Jadi untuk menentukan siapakah Imam Mahdi sebenarnya, kembalilah kepada ALLAH dan Rasul-NYA. Kerana kebenaran itu dari ALLAH melalui firman-NYA dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam.
Bagi memperjelaskan perkara tersebut, ayuh kta rujuk kepada ulamak-ulamak muktabar dari manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah melalui kitab-kitab mereka. Antaranya ialah Imam Jalaluddin As Suyuti, Imam Ibnu Hajar Al Haitami dan Imam As Syaukani. Imam Jalaluddin As Suyuti ada menulis sebuah kitab Al Hawi Lil Fatawa berkenaan Imam Mahdi Al Muntazar. Imam Ibnu Hajar Al Haitami pula menulis Mukhtasar Fil Mahdi Al Muntazar dan As Sawaiqul Mukhriqat. Imam As Syaukani pula menulis kitab At Tawadhihu Fil Tawaturi Ma Jaa Fil Muntaziri Wad Dajjal Wal Masihi. Kesemua ulamak-ulamak yang disebut di atas menulis ktab-kitab berkenaan yang menerangkan secara jelas tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana yang disebutkan oleh hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam.
Berdasarkan ulamak-ulamak muktabar, Seramai 26 orang sahabat Rasulullah Shalallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam terlibat dalam meriwayatkan hadis-hadis tentang kemunculan Imam Mahdi. Ini bermakna, hadis yang diriwayatkan oleh 26 orang para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam adalah bersifat sahih yang mutawatir. Shabat-sahabat Radhiallahuanhuma terbabit adalah seperti berikut :
1. Uthman bin Affan
2. Ali bin Abi Thalib
3. Talhah bin Ubaidillah
4. Abdul Rahman bin Auf
5. Al Husain bin Ali
6. Ummu Salamah
7. Ummu Habibah
8. Abdullah bin Abbas
9. Abdullah bin Mas’ud
10. Abdullah bin Umar
11. Abdullah bin Amar
12. Abu Said bin Kudri
13. Jabir bin Abdullah
14. Abu Hurairah
15. Anas bin Malik
16. Ammar bin Yasir
17. Auf bin Malik
18. Syauban
19. Kaurah bin Iyas
20. Ali Al Hilali
21. Huzaifah bin Al Yaman
22. Abdullah bin Al Haris bin Juzuk
23. Auz bin Malik
24. Imran bin Husain
25. Abu Tufail
26. Jabir bin Sidqi r.a
Antara ulamak-ulamak muktabar sesudah zaman para sahabat radhiallahu anhuma, yang meriwayatkan zahirnya Imam Mahdi di akhir zaman ialah :
- Al Hafiz Abul Husain, Muhammad bin Al Husain,
- Al Haburi,
- Muhammad Al Bazanji,
- Muhammad Al Safarini,
- Al Qadi Muhammad bin Ali Al Saukani,
- Sidiq bin Hasan Al Kanuri.
- Syeikh Mohammad bin Jaafar Al Kattani.
Termasuklah 36 orang imam dalam ilmu hadis telah menyebut hadis zahirnya Imam Mahdi di dalam kitab-kitab mereka, di antara ulamak-ulamak Rahimahumullahu ta’ala ini adalah :
- Abu Daud,
- At Tarmizi,
- Ibnu Majah,
- An Nasai,
- Al Imam Ahmad bin Hambal,
- Ibnu Hibban,
- Al Hakim
- Dan lain -lain.
Terdapat juga ulamak-ulamak besar yang mengarang kitab yang khusus dalam membicarakan tentang Imam Mahdi. Antaranya :
- Abu Bakar bin Abi Haitam,
- Al Hafiz Abu Naim,
- Imam Jalaluddin As Suyuti,
- Imanuddin Ibnu Kathir,
- Ibnu Hajar Al Makki,
- Mohammad bin Ismail Hasan Ali,
- Al Syeikh Abdul Mukhsin bin Abban
- Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari
- dan lain-lain.
Justeru itu, dalam manhaj Ahlus Sunnnah Wal Jamaah, menetapkan bahawa kepercayaan kepada zahirnya Imam Mahdi sebagai tanda-tanda kedatangan Hari Kiamat tergolong dalam persoalan aqidah yang furu’ (cabang). Hal ini tidak boleh dinafikan dan tidak boleh juga dipermainkan seperti dilakukan oleh manhaj Syiah. InsyaALLAH kita akan mengupas dalam diskusi akan datang perbezaan antara Imam Mahdi manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan Syiah berdasarkan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam.
