Saya sejak kecil … diajar oleh arwah ayah, arwah datukserta
guru-guru bahawa di akhir zaman, sebelum kiamat, akan hadir seorang yang akan
membela agama yang telah dirosakkan oleh musuh-musuh Islam. Pembela tersebut
adalah Imam Mahdi. Waktu itu (waktu usia sekitar 7 tahun), tidak diberikan
kepada saya akan dalil-dalil dari sumber Al Quran mahu pun hadith. Maka sebagai
seorang yang jahil dan bersifat muqallid, kita hanya ikut dan percaya. Bukan
bidang kita untuk mempersoalkan apa yangbtelah diajar oleh para alim ulama. Dan
saya yakin, pada umumnya, umat Islam percaya akan kedatangan Imam Mahdi.
Hanya sebagian kecil yang tidak percaya karena meragukan
kesahihan riwayat tentang Imam Mahdi. Kerana merasakan ilmu mereka adalah lebih
hebat dari ilmu para ulama di zaman salafussoleh. Lebih-lebih lagi di kala
wujudnya kumpulan yang merasakan diri mereka lebih hebat dari para ulama hadith
di zaman salafussoleh yang mempertikaikan kesahihan hadith berkenaan Imam Mahdi
walau diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, wujud pula kelompok yang menggunakan cerita
kedatangan Imam Mahdi untuk mempengaruhi umat Islam agar mendukung gerakannya.
Golongan opportunist ini meyakinkan umat Islam bahawa
sekarang sudah akhir zaman. Akan terjadi banyak fitnah dan kekacauan. Umat
Islam hanya punya dua pilihan memilih menjadi pengikut Dajjal atau pengikut Imam
Mahdi. Jika ingin selamat, umat Islam hendaknya bergabung dengan pendukung Imam
Mahdi. Mereka sendiri mengaku merupakan calon pendukung Imam Mahdi, apabila Imam
Mahdi muncul kelak. Maka pelbagai “pengorbanan” dituntut kepada ahli-ahli yang
bercita-cita menjadi pendukung Imam Mahdi. Serahkan duit, harta benda hatta
maruah diri kepada pemimpin. Dan yang lebih extreme, untuk menyambut kedatangan
Imam Mahdi, mereka menyusun kekuatan bersenjata agar ketika Imam Mahdi datang,
mereka siap menjadi pendukung yang kuat. Mereka juga mengajak umat Islam pindah
ke negara-negara yang mereka kuasai, seperti sebagian Syria, dengan alasan
“hijrah ke negara Islam”. Menurut mereka, hanya di sana keselamatan pada akhir
zaman. Di sana Imam Mahdi akan turun memimpin dunia. Lalu seperti apa
sebenarnya cerita tentang Imam Mahdi?
Keterangan datangnya Imam Mahdi bersumber dari hadith-hadith
Nabi ﷺ. Di antara ahli hadith yang meriwayatkan hadith tentang Imam Mahdi
adalah Abu Daud, Al-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Hakim, Al-Thabarani, dan Abu
Ya’la.
Sanad hadith mereka sampai pada sejumlah sahabat seperti
Ali bin Abi Thalib, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Thalhah, Abdullah bin Mas’ud, Abu
Hurairah, Abu Sa’id Al-Khudri, Ummu Habibah, Ummu Salamah, Tsauban, Qurrah bin
Iyas, Ali Al-Hilali, Abdullah bin Haris bin Jaz’i.
Sanad yang menghubungkan antara ahli hadith dengan para
sahabat bernaneka macam tingkatannya. Ada yang sahih, hasan, dan ada pula yang
daif (Aun Al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud, jilid 11, hlm. 243). Al-Mubarakfuri
(w. 1353 H.) menyatakan bahawa ada banyak sekali riwayat tentang Imam Mahdi.
Kebanyakan berstatus daif. (Tuhfat Al-Ahwadzi Syarah Sunan Al-Tirmidzi, jilid
6, hlm. 402).
