Anam bi Ahkamis Shiyam mengutip dari kitab Fatawa Ramadhan karya Sayyid ‘Abdullah bin Mahfudz Al-Haddad sebagai berikut:

وَهُوَ فِعْلٌ حَسَنٌ وَلَيْسَ بِدْعَةً ضَلَالَةً وَلَا أَنَّهُ سُنَّةٌ، فَمَنْ فَعَلَهُ فَقَدْ أَحْسَنَ، وَمَنْ تَرَكَهُ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ، وَالتَّرَضِّي عَنِ الصَّحَابَةِ دُعَاءٌ يُثَابُ عَلَيْهِ.

Ertinya, “Membaca taradhdhi adalah perbuatan yang bagus, bukan bid'ah yang sesat, dan bukan pula sunnah. Siapa yang mengerjakannya, maka ia telah berbuat baik, siapa yang meninggalkannya maka tak ada dosa baginya, dan membaca radhiyaLlahu ‘anhu untuk sahabat Nabi adalah doa yang diberikan pahala,” (Lihat Zainuddin Al-‘Aydarus Al-Ba’alawy, Ittihaful Anam bi Ahkamis Shiyam, [Maktabah Al-Mujallad Al-‘Arabi], halaman 201)
.
Kesimpulannya, membaca selawat dan membaca radhiyallahu ‘anhu setiap sehabis salam saat tarawih adalah sunat mengingat hadith nabi ﷺ yang menganjurkan untuk memisah solat sunat dengan berpindah kedudukan ATAU berbicara. Hakikatnya, membaca selawat dan radhiyallahu ‘anhu adalah doa.

Demikianlah penjelasan hukum membaca selawat Nabi ﷺ dan radhiyallahu ‘anhu di setiap sehabis salam saat tarawih. Semoga doa yang kita panjatkan kepada Allah ﷻ dikabulkan dengan membaca selawat, begitu pula semoga mendapat berkah melalui para sahabat Nabi ﷺ.

Sekali lagi hendak dinasihatkan kepada species perasan pandai. Kalau tak jumpa dalil, jangan gopoh menafikan. Sebaliknya pergilah belajar dan tanya orang yang tahu. Agar taklah nampak diri tu bodoh, jumud dan sesat.

Kita Cuma kadang HAIRAN. … Orang yang mengaku pakar Hadith (KONON) tetapi boleh mengatakan siapa yang berselawat memuji Rasulullah ﷺ itu sesat dan masuk neraka. Hairankan?

Wallahu a‘lam.




Tahukah anda, bahawa Selawat dan zikir ANTARA TARAWIH WARISAN SALAF*
Al-Imam ‘Alauddin Abu Bakar bin Mas’ud al-Kasani al-Hanafi, radhiyallaahu ‘anhu, berkata dalam kitabnya, _*Bada’i’ al-Shana’i’ fi Tartib al-Syara’i’:*_

