Sunday, 10 May 2020

*Rekod Merah Dr Basit bin Abdur Rahman atau Abu Anas Madani*










*Rekod Merah Dr Basit bin Abdur Rahman atau Abu Anas Madani*
Menurut Mufti Hanbali, ibn Humaid dalam kitabnya Suhub al Wabilah 'Ala Daraih al Hanabilah [hlm.275] Abdul Wahhab adalah seorang ulama dalam mazhab Hanbali namun anaknya yang bernama Muhammad bin Abdul Wahhab pula menyeleweng. Abu al Barakat Majduddin Abd as Salam ibn Taymiyyah al Harrani merupakan datuk kepada ibn Taymiyyah adalah ulama besar dalam mazhab Hanbali namun ibn Taymiyyah al Harrani sendiri pula adalah mujassim. Justeru, tidak pelik jika dikatakan Tuan Guru Haji Abdur Rahman al Kelantani adalah guru pondok yang masyhur dan berilmu lagi terkenal suatu ketika dahulu namun anaknya pula iaitu Dr Basit berfahaman wahhabi.
Dr Basit yang menggelarkan diri sendiri dengan nama Abu Anas Madani dikatakan banyak mengenegahkan isu isu bahaya dalam masyarakat dengan meniru-niru cara pendekatan pondok. Cara taqiyyah seperti ini bukan kali pertama digunakan oleh al Wahhabiyyah bahkan telah lama ditelusuri oleh mereka kerana masyarakat Islam di Tanah Melayu hingga kini rata-rata masih menolak fahaman dan pendekatan radikal kelompok ini hingga ke peringkat kefatwaan.
Beberapa hujah yang menjadi asas kepada dakwaan bahawa Dr Basit berfahaman ini dan telah membawa perpecahan dalam masyarakat serta terjebak dengan penyimpangan agama adalah sebagaimana berikut :
1. Mengkafirkan umat Islam yang mengatakan _Ya Rasulullah al Madad_ dan mengatakan ia termasuk dalam amalan syirik. Umat Islam dikira kafir dengan melakukannya. Lucunya rujukan Dr Basit dalam hal ini adalah Islamweb.net bukan kitab kitab muktabar dalam kalangan ulama-ulama mazhab. Imam ar Ramli yang terkenal dengan julukan Syafie as Soghir dalam kitab Fatawa ar Ramli, h.733 mengatakan ucapan umat Islam Ya rasullah al Madad itu adalah harus.
2. Mengkafirkan dan mensyirikkan perbuatan umat Islam yang beristi'anah atau meminta bantuan daripada orang telah meninggal dunia dalam kalangan ulama. Rujukan Dr Basit dalam hal ini adalah Abdul Aziz bin Baz yang merupakan wahhabi semasa terkenal di Saudiyyah.
3. Dr Basit mendakwa bahawa melakukan tawassul dengan golongan solehin hukumnya kafir secara ijmak ulama. Padahal imam Ahmad pengasas mazhab Hanbali sendiri, al Hafiz ibn Jawzi al Hanbali dalam al Wafa Biahwal al Mustofa, al Hafiz Abu Bakar al Khatib al Baghdadi dalam Tarikh Baghdad mengharuskannya walaupun setelah kematian nabi dan para solehin.
4. Mendakwa bahawa menakwilkan ayat al quran dan hadith (yang mutasyabihat) berkaitan sifat sifat Allah dikira bidaah yang mungkar yang disepakati. Padahal telah thabit pentakwilan dilakukan oleh sebahagian salafussoleh seperti ibn Abbas, Mujahid, al Bukhari, Ahmad bin Hanbal dan lain lain.
4. Mendakwa bahawa wahhabi adalah pengikut sebenar mazhab hanbali dari sudut fiqh. Tetapi jika kita merujuk pendapat ulama ahli sunnah wal jamaah al-Wahhabiyyah adalah sebaliknya bahkan mereka dikira perosak kepada mazhab hanbali itu sendiri.
