SYARIAT, TARIQAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT Part 3
Syeikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi menulis di dalam kitab beliau, bahawa Syariat ini adalah yang PALING WAJIB dan PALING UTAMA. Ini bermakna SYARIAT ini sebagai penentu sesuatu kebenaran dan kemungkaran. TERMASUKLAH menentukan sama ada setiap amal perbuatan atau amalan ritual itu benar atau salah.
Jika amal perbuatan itu melibatkan amalan Syariat yang disuruh ALLAH dan selaras dengan apa yang disuruh sama ada hukum WAJIB atau SUNAT, maka ianya adalah BENAR dan mendapat pahala.
Jika amal perbuatan itu melibatkan amalan Syariat yang dilarang ALLAH dan melibatkan perkara yang HARAM, maka ianya adalah SALAH, MUNGKAR, MAKSIAT, SESAT dan mendapat dosa.
Ini termasuklah dalam amalan bertariqat. Jika sesuatu tariqat itu PRINSIP ajarannya menghalalkankan apa yang diwajibkan syariat dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh syariat, maka jadilah tariqat itu tariqat yang BENAR.
Sebaliknya jika sesuatu tariqat itu menghalalkan sesuatu yang diharamkan dalam syariat seperti berjudi, berzina, memfitnah atau mengharamkan sesuatu yang disuruh oleh syariat.. Maka jadilah amalan tariqat itu tariqat SALAH, MUNGKAR, MAKSIAT, SESAT.
Kadang-kadang kita lihat .... Ajaran dalam prinsip sesebuah tariqat tidak pernah pun menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh syariat. TETAPI apabila yang mengamalkan amalan tariqat itu terdiri dari manusia-manusia yang jahil, ditambah pula dalam keadaan jahil tapi malas hendak belajar, dan lebih malang lagi dah ler jahil serta malas belajar, ada pula rasa ego, ujub, perasan, syok sendiri, rasa diri pandai. Lalu manusia-manusia durjana ini melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat lepas tu disandarkan kepada amalan lalu amalan tariqat tersebut difitnah. Orang luar memfitnah amalan, ini perkara biasa. Tetapi jika pengamal yang memfitnah amalan, ini perkara yang di luar kebiasaan lagi biadap.
Sebab itu dalam amalan jemaah tariqat, jika ada mana-mana ahli yang terlibat dengan dosa besar, seperti main judi, melanggan sundal, membuat fitnah, minum arak dan dosa-dosa besar yang lain, ijazah terbatal dengan sendiri. FULL STOP.
Jadi .... Tariqat ini apa?
Apa hubung kait Tariqat dengan Syariat?
Untuk itu, kita kena kenal, apa itu Tariqat?
Embah menulis dalam kitab beliau, untuk menuju ke akhirat, wajib melaksanakan syariat, tariqat dan hakikat.
Jika Syariat adalah hukum-hakam ALLAH yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, yang dikenali berdasarkan lima hukum iaitu Wajib, Haram, Sunat, Makruh dan Harus.
Tariqat, asalnya dari perkataan TARIQ dalam bahasa Arab. Dalam bahasa Melayu nya adalah JALAN. atau CARA. Jalan atau cara menuju ke akhirat dalam mendapat rahmat ALLAH.
Jalan atau kaedah yang paling benar, paling selamat dan paling WAJIB adalah jalan atau kaedah yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW.
Bagaimana jalan atau cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW untuk mendapat rahmat ALLAH dalam menuju akhirat?
Jalan atau cara Rasulullah SAW adalah dengan melaksanakan segala perintah suruh ALLAH (melaksanakan hukum wajib dan sunat) dan meninggalkan segala larangan ALLAH (meninggalkan perkara-perkara yang haram dan makruh). Inilah tariqat Rasulullah SAW. Dan hukum bertariqat ini adalah WAJIB. WAjib bertariqat. WAJIB melaksanakan segala perintah suruh ALLAH. WAJIB meninggalkan segala larangan ALLAH.
INILAH MAKNA TARIQAT. Melaksanakan hukum hakam syariat. ... Inilah yang Embah maksudkan dalam penulisan beliau ... untuk menuju ke akhirat, WAJIBLAH melaksanakanlah syariat, tariqat dan hakikat.
