Friday, 19 February 2021

SYARIAT, TARIQAT, HAKIKAT & MAKRIFAT Part 4

 SYARIAT, TARIQAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT Part 4




Kita sudah membahas pengertian Syariat. Kita sudah membahas pengertian Tariqat. Sampai masanya kita membahas pengertian Hakikat.

Embah menulis dalam kitab beliau ... Untuk menuju ke akhirat dan mendapat rahmat ALLAH maka awajiblah kita menghimpunkan (beramal) dengan Syariat, Tariqat dan Hakikat. Antara ketiga-tiganya, SYARIAT yang paling wajib, paling pertama dilaksanakan dan paking utama untuk dipelajari, difahami dan diamalkan.

Dalam kitab Risalatul Qudsiyah pula, ESyeikh Muhammad Abdullah As Suhaimi ada menukilkan sepotong ayat Al Quran dari Surah Ibrahim ayat ke-24.

Maka untuk memudahkan dalam membahaskan makna hakikat ini, saya ingin memetik satu surah dari Al Quran iaitu Surah Ibrahim ayat yang ke-24 :

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ

Ertinya : Tidakkah kamu perhatikan bagaimana ALLAH telah membuat perumpamaan kalimah yang baik (kalimah Taiyyibah atau kalimah Tauhid) seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit

Saya ingin mengambil contoh menanam pokok untuk membahaskan tentang makna Hakikat. Ambil berkat dari surah Al Quran yang ada menyebut tentang menanam pokok.

Dalam Surah Ibrahim ayat ke 24, ALLAH menjadikan perumpamaan kalimah yang baik, iaitu kalimah taiyibah atau kalimah Tauhid atau dalam lain perkataan ISLAM itu sebagai satu perumpamaan pokok yang baik, akarnya teguh mencengkam bumi dan cabangnya menjulang ke langit.

Pokok yang baik atau pokok yang sempurna.

Apa yang anda boleh gambarkan dengan sebatang pokok yang baik atau sempurna?

Apa yang anda boleh sebutkan tentang ciri-ciri sebatang pokok yang baik atau sempurna?

Ciri-ciri sebatang pokok yang baik / sempurna .... kita mulai dari bawah dahulu :

1. Akar : Memiliki akar tunjang yang kukuh dan kuat mencangkam bumi. Akar yang kukuh dan kuat mencengkam bumi ini akan menjadikan pokok berkenaan tegak berdiri kukuh walau berlaku ribut taufan, tsunami atau sebarang usaha untuk menumbangkannya.

2. Batang pokok : Batang pokok yang besar, kuat, keras, kukuh. Tidak mampu ditebuk oleh haiwan. Tidak mampu dimakan oleh anai-anai. Sukar untuk dipotong oleh anasir-anasir yang hendak membinasakan pokok berkenaan.

3. Dahan besar : Mempunyai dahan-dahan besar yang banyak. Dahan besar ini menjadi alat untuk pokok meluaskan percambahan dahan kecil, ranting-ranting dan pertumbuhan daun.

4. Dahan kecil : Tempat bercambahnya ranting-ranting kecil. Tempat burung-burung menumpang membuat sarang. Menjadikan pohon rendang dan meliputi kawasan yang lebih luas dari kawasan pertumbuhan akar pokok.

5. Ranting-ranting yang bercabang dari dahan-dahan kecil. Ranting-ranting ini menjadi tempat tumbuhnya bunga dan buah.

6. Daun-daun : Menjadi alat menghalang cahaya matahari dan memberikan teduhan kepada mana-mana orang atau makhlauk yang ingin menumpang berteduh di bawahnya. Phon yang sempurna mempunya daun yang rimbun dan memberi manfaat kepada manusia untuk berteduh dari hujan dan panas matahari.

7. Bunga dan buah : Pokok hanya akan sempurna dengan tumbuhnya bunga dan terhasilnya buah. Bunga menjadi penyeri dan mencantikkan pokok. Buah, inilah matlamat utama pokok ditanam. Buah yang terhasil hendaklah buah yang cantik, isinya manis dan lazat.

Inilah ciri-ciri sebatang pohon yang cantik dan sempurna.