5. Mendakwa wahhabi mengikut salafus soleh dalam hal yang berkaitan ayat mutasyabihat. Padahal pendekatan al wahhabiyyah dalam isu ayat mutasyabihat berdasarkan tasybih dan tajsim. Manakala para salaf menjurus kepada tafwidh dan tanzih. Dr Basit dilihat banyak merujuk pendapat dan penjelasan Aizam Mas'ud tentang isu al-Wahhabiyyah iaitu buku _Diskusi Isu Akidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia_ yang telah banyak mendatangkan kontroversi kerana cuba mempertahankan gerakan al-Wahhabiyyah.
6. Dr Basit dalam bukunya _Adab dan Larangan Ketika Menziarahi Madinah Munawwarah_ mendakwa perbuatan sebahagian umat Islam yang menghadap ke arah maqam Rasulullah ketika berdoa adalah perbuatan yang dilarang. Padahal imam Malik sendiri mengatakan antara adab menziarahi maqam rasulullah adalah berdoa dengan menghadapkan diri kepada Rasulullah bukan mengkebelakangi baginda. Lihat al Qadhi Iyadh al Maliki dalam kitabnya as Syifa Bihuquq al Mustofa.
www.abuanasmadani.com › ...PDF
Web results
Kelebihan Madinah & Adab dan Larangan Ketika ... - Abu Anas Madani
7. Mempergunakan kitab pondok untuk mengharamkan tahlil arwah. Dr Basit mendakwa kitab pondok seperti Bughyah al Tullab karangan Syaikh Dawud al Fatoni, Kasyful Litham, kitab Sabil al Muhtadi karangan Syaikh Muhammad al Arsyad al Banjari bahkan semua kitab jawi menyebut tahlil arwah dan menjemput orang berkumpul setelah kematian adalah bidaah yang dibenci dalam syarak. Realiti dalam masyarakat hari ini yang melakukan amalan tahlilan menurutnya bercanggah dengan kitab pondok yang difahaminya.
8. Dr Basit banyak bersandar kepada al Qardowi dalam isu bidaah yang telah mengira tidak ada langsung _bidaah hasanah_ dalam Islam bahkan semuanya bidaah dianggap dolalah/sesat. Dr Basit juga bersetuju dengan al Qardowi bahawa kalimah bid'ah yang disebut oleh Sayyidina Umar mengenai perhimpunan umat Islam dalam melakukan solat teraweh dengan diimamkan oleh seorang imam itu hanyalah bid'ah dari sudut bahasa sahaja maka tidak boleh menggunakan hujah ini untuk menyatakan ada bidaah hasanah dari sudut syarak. Dr Basit juga berhujah dengan pendapat al Syatibi dalam hal ini untuk menolak pembahagian bidaah kepada lima bahagian berdasarkan hukum taklifi sebagaimana masyhur pendapat Izz bin Abdis Salam, al Ghazali dan al Nawawi.
9. Kebanyakan rakaman ceramah Dr Basit adalah hasil rakaman dan sebaran group media PRo Tajdid yang terkenal hanya menyebarkan ceramah-ceramah pendakyah al Wahhabiyyah sahaja. Media Pro tajdid lebih cenderung dan fokus untuk rakaman Dr Asri Zainal Abidin, Asri Yusuf, Dr Rozaimi Ramli, Dr Zulkifli al Bakri dan seumpamanya yang tidak syak lagi termasuk dalam kalangan pendakyah kepada fahaman ini.
10. Mohd Asri Sobri yang tidak asing lagi aktif menyebarkan fahaman wahhabi di Malaysia mengakui bahawa Dr Basit adalah antara asatizah wahhabi yang diseganinya.
11. Dr Basit banyak mempromosikan Wahhabi indonesia seperti Dr Firanda yang telah dihalang caramah di Acheh kerana mendatangkan perpecahan dalam masyarakat Islam.
12. Dr Basit termasuk dalam kalangan penceramah yang diharamkan oleh kebanyakan negeri di Malaysia termasuk Negeri Johor dan Selangor.

No comments:

Post a Comment