Friday, 19 February 2021

SYARIAT, TARIQAT, HAKIKAT & MAKRIFAT Part 2

 SYARIAT, TARIQAT, HAKIKAT & MAKRIFAT Part 2




Apa yang anda faham tentang SYARIAT?
Syariat ni apa?
Tariqat ni apa?
Hakikat ni apa?

Dalam kitab beliau, ulama menyatakan, untuk mendapat rahmat ALLAH, hendaklah kita bersyariat, bertariqat dan berhakikat. Dan ulama mengatakan, syariat itu yang paling wajib dan paling utama dilaksanakan. Tanpa syariat, seseorang tidak akan dapat mengamalkan tariqat dan tidak akan memperolehi hakikat.

Apa pentingnya syariat sehingga ulama menyatakan, kalau tak ada syariat, tak akan ada tariqat, tak akan ada hakikat, tak akan ada rahmat ALLAH dan pastinya pengakhiran kita di akhirat amat buruk dan azab?

Zaman sekarang .....

Orang menganggap ... syariat itu adalah solat .... puasa .... zakat .... Haji .... sedekah ..... tahlil Mawlid ..... solat jenazah. .... Selain yang ditulis ini, bukan syariat.

Judi ... ini bukan syariat .... sambil solat, sambil tahlil Mawlid, sambil zikir wirid .... boleh aje main judi sebab bukan syariat .... ini yang saya diberitahu, suatu masa dulu.

Rumah urut di Batam, atau Yogjakarta .... langgan sundal dan "bersuka ria" berdua-duaan dalam satu bilik ... itu bukan syariat. Kita baru aja selesai amalan tariqat kita. Syariat dan tariqat ini tak boleh campur .... Ini juga yang diberitahu kepada saya suatu masa dulu.

Enta tak boleh buka Travel Agent ... ini salah ... tak ada adab ....melanggar amalan (tariqat) kita .... ini yang dikatakan kepada saya suatu masa dulu.

Tariqat ni ... kita boleh masuk alam (alam kerohanian). Kita boleh nampak jin. Kita dapat kasyaf bla bla bla bla .... saya letih dan muak dengar cerita macam ni.

Inilah kefahaman orang zaman sekarang tentang syariat dan tariqat.

Bila saya buka kitab Fiqh ... saya baca ... ternyata kenyataan orang-orang tersebut amat bercanggah dengan apa yang diajar dalam kitab.

Mengapa orang-orang ini berani menyatakan sesuatu yang sangat tidak benar dan bertentangan dari apa yang Islam ajar? Apakah mereka ingin buat tariqat sendiri? Jika mahu buat tariqat sendiri, DIPERSILAKAN. Dan jangan babitkan nama tariqat yang haq.

Malah kenyataan di atas juga saya bandingkan dengan apa yang terkandung dalam kitab Imam Al Ghazali, kitab Imam Syafie .... ternyata kenyataan yang dibuat mereka juga bertentangan dengan apa yang diamalkan dan diajarkan oleh Imam Al Ghazali dan Imam Syafie malah bertentangan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah SAW dan apa yang terkandung dengan Al Quran.

Nak tanya .... benarkah kita tahu dan faham apa itu Syariat, Tariqat dan Hakikat?

Jika apa yang kita tahu dan faham ... bertentangan dengan ajaran Embah, bertentangan dengan ajaran ulama muktabar, bertentangan dengan ajaran Rasulullah SAW dan bertentangan dengan Al Quran .... sebenarnya ... Apa yang kita amal?

AYUH kita mulakan dengan mengenal apa itu SYARIAT?

SYARIAT ialah hukum hakam ALLAH atau peraturan-peraturan yang telah ALLAH tetapkan melalui firman NYA di dalam Al Quran dan disampaikan oleh Sunnah Rasulullah SAW. Peraturan atau hukum ALLAH ini boleh dalam bentuk suruhan ALLAH dan boleh dalam bentuk larangan ALLAH.

Dari perintah suruh oleh ALLAH dan perintah larang ALLAH, hukum Syariat ini boleh dibahagi kepada lima.