وَمِنْهَا أَنَّ الإِمَامَ كُلَّمَا صَلَّى تَرْوِيحَةً قَعَدَ بَيْنَ التَّرْوِيحَتَيْنِ قَدْرَ تَرْوِيحَةٍ يُسَبِّحُ، وَيُهَلِّلُ وَيُكَبِّرُ، وَيُصَلِّي عَلَى النَّبِيِّ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَيَدْعُو وَيَنْتَظِرُ أَيْضًا بَعْدَ الْخَامِسَةِ قَدْرَ تَرْوِيحَةٍ؛ لأَنَّهُ مُتَوَارَثٌ مِنْ السَّلَفِ (الإمام علاء الدين الكاساني، بدائع الصنائع في ترتيب الشرائع، ج 1 ص 290).
_
“Di antara kesunnahan tarawih adalah, sesungguhnya setiap Imam dapat satu salam tarawih, maka ia duduk di antara dua tawarih kira-kira satu tarawih seraya membaca tasbih, tahlil, takbir dan shalawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ia juga berdoa dan menunggu setelah salam tarawih yang kelima kira-kira satu tarawih. Karena demikian itu telah diwariskan dari kaum salaf.”_
📚 (Al-Imam Abu Bakar bin Mas’ud al-Kasani al-Hanafi (wafat th 587 H), Bada’i’ al-Shana’i’ fi Tartib al-Syara’i’ juz 1 hlm 290).
Hal ini dibuktikan dengan fatwa ulama Yaman, yaitu Syaikh Ibnu Ziyad (975 H), beliau berkata: "Tidak ada ulama Syafiiyah yang menjelaskan anjuran membaca shalawat kepada Nabi Saw diantara sela-sela salam salat Tarawih. Namun yang dapat dipahami dari para ulama Syafiiyah adalah anjuran membaca doa setelah selesai salat. Para ulama juga menganjurkan mengawali doa dan mengakhirinya dengan bacaan shalawat kepada Rasulullah Saw, keluarga dan para sahabatnya. Dengan demikian, anjuran membaca shalawat dalam Tarawih adalah dengan melihat faktor tersebut"
(مسألة): لم يصرح أحد من الأصحاب باستحباب الصلاة على النبي بين تسليمات التراويح
......
(Talkhish Murod al-Fatawa Ibnu Ziyad 94)
Sementara bacaan dengan suara keras untuk menyemangatkan jamaah juga diperbolehkan. Sebuah riwayat menyebutkan bahwa Umar bin Khattab jika melantunkan al-Quran dengan suara keras tidak disalahkan oleh Nabi Saw. Lalu ia ditanya oleh Nabi: "Mengapa kamu mengeraskan bacaanmu?" Umar menjawab: "Saya ingin mengusir syetan dan menghilangkan kantuk ". Rasulullah menjawab: "Bagus" (HR Ahmad No 865, semua perawinya terpercaya).
- Al Fatawi Al Fiqhiyyah Al Kubro
( وسئل ) فسح الله في مدته هل تسن الصلاة عليه صلى الله عليه وسلم بين تسليمات التراويح أو هي بدعة ينهى عنها ؟ ( فأجاب ) بقوله الصلاة في هذا المحل بخصوصه .
لم نر شيئا في السنة ولا في كلام أصحابنا فهي بدعة ينهى عنها من يأتي بها بقصد كونها سنة في هذا المحل بخصوصه دون من يأتي بها لا بهذا القصد كأن يقصد أنها في كل وقت سنة من حيث العموم بل جاء في أحاديث ما يؤيد الخصوص إلا أنه غير كاف في الدلالة لذلك ، ومنه ما صح عن ابن مسعود رضي الله عنه ومثله لا يقال من قبل الرأي أن من قام في جوف الليل لا يعلم به أحد فتوضأ فأسبغ الوضوء ثم حمد الله ومجده وصلى على النبي صلى الله عليه وسلم واستفتح القولين فذاك الذي يضحك الله إليه يقول انظروا إلى عبدي قائما لا يراه أحد غيري .

Ramai pengikut Wahhabi kena TIPU dengan Tok guru mereka. Itu bukan salaf lah, ini bukan salaf lah. Ini bida'ah, itu bida'ah. Dan lain-lain. Hakikatnya, Tok Guru mereka tu TAK ADA ILMU dan JUMUD. Kesiannnn.
Nak cari guru, carilah yang AMANAH, BUKAN KAKI FITNAH, BUKAN KAKI TIPU.
Tapi .... saya nak nasihatkan kepada pembaca. .... JANGAN sesekali kita melabel orang yang bencikan selawat itu sebagai Wahhabi. SEBAB ... Setan pun benci selawat. Hehehehe
KO ADA BERAPA QIRAAT? Hehehe

1 comment:

  1. Syukran di atas perkongsian ilmunya. Alhamdulillah, kami di Johor dh lazim mengamalkan selawat dn bacaan2 antara solat terawih.

    Ustz atau Dr berkenaan cenderung mengambil pendapat lain dan memberi pendapat mengikut kadar ilmunya. Cuma menurut apa yg sya amati, tiada pula sya jumpa ustz yng mungkin dimaksudkan berkata atau bermaksud membenci selawat. Mereka bermaksud berselawat pd waktu tersebut dengan cara yg tersebut tiada dalilnya mahupun melalui ulama' syafiiah. Di sinilah khilafnya.

    Kita mungkin tidak bersetuju dgn pendapat mereka, tetapi berlaku adil itu adalah lebih baik.

    Moga kita terhindar drp sikap mudah melabel, memfitnah, menyindir mahupun menuduh dengan bukti yg tidak jelas. Kerana itu hampir kpd berlaku zalim sesama manusia.
    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete