Friday, 19 February 2021

SYARIAT, TARIQAT, HAKIKAT & MAKRIFAT Part 1

 SYARIAT, TARIQAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT Part 1





Ramai orang mengaku bertareqat. Sama ada mereka sedar apakah mereka faham akan pengakuan mereka.

Tidak perlu jauh.

Saya ingin mengajak diri kita sendiri untuk berfikir sejenak. Rasulullah SAW bersabda ertinya ... Berfikir sesaat itu lebih baik dari beribadat 70 tahun.

Saya ingin mengajak Tuan/Puan mengembara.
1. Apakah itu tareqat?
2. Apakah aku sudah benar-benar faham sayarat-syarat bertareqat?
3. Apakah aku sudah benar-benar beramal dengan tareqat?
4. Jika aku sudah beramal dengan tareqat, apakah amalan tareqat ini sudah benar-benar menjadikan aku orang yang lebih hampir kepada ALLAH?
5. Apa bukti aku sudah lebih hampir kepada ALLAH?

Tuan/Puan,

Malam ini. Di kamar tidur. Setelah lampu dipadam. Sebelum mata Tuan/Puan dipejam. Sebelum Tuan/Puan melabuhkan jasad di pembaringan beralaskan tilam yang empuk. Duduklah sendirian di atas katil. Pejamkan mata. Lapangkan akal dan fikiran. Lantas ....Tanyalah lima soalan ini kepda diri sendiri..... Simpanlah jawapannya untuk diri sendiri.

@@@@@@@@@@@@@@@@

ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Esa. Tiada awal dan tiada akhir. Tidak beranak dan tidak diberanakkan. Tidak ada apa pun yang serupa dengan-NYA. Dan ALLAH menciptakan makhluk-NYA yang paling sempurna dan paling mulia. Baginda Rasulullah SAW yang membawa rahmat kepada seluruh alam. ALLAH menciptakan manusia dengan unsur jasad dan roh.

Rasulullah SAW diutus untuk menjadikan seluruh makhluk berada di dalam rahmat, keampunan dan keredhaan ALLAH. Untuk itu, ALLAH membekalkan Rasulullah SAW dengan wahyu-NYA iaitu Al Quran. Dan berdasarkan Al Quran, Rasulullah SAW mengajar para sahabat tentang iman, Islam dan ihsan. Didikan, sabdaan (hadith), perbuatan tingkah laku atau amalan Rasulullah SAW inilah yang dinamakan SUNNAH.

Ilmu dari Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW ini diajar pula oleh ulama muktabar. Untuk beriktiqad yang benar, Imam Abu Mansur Al Maturidi dan Imam Abu Hassan Al Asy'ari menyusun ilmu tauhid sifat 20, agar kita mampu beriktiqad dan beraqidah sebagaimana aqidah Rasulullah SAW dan para sahabat. Barulah kita KENAL ALLAH dan Rasul-rasul-NYA,s erta kitab-kitab-NYA, para malaikat-NYA, tentang hari akhirat serta Qadak dan Qadar. Ilmu Tauhid ilmu untuk mengenal zat yang maha berkuasa dan yang mencipta kita. Tanpa kenal ALLAH, kita tidak akan mampu menghambakan diri kepada ALLAH. Bagaikan seorang rakyat yang tidak kenal Sang Raja, maka tidak mungkin rakyat mampu berkhidmat kepada Sang Raja. Begitulah perumpamaan, jika kita tidak mempelajari ilmu tauhid, kita tidak kenal ALLAH yang mencipta kita, maka solat kita, puasa kita, zakat kita, zikir wirid kita, amal ibadah kita, dan sebagainya selama ini untuk siapa?

Setelah mempelajari ilmu tauhid. Kita sudah kenal ALLAH. Kita belajar ilmu fiqih. Ilmu fiqih adalah ilmu yang mengajar kita cara memperhambakan diri kepada ALLAH. Cara untuk kita beribadah kepada ALLAH. Ada empat mazhab di sisi Ahlis Sunnah Wal Jamaah. Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali yang menyusun ilmu Fiqih.Bagi umat Islam di nusantara, dan majority umat Islam di dunia, Mazhab Syafie menjadi amalan. Dalam amzhab Syafie, kita di ajar rukun untuk beribadah, syarat sah dan batal amal ibadah kita. Solat, puasa zakat, Haji, taharah dan lain-lain amal ibadah yang lain. Pendekata, Ilmu Fiqih adalah ilmu yang mengajar jasad manusia cara-cara untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada ALLAH.

Sebagaimana terciptanya manusia dengan dua unsur, jasad dan roh. Jika ilmu fiqih adalah ilmu untuk jasad mengabdikan diri kepada ALLAH. Maka ilmu tasawwuf pula adalah ilmu untuk roh mengabdikan diri kepada ALLAH. Maka diajar akan sifat mahmudah dan sifat mazmumah. Di ajar cara-cara mujahadah melawan nafsu untuk mendidik nafsu. Diajar riadah nafsu agar nafsu hanya cenderung kepada kebaikan. Ilmu Tasawwuf ini disusun oleh beberapa ulama besar. Junaid Al Baghdadi dan Imam Al Ghazali. Dan di dalam ilmu tasawuf ini ada juga mazhab-mazhab ilmu tasawuf. Mazhab ilmu tasawuf inilah dinamakan tareqat.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Di dalam kitab Futuhat Al Ilahiyah Fi Bayan kaifiyatil Thoriqatil Ghazaliyah oleh Saiyidi Syeikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi muka surat 31. Embah menulis :

Ketahuilah kamu, Semoga ALLAH merahmatimu. Semestinya bagi menuju ke akhirat dengan mengumpul ketiga-tiga jalan itu tanpa ragu-ragu dan tiada hampa bagi sesuatu darinya iaitu SYARIAT, TARIKAT dan HAKIKAT.

YANG PERTAMA WAJIBNYA bagi yang mukallaf ialah SYARIAT. Sesiapa yang beramal dengannya mudahlah mendapat pertolongan ALLAH Ta'ala supaya memasuki jalan-jalan bermujahadah. Yang mana ianya adalah jalan bagi sesiapa yang beramal dengannya terpancarlah NUR HAKIKAT baginya.

@@@@@@@@@@@@@@@

Apa yang kita pelajari dari kitab tulisan Embah berkenaan SYARIAT, TARIQAT dan HAKIKAT?

Kita semua akan berakhir dan menuju ke akhirat. Di akhirat hanya ada dua tempat, iaitu syurga DAN neraka. Untuk masuk ke syugra, hendaklah dengan rahmat ALLAH. Untuk mendapat rahmat ALLAH, maka hendaklah kita beramal dengan syariat, tariqat dan hakikat.

Antara syariat, tariqat dan hakikat, yang PALING UTAMA dan PALING WAJIB adalah SYARIAT. Syariat adalah syarat atau anak kunci sebelum bertariqat dan sebelum memperolehi hakikat.Adalah DUSTA jika seseorang itu mengaku bertariqat atau mengaku mempunyai hakikat tetapi dia sendiri melanggar syariat.

Apakah SYARIAT?
Apakah TARIQAT?
Apakah HAKIKAT?

InsyaALLAH saya akan kupas di masa akan datang.

.....To be continue ..................

No comments:

Post a Comment