Saturday, 18 July 2020

09 INILAH IMAM AL MAHDI : Tanda-tanda Kedatangan Imam Mahdi Al Muntazar Part 9



Setelah lama menyepi, saya menyambung penulisan saya berkenaan Imam Mahdi Al Muntazar.

Berdasarkan kitab Ibnu Hajar Al Haitami, antara tanda-tanda kezahiran Imam Mahdi Al Muntazar aadalah :

1. Zahir ketika banyak berlaku perselisihan.
2. Zahir ketika banyak berlaku gempa bumi.
3. Zahir bersama panji hitam dari Khurasan
4. Pemegang Panji hitam dari khurasan adalah seorang lelaki yang sangat muda.
5. Pemegang panji hitam dari Khurasan itu adalah seorang lelaki yang memimpin kaum Bani Tamim.
6. Pemegang panji hitam dari Khurasan itu bernama Syuaib Bin Saleh At Tamimi.
7. Akan ada seruan dari langit yang mengatakan bahawa si polan itu adalah Imam Mahdi.
8. Imam Mahdi di bai'ah di bulan Muharram setelah berlaku beberapa fitnah dan peperangan di bulan Ramadhan dan sesudahnya, sehinggalah ke musim Haji.
9. Berlaku perampasan di Mina pada bulan Haji. Berlaku pembunuhan hingga mengalir darah di Jumrah.
10. Imam Mahdi akan di bai'ah pada bulan Muharam.
11. Imam Mahdi akan di bai'ah antara rukun Yamani dan maqam Nabi Ibrahim AS.
12. Sebelum di bai'ah di antara rukun dan maqam, berlaku perselisihan sesama kabilah di bulan Zulqaedah dan berlaku rampasan di Mina.
13. Diriwayatkan juga Imam Mahdi dan pengikutnya bersolat subuh di Baitul Maqdis
14. Imam Mahdi solat subuh di Baitul Maqdis bersama orang mukmin. Tiba-tiba Nabi Isa AS turun dari langit. Imam Mahdi mundur ke belakang agar Nabi Isa AS mnjadi imam. Tetapi Nabi Isa AS meletakkan kedua tangannya antara dua  bahu Imam Mahdi seraya berkata "Ke depanlah, solatlah, sesungguhnya bagi mu imam bagi solat ini

Apa yang akan dilakukan oleh  Imam Mahdi setelah kezahirannya ?

Berdasarkan Imam Ibnu Hajar Al Haitami, Imam Suyuthi.

1. Membangunkan urusan agama sebagaimana kehendak Al Quran dan Sunnah.
2. Membawa keadilan, keamanan, kemakmuran hingga serigala dan kambing boleh tinggal sekandang, tiada yang layak menerima zakat.
3. Menghukum dan membawa keadilan, memecah salib dan membunuh babi.
4. Menghapuskan kekejaman, memenuhi bumi dengan keadilan.
5. Menebarkan harta tanpa mengira-ngira kepada umat manusia.
6. Umat manusia mendapat nikmat yang sama yang tidak pernah dirasai sebelumnya.
7. Imam Mahdi mempunyai kerajaan bagaikan kerajaan Iskandar Zulqarnain dan Mabi Sulaiman AS.
8. Bilangan yang membaiah Imam Mahdi ialah 313 orang.
9. Memerintah selama 5 , 7 atau 9 tahun.
10. Imam Mahdi adalqh Khatamun auliya sebagaimana Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam menjadi khatamaun nubuwwah.
11. Selepas dibaiah, puak Sufyani dari Syams datang menyerang tetapi sebelum sempat sampai di Mekah, puak.Sufyani ditenggelamkan ke dalam bumi.
12. Pemegang panji hitam adalah seorang anak muda lelaki yang amat muda usianya dari Bani Tamim dan memimpin kabilah Bani Tamim bernama Syuaib bin Saleh At Tamimi.
13. Imam Mahdi memerangi Rom dalam masa 3 hari. Mendapat kemenangan pada hari ketiga hingga dapat membuka Konstantiniah.