Al-Tirmidzi meriwayatkan tiga hadith tentang Imam Mahdi.
Salah satu di antaranya bersumber dari sahabat Abdullah bin Mas’ud.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ العَرَبَ رَجُلٌ مِنْ
أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي»: وَفِي البَابِ عَنْ عَلِيٍّ، وَأَبِي سَعِيدٍ،
وَأُمِّ سَلَمَةَ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Dari Abdullah bin Mas’ud yang mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ.
bersabda, “Tidak kiamat dunia ini sampai seorang laki-laki dari ahli baitku
menguasai bangsa Arab. Namanya sesuai dengan namaku. (HR. Al-Tirmidzi)
Menurut Al-Mubarakfuri, riwayat Al-Tirmidzi di atas adalah
salah satu yang berstatus sahih di antara hadith-hadith tentang Imam Mahdi.
Al-Tirmidzi meriwayatkan tiga buah hadith mengenai Imam
Mahdi. Abu Daud meriwayatkan sebelas hadith. Ibnu Majah meriwayatkan tujuh buah
hadith.
Ibnu Majah meriwayatkan tujuh buah hadith. Dari riwayat
Al-Tirmidzi, dapat dipahami beberapa ciri Imam Mahdi. Pertama, berasal
keturunan keluarga Nabi ﷺ.
Kedua, dia akan menguasai bangsa Arab atau seluruh dunia
Islam menurut sebagian penafsiran. Ketiga, namanya sesuai dengan nama Nabi ﷺ.
Muhammad bin Abdullah.
Azhim Abadi (w. 1329 H.) menyatakan bahawa munculnya Imam
Mahdi di akhir zaman merupakan keyakinan umat Islam selama berabad-abad.
Ciri-cirinya di antaranya:
(1) ia berasal dari Ahli Bait,
(2) kedatangannya akan menguatkan agama Islam,
(3) meratakan keadilan,
(4) diikuti umat Islam,
(5) menguasai negeri-negeri Islam,
(6) bernama Imam Mahdi,
(7) kemunculannya diikuti kemunculan Dajjal,
(8) lalu kemunculan Nabi Isa,
(9) dan Isa menjadi
makmum Imam Mahdi dalam salat
(Aun Al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud, jilid 11, hlm. 243).
Menurut Syekh Ali Jumah, di antara tanda Imam Mahdi adalah ALLAH
akan menanamkan cinta dalam hati umat Islam kepada Imam Mahdi (an yulqiya allah
fi qulubihim al-mahabbah). Ini adalah ciri yang penting untuk mengenali Imam
Mahdi.
Kerana, telah banyak kelompok yang mengaku sebagai gerakan Imam
Mahdi. Mereka meyakini pemimpinnya adalah Imam Mahdi. Padahal, mereka hanya
membaca sebahagian tanda-tanda Imam Mahdi. Tanda terakhir, yaitu dicintai oleh
seluruh umat Islam, tidak terpenuhi.
Al-Suyuthi mencatat bahawa dalam sejarah umat Islam,
terdapat banyak kelompok yang mendakwa sebagai gerakan Imam Mahdi. Menurutnya,
semua itu bentuk kebohongan belaka kerana ketika diukur berdasarkan kriteria-kriteria
di atas selalu ada yang kurang alias tidak cocok. Kelompok-kelompok yang
mendakwa tersebut mempermainkan dalil-dalil agama seperti anak-anak memainkan
mainannya. Mereka berusaha menyamakan ciri-ciri pemimpin serta kelompoknya
dengan Imam Mahdi dan pendukungnya. Ciri pendakwa tersebut, kata Al-Suyuthi,
adalah mereka membuat ukuran keimanan sendiri bahawa umat Islam yang
mendukungnya sebagai mukmin dan yang menolak bergabung bersama mereka disebut
kafir. Ciri lainnya, mereka berani membunuhi para ulama (Al-Suyuthi, Syarah
Sunan Ibn Majah, jilid 1, hlm. 300).