Ingin diulang lagi agar lebih jelas. Apabila seseorang telah mempelajari, memahami dan meyakini ilmu syariat, lalu dia meLAKSANAKAN atau BERAMAL dengan ilmu syariat tersebut, maka itulah yang diertikan dengan TARIQAT. Melaksanakan atau beramal dengan syariat.
Oleh itu apabila seseorang menjalankan atau melaksanakan hukum syariat dengan bersungguh-sungguh, setiap suruhan ALLAH sama ada yang wajib dan yang sunat dilaksanakan sungguh-sungguh. Setiap larangan ALLAH sama ada yang haram atau yang makruh ditinggalkan sungguh-sungguh. Maka mereka telah dikatakan telah BERTARIQAT.
Contohnya ; Abu telah ke madrasah dan mempelajari cara sembahyang. Dia telah mempelajari rukun sembahyang, syarat wajib sembahyang, perkara yang sunat dilakukan dalam sembahyang, syarat sah sembahyang dan perkara-perkara yang membatalkan sembahyang. Setelah dia mempelajarai dan memahami ilmu tersebut, dia pun beramal dengan ilmunya untuk menunaikan sembahyang. Maka Abu telah dikatakan telah berTARIQAT di bidang sembahyang.
Nanti timbul pula persoalan ... habis tu ... ada yang dipanggil Tariqat Naqsyabandiah, Tariqah Ahmadiah, Tariqah Zyazaliah dan lain-lain tu ... Tariqat apa pula?
Jawapannya ... Kita telah menghurai tentang SYARIAT, yang terkandung di dalamnya LIMA HUKUM SYARIAT ( wajib, sunat, haram, makruh dan harus). Lima hukum Syariat ini apabila melibatkan perkara keyakinan atau keimanan, ianya dinamakan TAUHID. Lima hukum syariat jika melibatkan amalan yang zahir, ianya adalah FIQEH. Lima hukum Syariat ini apabila melibatkan amalan yang bathin atau persoalan hati, ianya adalah TASAWUF.
Tauhid hanya ada satu pegangan iaitu Ahlis Sunnah Wal Jamaah yang ilmunya disusun oleh dua Imam Besar iaitu Abu Hassan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi.Hukum kita beriktiqad dengan iktiqad Ahlis Sunnah Wal Jamaah adalah WAJIB, Kerana HANYA satu sahaja iktiqad ilmu Tauhid yang diterima oleh ALLAH, iaitu iktiqad Ahlis Sunnah Wal Jamaah.
Fiqeh yang di dalamnya terkandung bab Ibadah, munakahat, muamalat dan Jenayah, ilmunya disusun oleh hanya ada empat mazhab Ahlis Sunnah Wal Jamaah yaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hanbali. Hukum bermazhab bagi kita di akhir zaman ini adalah WAJIB.
Tasawuf yang di dalamnya diajar bagaimana hendak mengenal diri, bagaimana mengenal tingkatan iman, bagaimana mengenal tingkatan nafsu, bagaimana mengenal kekuatan diri, diajar apa itu sifat mahmudah, apa itu sifat mazmumah, bagaimana hendak melawan nafsu yang jahat (mujahadatun nafsi) dan bagaimana hendak menyuburkan nafsu yang baik (riadatun nafsi) disusun oleh ramai ulama Ahlis Sunnah Wal Jamaah antaranya Imam Junaiad Al Baghdadi dan Imam Al Ghazali dan banyak lagi. Setiap manusia mempunyai penyakit rohani atau penyakit hati yang tersendiri. Dan penyakit-penyakit ini hanya boleh diubati dengan kaedah yang tertentu dalam pengajaran ilmu tasawuf tertentu. Dari sini munculnya kaedah rawatan hati Naqsyabandiah, kaedah rawatan hati Syazaliah, kaedah rawatan hati Ahmadiah dan lain-lain jenama tariqat termasuklah Aurad Muhammadiah. Pendekata, kaedah rawatan hati dalam ilmu tasawuf ini dinamakan TARIQAT. Atau erti kata lain, jemaah TARIQAT zikir adalah mazhab dalam ilmu Tasawuf.
JELAS !
Apa hukum bertariqat?
Untuk menjawabnya, kita kembali kepada dua definisi Tariqat yang kita bahas di atas.