Dari kitab Ad Durratun Nafi'ah Fi Isy Ratus Saa'ah oleh Syeikh Osman Jalaludin, menghuraikan lebih lanjut akan kitab-kitab dan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hajar Al Haitami dan Imam Suyuthi.

1. Nama Imam Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah.
2. Keturunan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam.
3. Tubuhnya bagai tubuh orang Bani Israel.
4. Warna kulitnya putih kemerah-merahan.
5. Jarang bulu pelipisnya.
6. Hidungnya mancung
7. Keningnya melengkung.
8. Mukanya panjang.
9. Matanya besar dan bercelak.
10. Giginya jarang dan berseri.
11. Pipi kanannya ada tahi lalat.
12. Janggutnya tebal.
13. Ada tanda khatamun nubuwwah anatara dua belikatnya.
14. Pehanya renggang. 
15. Memakai baju belah dada pendek (macam vest) di atas jubah.
16. Tidak membangunkan orang yang sedang tidur melainkan apabila masuk waktu solat.
17. Tidak menumpahkan darah yang tiada halal.
18. Memerangi orang yang membenci Sunnah Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam dan kafir harbi.
19. Menghapuskan perbuatan bidaah dan bertentangan dengan iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
20. Menjadi raja bagaikan Iskandar Zulqarnain dan Nabi Sulaiman AS.
21. Imam Mahdi seorang yang penyayang dan pemurah.
22. Imam Mahdi diredhai oleh yang hidup di langit dan di bumi.
23. Kekayaannya melimpah ruah dan menyeru kepada sesiapa yang berhajat mengambilnya.
24. Sewaktu zahir, Imam Mahdi akan memakai serban.
25. Di atas serban, ada malaikat yang menyeru " Inilah Mahdi khalifah ALLAH. Ikutilah ia dengan ikhlas dan yakin".
26. Kemudian akan keluar dari serban satu tangan mengisyaratkan satu bai'ah kepada Imam Mahdi.
27. Imam Mahdi memiliki sebilah pedang milik Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam.
28. Imam Mahdi memiliki sepasang baju milik Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam yang tidak pernah dipakai oleh sesiapa pun setelah kewafatan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aaalihi Wassallam. 
29. Imam Mahdi memiliki satu bendera berwarna merah yang diperbuat dari kain bulu yang tertulis dengan warna hitam "Bermula perjanjian itu  bagi ALLAH".
30. Imam Mahdi mempunyai kelebihan. Antaranya jika dia menanam sebatang kayu yang kering ke tanah yang tandus, kayu itu akan tumbuh dan berdaun hijau dengan subur.

Alamat petanda kezahiran Imam Mahdi telah hampir :

1. Pecahnya Sungai Furat (di negeri Baghdad ) masuk ke laut Parsi.
2. Gerhana bulan di awal malam bulan Ramadhan.
3. Gerhana matahari di awal Ramadhan.
4. Gerhana bulan berlaku dua kali dalam bulan Ramadhan.
5. tanduk di langit bagaikan beberapa gigi.
6. Terbit bintang berekor yang cerah dari timur.
7. Zahir api yang besar dari timur selama 3 atau pun 7 malam.
8. Zahir kelam di langit.
9. Zahir langit merah yang berlainan dari biasa.
10. Ada seruan di langit yang difahami seluruh makhluk di bumi akan kezahiran Imam Mahdi.
11. Seruan tersebut amat kuat hinga orang yang tertidur boleh terjaga, orang yang beridir boleh terduduk.
12. Tenggelam sebuah tempat bernama Khuristan dalam negeri Syams.
13. Zahir satu jemaah lelaki di bulan Syawal. Kemudian kedengaran suara yang membatalkan peperangan di bulan Zulqaedah. Setelah itu berlaku peperangan di bulan Zulhijjah. Berlaku kejadian rampasan/rompakan ke atas jemaah Haji serta pertumpahan darah di Mina hingga darah mengalir di Jumrah.
14. Berlaku gempa bumi.


To be continue

Ma'ahad Tahfiz Darus Syifa
31 Ogos 2012
10.03 am

No comments:

Post a Comment