Untuk lebih mudah difahami dan diamalkan oleh umat yang terkemudian, syariat yang menjadi peraturan atau hukum hakam ALLAH yang terkandung didalam Al Quran & Sunnah Rasulullah SAW , telah diterjemahkan oleh ulama Imam mazhab yang empat dan diberi contoh dengan qias. Adapun hukum syariat itu terbahagi kepada lima. Setiap tindak tanduk, amal perbuatan dan percakapan dalam kehidupan sehari-harian kita tidak terlepas dari 5 hukum syariat ini. Kelima-lima hukum dalam syariat itu adalah seperti berikut :

1. Wajib = dibuat dapat pahala, ditinggalkan berdosa, kedudukannya MESTI buat
2. Sunat = dibuat dapat pahala, ditinggalkan tak mengapa . kedudukannya ELOK buat
3. Haram = dibuat berdosa, ditinggalkan dapat pahala, kedudukannya MESTI tinggal
4. Makruh = ditinggalkan dapat pahala, dibuat tak mengapa, kedudukannya ELOK tinggalkan
5. Harus = dibuat atau ditinggalkan dosa tak dapat, pahala pun tak dapat, kedudukannya terpulang pada diri sendiri tempoh 5 syarat ibadah , beroleh pahala. Lima syarat tersebut ialah :
  • a) Niat mesti betul
  • b) Perlaksanaan mesti selaras dengan syariat
  • c) Natijah mesti betul tidak bertentangan syariat
  • d) Perkara yang dibuat dan dilaksanakan dibenarkan oleh syariat
  • e) Tidak meninggalkan ibadah yang asas

Apabila Syariat menyuluh/ mengatur hal ehwal keyakinan dan keimanan, dinamakan Usuluddin / Tauhid.
Apabila Syariat menyuluh hal ehwal lahiriah, peraturan yang zahir, dinamakan Feqah. Dan apabila Syariat menyuluh / mengatur hal ehwal hati , sifat-sifat hati, dinamakan Tasawuf/Akhlak

Inilah yang disebutkan di dalam Hadis Rasulullah SAW berkenaan Iman, Islam dan Ihsan.

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? Rasulullah : ISLAM, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu. ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang IMAN? Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya. Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang IHSAN ? Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) : Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ? Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu. ( Sahih Bukhari )

Maka sebagai khalifah ALLAH yang telah diamanahkan untuk melaksanakan hukum-hakam ALLAH dimukabumi, tanngungjawab ke arah perlaksanaan hukum syariat tersebut hendaklah dilaksanakan. Perlaksanaan hukum syariat dari perkara yang remeh temeh seperti buang air di tandas hinggalah ke aspek kehidupan yang lain seperti membangunkan institusi kekeluargaan, pendidikan, ekonomi dan kenegaraan. Perlaksanaan hukum syariat ini adalah WAJIB bagi setiap muslim. Barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum-hakam atau peraturan yang telah Allah tetapkan, maka akan jatuh ke atas mereka salah satu dari tiga hukum iaitu FASIQ, ZALIM atau KAFIR wal iyazubillahi min zalik

Maka kesimpulannya, SYARIAT lah yang menjadi kayu ukuran dan piawai untuk menilai sejauh mana benar sesuatu amalan, sejauh mana kebenaran sesuatu keprcayaan, sejauhmana kebenaran sesuatu amal perbuatan, perkataan dan sebagainya. Inilah neraca yang perlu digunakan oleh umat Islam dalam menempuh kehidupan di dunia menuju ke negara akhirat yang kekal abadi. Syariat inilah yang menjadi titik tolak dalam kita mengatur setiap langkah-langkah menyelusuri perjalanan ke arah mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Sumber syariat adalah Al Quran dan As Sunnah. Selain dari Al Quran dan As Sunnah adalah perkara yang bathil. Kesemua hukum-hakam Islam terkandung di dalam keduanya. Andainya kita berpegang teguh dengan isi kandungannya, insyaALLAH tidak akan sesat kita di dunia ini dalam menjalani permusafiran menuju ke negara yang kekal abadi.

Paling menyedihkan, zaman sekarang orang sudah tidak menjadi Al Quran dan As Sunnah sebagai sumber dalam bersyariat. Dalam setiap perbahasan dan perbincangan, kata-kata manusia fasiq dan munafik dijadikan dalil. Sajak-sajak sampah diletak setaraf dengan firman ALLAH dan sabda Rasulullah SAW. Hadis-hadis palsu dijadikan dalil berhujjah sambil hadis sahih dijadikan kandungan tong sampah. Secara tidak langsung, berlaku perlanggaran syariat. Bila syariat dilanggar, hukumnya HARAM. Bila melakukan perkara yang haram, apakah itu kebenaran yang dicari ?

Jika Syariat diabaikan, walau pun kita mengaku pandai, kita mengaku hamba ALLAH, walau kita mengaku pejuang Islam, walau kita mengaku ahli tarikat, mengaku ahli hakikat dan ahli makrifat, mengaku waliyullah, mengaku mujaddid terunggul, dan sebagainya, pengakuan kita hanyalah sia-sia. Tiada nilai disisi ALLAH SWT.

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.