Ibn Hazm dalam Kitab Muratibul Ijma' menjelaskan bahawa :
"Ulama Islam telah Istifaq dan Ijma', bahawa sabdaan Rasulullah apabila telah sah dan benar bahawa itu adaah sabda Rasulullah dengan yakin, maka ia wajin kita ikuti."
Manakala, Al-'Allamah As-Safarini, di dalam kitab tauhidnya yang terkenal, ad-Duratul Mudhiyatu Fi Aqidatil Firqatil Mardhiya ketika memberi komentar tentang pengzahiran Imam Mahdi menyebut :
"Adapun beriman dengan keluarnya Imam Mahdi itu adalah wajib sebagaimana yang telah ditetapkan pada ilmu ahli tauhid dan telah dituliskan dalam aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah."
Al Hafiz Ibnu Kathir dalam kitabnya Tafsir Ibnu Kathir menjelaskan, bahawa :
“antara imam-imam yang memimpin umat ialah Imam Mahdi. Seorang yang mendapat petunjuk seperti diriwayatkan di dalam hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasallam yang pastinya bertentangan dengan Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syiah. Kerana menurut Syiah Rofidah, Imam Mahdi dilahirkan dan akan mncul dari satu lubang di bumi Samara, Iraq."
Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari menyatakan Ima Mahdi dilahirkan, dia dididik dan belajar. Ibnu Hajar Al Asqalani juga berkata Abu Hasan Al Qasai Al Abadi di dalam manaqib Al Syafie telah menjadi khabar mutawattir bahawa Imam Mahdi itu zahir dari kalangan umat ini.
Menurut Ibnu Hajar Al Haitami di dalam kitabnya Al Mukhtasar Bil Mahdi Muntazar, “sesungguhnya aku telah di minta supaya mengarang kitab ini yakni tentang Imam Mahdi yang sebenar bagi menjelaskan dakwaan satu golongan di zaman kita ini dan zaman sebelumnya yang mengaku dirinya Imam Mahdi dan tidaklah mereka ini ketahui bahawa dakwaan sewenang-wenang mengaku Imam Mahdi itu sesuatu kesesatan dan menyesatkan.” Seterusnya beliau menyebut beberapa hadis tentang Imam Mahdi dan menjelaskan riwayat-riwayat yang sebenar berhubung perkara itu.
Imam As Syaukani berkata “bahawa hadis-hadis yang diriwayatkan berhubung denagn zahirnya Imam Mahdi yang dapat aku mengkajinya sebanyak 50 hadis, ada yang sahih, ada yang hasan dan ada pula yang daif yang lemah, tetapi yang boleh dikuatkan dengan hadis yang lain. Oleh itu maka ia adalah mutawattir yakni mutawattir pada maknanya. “
As Syaukani ialah seorang alim yang terkenal dari negeri Yaman yang banyak mengarang kitab-kitab yang berasal daripada Mazhab Syiah Al Zaidiyah, kemudian keluar dari Syiah Zaidiyah menganut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menjadi seorang alim yang mujtahid di dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menurut kitab At Tat Al Jami’ Lil Usul berhubung dengan hadis yang mengatakan :
"Zahirnya Imam Mahdi telah mashurlah di kalangan ulama salaf dan khalaf bahawa di akhir zaman mestilah zahirnya seorang lelaki di kalangan keluarga Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam yang di namakan Imam Mahdi. Dia memerintah kerajaan Islam dan di patuhi oleh umat Islam, ia memerintah dengan adil dan menegakkan agamanya, selepasnya zahirlah Dajjal dan turunnya Nabi Isa bin Maryam a.s. kedua-dua yakni Imam Mahdi dan Nabi Isa bantu membantu untuk membunuh Dajjal. Hadis yang menceritakan zahirnya Imam Mahdi itu telah diriwayatkan oleh para sahabat yang terpilih oleh r.a. Dan telah mengeluarkannya oleh ulama besar dalam hadis seperti Abu Daud, At Tirmizi , Ibnu Majah, At Tabarani Al Bazar, Al Imam Ahmad, Al Hakim dan lain-lain r.a. Di mana Dajjal akan kita baca kemudian. Dajjal ini dilahirkan di kalangan orang Yahudi dan Yahudi sudah balik ke Palestin, mereka berkumpul mendirikan kerajaan dan ia akan meluaskan wilayahnya dengan kekuatan, kekayaan yang ada pada mereka."
InsyaALLAH akan dipaparkan hadis-hadis berkenaan Imam Mahdi dalam penulisan akan datang.
To be continue ....
Masjid Kota Damansara
12 Ramadhan 1433 / 1 Ogos 2012
5.15am
No comments:
Post a Comment