Definisi pertama, Tariqat ialah jalan Rasulullah SAW untuk mendapat rahmat ALLAH dalam menuju ke akhirat. Iaitu melaksanakan hukum Syariat, iaitu melaksanakan segala perintah suruh ALLAH yang wajib dan sunat DAN meninggalkan segala larangan ALLAH iaitu yang haram dan sunat. Hukumnya adalah WAJIB. WAJIB bertariqat dengan definisi atau takrifan begini. Mengapa jadi wajib? Sedangkan Rasulullah SAW yang menjadi kekasih ALLAH pun melaksanakan perkara yang wajib dan meninggalkan perkara yang haram. Macam muka-muka kita yang taka da jaminan syurga, lebih-lebih lagi WAJIB melaksanakan perkara yang wajib dan meninggalkan perkara yang haram.
Definisi kedua Tariqat iaitu mazhab ilmu Tasawuf iaitu jemaah zikir wirid, yang zikir wiridnya disusun oleh Rasulullah SAW, Dan diajar kepada pengasas tariqat Yang berketurunan Ahlil Bait.
Wirid adalah bacaan zikir yang dibaca secara berulang-ulang dalam tempoh dan kekerapan yang telah ditentukan. Zikir wirid terdiri dari kalimah taiyibah, selawat dan istighfar dan zikir wirid wajib bersumber dari Al Quran dan Hadith.
Jelas?
Pendapat Pertama ... Kita beramal (tariqat) ini untuk masuk Alam (Alam kerohanian) ... Saya diberitahu suatu ketika dulu.
Pendapat Kedua ... Kita beramal (tariqat) untuk dapat kasyaf ... Saya juga diberitahu suatu masa dulu.
Pendapat Ketiga ... Syariat dan tariqat ni lain. Tak boleh campur ... Letih dengar orang jahil buat polisi amalan. Rasa nak tumbuk dan terajang aje.
Dan banyak lagi persepsi yang entah dari mana.
Syariat adalah hukum ALLAH. Melaksanakan Syariat itu adalah Tariqat. Mana boleh dipisah antara Syariat dan Tariqat. Hatta tariqat dalam istilah mazhab tasawuf atau jemaah zikir ini pun WAJIB tertakluk kepada Syariat. Maka pendapat Ketiga tu kita dah boleh bakul sampahkan. Orang yang berpendapat begini seorang yang jahil murakab tapi berlagak tahu segala-galanya. Patut diikat orang sebegini atas kerusi di hadapan seorang guru agar dia belajar ilmu fardhu ain sampai faham. Orang yang macam inilah yang banyak mendatangakn fitnah ke atas amalan tariqat.
Kita beramal dengan Syariat dan berTariqat BUKAN untuk masuk Alam Kerohanian atau dapat kasyaf.
Kita beramal untuk dapat rahmat ALLAH.
Jika beramal untuk mendapat selain rahmat ALLAH, itu tidak ikhlas. Orang yang tidak ikhlas, hidupnya di dunia, hatinya tidak tenang. Masalah demi masalah Yang difikirkannya. Di akhirat pula akan dicampak ke dalam neraka.
Kita beramal bukan untuk masuk alam Kerohanian. Kita beramal bukan untuk dapat kasyaf. Kita beramal untuk mendapat rahmat ALLAH.
Ada pun berkenaan masuk ke Alam Kerohanian dan kasyaf itu, bukanlah urusan kita. Itu adalah anugerah ALLAH kepada mereka yang LAYAK. Dan syarat pertama Dan utama untuk melayakkan diri adalah penguasaan dan perlaksanaan SYARIAT yang sungguh-sungguh.
PERCAYALAH .... bagi mereka yang beramal kerana hendakkan kasyaf atau hendak masuk alam kerohanian, mereka TIDAK AKAN dapat apa yang mereka hajatkan, melainkan ditipu iblis dan syaitan.
Kadang-kadang saya terfikir .... Orang kita ... Di alam yang zahir ni pun teruk kena kelentong dengan manusia yang zahir. Kalau masuk ke alam kerohanian, agaknya berbakul-bakul kena kencing dengan iblis dan syaitan hehehe.
Bersambung ...
No comments:
Post a Comment