Lalu, bagaimana sikap kita terhadap isu Imam Mahdi? Para
ahli hadith menyepakati adanya hadith-hadith tentang Imam Mahdi. Sebahagian di
antaranya sahih, hasan, daif dan ada pula yang maudhu. Sekalipun kedatangan Imam
Mahdi dapat diterima berdasarkan hadith-hadith Rasulullah ﷺ., kita tidak dapat
memastikan bila Imam Mahdi akan muncul. Menyikapi fenomena penggunaan hadith-hadith
Nabi ﷺ. dan khususnya berita tentang Imam Mahdi, untuk mendukung perjuangan
kelompok tertentu, hendaknya kita berhati-hati agar tidak terjatuh dalam
pusaran fitnah, konflik dan pertumpahan darah.
Rasulullah ﷺ. mewasiatkan ketika menghadapi masa-masa
fitnah, umat Islam hendaknya menjaga diri agar tidak terlibat di dalamnya.
Oleh itu pendirian kita atas isu kewujudan Imam Mahdi adalah
… YA, BENAR. IMAM MAHDI ITU WUJUD BERDASARKAN HADITH-HADITH SAHIH.
Kerana dari penulisan yang terdahulu, diriwayatkan tidak kurang 26 orang para sahabat Rasulullah yang diredhai ALLAH telah meriwayatkan hadith-hadith yang sahih. Sebahagian hadith-hadith tersebut terkandung di dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim termasuk juga kitab hadith Sunan Sittah.
Shabat-sahabat Radhiallahuanhuma terbabit adalah seperti berikut :
1. Uthman bin Affan
2. Ali bin Abi Thalib
3. Talhah bin Ubaidillah
4. Abdul Rahman bin Auf
5. Al Husain bin Ali
6. Ummu Salamah
7. Ummu Habibah
8. Abdullah bin Abbas
9. Abdullah bin Mas’ud
10. Abdullah bin Umar
11. Abdullah bin Amar
12. Abu Said bin Kudri
13. Jabir bin Abdullah
14. Abu Hurairah
15. Anas bin Malik
16. Ammar bin Yasir
17. Auf bin Malik
18. Syauban
19. Kaurah bin Iyas
20. Ali Al Hilali
21. Huzaifah bin Al Yaman
22. Abdullah bin Al Haris bin Juzuk
23. Auz bin Malik
24. Imran bin Husain
25. Abu Tufail
26. Jabir bin Sidqi r.a
Termasuklah 36 orang imam dalam ilmu hadis telah menyebut hadis zahirnya Imam Mahdi di dalam kitab-kitab mereka, di antara ulamak-ulamak Rahimahumullahu ta’ala ini adalah :
- Abu Daud,
- At Tarmizi,
- Ibnu Majah,
- An Nasai,
- Al Imam Ahmad bin Hambal,
- Ibnu Hibban,
- Al Hakim
- Dan lain -lain.
Malah ada ulamak-ulamak besar yang mengarang kitab yang khusus dalam membicarakan tentang Imam Mahdi. Antaranya :
- Abu Bakar bin Abi Haitam,
- Al Hafiz Abu Naim,
- Imam Jalaluddin As Suyuti,
- Imanuddin Ibnu Kathir,
- Ibnu Hajar Al Makki,
- Mohammad bin Ismail Hasan Ali,
- Al Syeikh Abdul Mukhsin bin Abban
- Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari
- dan lain-lain.
Maka terus berpegang kepada konsep Imam Mahdi.
Jadi ... bagaimana pula ulama-ulama yang menafikan konsep Imam Mahdi?
TERPULANG KEPADA MEREKA.
TERPULANG KEPADA MEREKA.
Kerana tiada sebarang kenyataan yang membuktikan Imam Mahdi adalah persoalan aqidah yang pokok. Maka ianya masih boleh diperbincangkan.
No comments:
Post a Comment