Saya RECAP :
1. Syariat adalah hukum-hakam ALLAH dalam bentuk perintah suruh oleh ALLAH dan perintah larang oleh ALLAH.
2. Ada lima hukum syariat. Wajib, Haram, Sunat, Makruh dan Harus.
3. Setiap tindakan, amal perbuatan, pertuturan dan lintasan hati dan akal fikiran, tidak terlepas dari lima hukum syariat ini.
4. Syariat yang menyuluh keyakinan terkandung di dalam ilmu Tauhid.
5. Syariat yang menyuluh amalan zahiriah terkandung di dalam ilmu Fiqeh.
6. Syariat yang menyuluh amalan hati terkandung di dalam ilmu Tasawuf.

Maka solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, melaksanakan ibadah Haji ... ini adalah Syariat yang WAJIB. ... Ini Syariat dalam perintah suruh oleh ALLAH.

Manakala Tahlil Mawlid, solat tahajjud, puasa Isnin & Khamis, bersedekah ... ini adalah Syariat yang SUNAT. .... Ini Syariat dalam perintah suruh oleh ALLAH.

Sementara main judi, melanggan sundal, berdua-duaan bersama sundal di rumah urut ... ini adalah syariat yang HARAM ... Ini Syariat dalam perintah larang oleh ALLAH.

Begitu juga tidur selepas solat subuh atau asar, makan makanan yang membawa bau mulut .... Ini adalah syariat yang MAKRUH ... Ini Syariat dalam perintah larang oleh ALLAH.

Sementara berniaga / bermuamalah ... ini perkara yang HARUS tetapi boleh jatuh kepada salah satu syariat yang dilarang atau pun yang di suruh oleh ALLAH. Contohnya ... membuka Travel Agent ... jika dibuka untuk berniaga untuk niat mencari kekayaan yang akan digunakan membawa orang melancong ke rumah persundalan, itu HARAM. Tetapi jika dibuka untuk berniaga untuk mencari nafkah yang halal untuk pelajar muallaf yang memerlukan dana, itu syariat yang WAJIB.

Contoh perkara HARUS tetapi menjadi HARAM. Contohnya berpoligami ... Hendak tambah isteri, tetapi mengabaikan isteri pertama. Menzalimi isteri pertama. Hukumnya, HARAM. Lebih-lebih lagi sudah punya ramai isteri, tetapi masih mencari sundal. Ini memang nyata HARAM patut dihukum hudud.

Dan sebagaimana yang Embah tulis bahawa Syariat ini adalah yang PALING WAJIB dan PALING UTAMA. Ini bermakna SYARIAT ini sebagai penentu sesuatu kebenaran dan kemungkaran. TERMASUKLAH menentukan sama ada setiap amal perbuatan atau amalan ritual itu benar atau salah.

Jika amal perbuatan itu melibatkan amalan Syariat yang disuruh ALLAH dan selaras dengan apa yang disuruh sama ada hukum WAJIB atau SUNAT, maka ianya adalah BENAR dan mendapat pahala.

Jika amal perbuatan itu melibatkan amalan Syariat yang dilarang ALLAH dan melibatkan perkara yang HARAM, maka ianya adalah SALAH, MUNGKAR, MAKSIAT, SESAT dan mendapat dosa.

Ini termasuklah dalam amalan bertariqat. Jika sesuatu tariqat itu PRINSIP ajarannya menghalalkankan apa yang diwajibkan syariat dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh syariat, maka jadilah tariqat itu tariqat yang BENAR.

Sebaliknya jika sesuatu tariqat itu menghalalkan sesuatu yang diharamkan dalam syariat seperti berjudi, berzina, memfitnah atau mengharamkan sesuatu yang disuruh oleh syariat.. Maka jadilah amalan tariqat itu tariqat SALAH, MUNGKAR, MAKSIAT, SESAT.

Kadang-kadang kita lihat .... Ajaran dalam prinsip sesebuah tariqat tidak pernah pun menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh syariat. TETAPI apabila yang mengamalkan amalan tariqat itu terdiri dari manusia-manusia yang jahil, ditambah pula dalam keadaan jahil tapi malas hendak belajar, dan lebih malang lagi dah ler jahil serta malas belajar, ada pula rasa ego, ujub, perasan, syok sendiri, rasa diri pandai. Lalu manusia-manusia durjana ini melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat lepas tu disandarkan kepada amalan lalu amalan tariqat tersebut difitnah,

Sebab itu dalam amalan jemaah tariqat, jika ada mana-mana ahli yang terlibat dengan dosa besar, seperti main judi, melanggan sundal, membuat fitnah, minum arak dan dosa-dosa besar yang lain, ijazah terbatal dengan sendiri. FULL STOP.

Sudah jelas?

Bersambung ........
No photo description available.
محمد راضي بن عبدالرحمن, Mohd Asri and 3 others

No comments:

Post a Comment