Dari kitab Ad Durratun Nafi'ah Fi Isy Ratus Saa'ah oleh Syeikh Osman Jalaludin, menghuraikan lebih lanjut akan kitab-kitab dan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hajar Al Haitami dan Imam Suyuthi.
Disebut, terdapat lima fitnah besar sebelum kezahiran Imam Mahdi.
1. Pecahnya Sungai Furat di Iraq maka terkeluarlah emas dari bukit di situ. Tatkala mendengar manusia akan peristiwa itu, maka berpuak-puaklah manusia untuk mendapatkannya. Dalam banyak-banak puak itu, ada tiga puak dari anak khalifah. Satu dari puak itu berada hampir dengan tempat keluarnya emas, lalu mereka berkata " Demi ALLAH, akan kami bunuh sekelian manusia kerana jika kami tinggalkan mereka nescaya akan habis emas ini diambil mereka." Maka terjadi perbalahan dan perselisihan yang besar. Berlaku pembunuhan besar-besara. Hinga nisbah yang hidup ialah seorang bagi setiap seratus orang.
2. Keluar seorang dari keturunan Sufian yang kafir daripada anak Khalid bin Yazid bin Sufian dalam negeri Syams. Puak Sufyani ini akan menzalimi. Maka berlakulah peperangan yang amat besar.
3. Keluar bersama puak Abqo' (gelaran seseorang). Asal makna Abqo' kerana ada padanya warna putih dan hitam dari negeri Mesir. Maka berlakulah peperangan yang amat besar.
4. Keluar pula puak Ashab (gelaran seseorang). Asal makna Ashab ialah sesuatu yang berccampur dengan warna putih dan warna merah.
5. Keluar pula uak I'raj (gelaran seseorang). Asal makna I'raj ialah orang yang berjalan capik dari negara Maghribi. Maka berlaku peperangan yang amat besar.
Maka berlakulah peperangan yang amat besar selama setahun dan kemenangan di pihak Sufyani ke atas Abqo' dan Ashab.
Selepas itu keluar seorang raja dari negeri Maghribi. Membunuh ia akan sekelian lelak dan menawan ia akan sekelian perempuan. Kemudian berhenti ia di bumi Arab. Kemudian menawan ia semula dan berperang dengan puak Sufyani. Puak Raja Maghribi akhirnya dikalahkan oleh puak Sufyani. Maka habislah harta milik Raja Maghribi dirampas oloeh puak Sufyani.
Kemudian puak Sufyani berperang dengan Rom dan Turki. Berlakulah penganiayaan ke atas anak-anak di negeri itu. Perut perempuan-perempuan yang hamil dibelah dan bayi-bayi dibunuh. Lelaki dari keturunan Quraisy lari ke Turki dan bersembunyi di sana. Tetapi atas ancaman Sufyani, pemerintah Turki terpaksa menghantar orang Quraisy kembali ke tempatnya. Apabila sampai di Damsyik, lelaki Quraisy itu dipukul di tengkuknya oleh puak Sufyani. Sebahagian lelaki Quraisy sempat lari ke Khurasan. Maka pihak Sufyani bersedia ke Khurasan untuk menuntut mereka. Sepanjang perjalanan dari Syams ke Khurasan, binasalah semua bandar-bandar, rumah-rumah, tentera, hinggalah Sufyani tiba di Baghdad. Di Baghdad Sufyani membunuh 100,000 jiwa. Seterusnya mereka menuju ke Kufah. Di Kufah Sufyani membunuh 60,000 jiwa. Mereka menawan semua perempuan dan kanak-kanak. Seterusnya mereka menuju ke Khurasan.
Sufyani menjadi semakin zalim. Pihak Khurasan menyuruh semua orang berjaga-jaga akan kehadiran Sufyani. Barangsiapa dari Ahli Khurasan dari keturunan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam atau Bani Hasyim yang ditemui oleh Sufyani sepanjang perjalanan, sama ada lelaki mahu pun perempuan, habis ditangkap oleh puak Sufyani. Setengahnya dibunuh di tempat penangkapannya dan setengahnya dihantar ke Kufah.
Maka pada ketika itu, Imam Mahdi telah pun zahir namanya, tempat zahirnya di Madinah setelah kelima-lima fitnah itu menjadi nyata sempurna.
Ada pun tempat mula zahirnya Imam Mahdi tidaklah maklum nyata kerana saat itu berlaku huru-hara. Maka larilah Imam Mahdi bersama Al Mansur dan tujuh orang ke Mekah untuk bersembunyi. Tatkala Imam Mahdi keluar dari Madinah ke Mekah, diutus oleh Raja Madinah kepada Raja Mekah satu surat menyebut akan Imam Mahdi dan nama-nama jemaah yang bersama dengannya. Terdiam membisu Raja Mekah apabila menerima surat dari Raja Madinah.
Kemudian daripada itu, bermesyuaratlah Imam Mahdi dan jemaahnya untuk menemui Raja Mekah untuk memohon perlindungan. Maka bertemulah Imam Mahdi dan jemaahnya dengan Raja Mekah pada waktu malam. Maka disuruh oleh Raja Mekah kepada Imam Mahdi dan jemaahnya untuk keluar dari Mekah dengan berkata "Keluarlah oleh kamu hal keadaan kamu dalam keadaan keamanan". Maka keluarlah Imam Mahdi dan jemaahnya dari Mekah. Di pertengahan jalan, Raja Mekah memanggil dua orang dari mereka. Maka datanglah dua orang dari mereka menemui Raja Mekah. Lalu dibunuh salah seorang dari mereka di antara rukun Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim. Setelah itu jatuhlah kemurkaan ALLAH kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Akan seorang kawan lagi, melihatlah akan dia kepada kawannya yang dibunuh itu. Lalu dia memberitahu kepada Imam Mahdi dan sahabt-sahabatnya. Berita tersebut menyebabkan Imam Mahdi bersiap berangkat untuk memerangi Raja Mekah. Saat mereka sampai di Taif, maka mereka bermukim di sebuah bukit. Maka menyerulah Imam Mahdi kepada Ahli Taif untuk mengikutnya. Seruan Imam Mahdi disahut dan ahli Taif mengikuti Imam Mahdi.
Tatkala Raja Mekah mendapat khabar Imam Mahdi dan jemaahnya bermukim di Taif, maka keluarlah Raja Mekah bersama tenteranya untuk memerangi Imam Mahdi. Dalam peperangan itu, Raja Mekah dikalahkan oleh Imam Mahdi dan tenteranya di Taif. Ini adalah peperangan pertama Imam Mahdi dari enam siri peperangan.
Peperangan kedua ialah peperangan dengan Turki. Bahawasanya peperangan dengan negeri Turki ini di turut serta oleh wali-wali ALLAH. Telah menanggunglah oleh ulama di atas memerangi Imam Mahdi akan negeri Turki kerana dua perkara. PERTAMA Negeri itu jatuh ke tangan kafir. KEDUA Ahli negeri itu terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Setelah tujuh tahun peperangan Imam Mahdi dengan Turki, barulah muncul Dajjal Laknatullah. Bersama-sama Nabi Isa AS, Imam Mahdi akan membunuh Dajjal Al Kazzab Laknatullah.
To be continue ..... Siri Peperangan Imam Mahdi
Gurney Resort Hotel & Residences
1 September 2012
4.15 am
No comments:
Post a Comment