Jika ISLAM itu diumpamakan sebagai sebatang pokok, sebagaimana ALLAH menjadikan perumpamaan kalimah yang baik, kalimah taiyibah/ kalimah tauhid sebagai sebatang pokok yang baik dan sempurna,. Maka dapatlah kita umpamakan ciri-ciri ISLAM yang sempurna yang mencakupi Syariat, Tariqat dan Hakikat itu seperti berikut :

1. Akar : Akar tunjang yang kuat mencengkam bumi, adalah pegangan aqidah yang kuat iktiqadnya tidak dicelahi oleh jahil, syak, zan dan wahan. Iman yang teguh dan utuh, sehingga tidak mampu dirsoakkan aqidahnya terhadap Islam. Mencakupi rukun iman yang enam. Telah dihurai oleh Ustaz Muhammad Taha Suhaimi dalam kitab-kitabnya ILMU TAHUD, QADHA DAN QADAR, TAUHID, FIQEH DAN AKHLAK.dan HAKIKAT SYIRIK,

2. Batang pokok : Batang pokok yang besar, kuat, keras, kukuh. Tidak mampu ditebuk oleh haiwan. Tidak mampu dimakan oleh anai-anai. Sukar untuk dipotong oleh anasir-anasir yang hendak membinasakan pokok berkenaan. Ini adalah perkara-perkara yang fardhu ain yang merangkumi rukun Islam yang lima. Telah dihurai oleh Ustaz Muhammad Taha Suhaimi dalam kitab-kitabnya TAUHID, FIQEH DAN AKHLAK, KITAB SOLAT, KITAB PUASA, KITAB ZAKAT dan PANDUAN HAJI DAN UMRAH

3. Dahan besar : Mempunyai dahan-dahan besar yang banyak. Dahan besar ini menjadi alat untuk pokok meluaskan percambahan dahan kecil, ranting-ranting dan pertumbuhan daun. Ini adalah perkara-perakara fardhu ain yang lain seperti menutup aurat, menuntut ilmu, berjuang, berdakwah, berukhwah dan lain-lain lagi.

4. Dahan kecil : Tempat bercambahnya ranting-ranting kecil. Tempat burung-burung menumpang membuat sarang. Menjadikan pohon rendang dan meliputi kawasan yang lebih luas dari kawasan pertumbuhan akar pokok. Dahan kecil adalah perkara-perkara yang merangkumi perkara fardhu kfiayah yang tuntutannya, memadai seorang sahaja melaksanakannya, maka tuntutan kepada umat Islam yang lain terlaksana. Seperti menguruskan jenazah. Andainya ada seorang umat Islam yang mampu melaksanakannya, maka tuntutan kepada umat Islam lain terlaksana. Contoh yang lain ialah membangunkan ekonomi umat Islam, jika ada seorang yang sudah melaksanakan tanggungjawab membuka kedai runcit umat Islam, maka umat Islam lain tertunai tanggungjawabnya. Contoh yang lain, perubatan dan pendidikan Islam, jika ada seorang yang sudah melaksanakannya, maka tanggungjawab ke atas umat Islam yang lain terlaksana.

5. Ranting-ranting yang bercabang dari dahan-dahan kecil. Ranting-ranting ini menjadi tempat tumbuhnya bunga dan buah. Bagi amalan Islam, ini adalah amalan-amalan sunat yang ELOK dilaksanakan oleh setiap muslim. Contohnya adalah berzikir, bertahlil Mawlid, mengamalkan wirid Tariqat sufiyah, memakai kopiah/songkok, memakai serban dan banyak lagi.

6. Daun-daun : Menjadi alat menghalang cahaya matahari dan memberikan teduhan kepada mana-mana orang atau makhlauk yang ingin menumpang berteduh di bawahnya. Dalam islam, daun-daun ini mewakili perkara-perkara yang hukumnya HARUS. Jika dilakukan tidak berdosa dan tidak berpahala. Tetapi jika dilakukan mengikut sunnah Rasulullah SAW, ianya mendatangkan pahala dan menjadi ibadah. Antaranya makan, jika makan berdasrkan cara Rasulullah SAW< maka jadilah memakan makanan itu berpahala dan menjadi ibadah. Contohnya lagi, masuk ke tandas, jika masuk ke tandas menuruti cara yang Rasulullah SAW tunjukkan, maka mendapat pahala dan menjadi ibadah. Contohnya lagi, ialah tidur, jika tidur sebagaimana cara Rasulullah SAW tidur, maka mendapat pahala dan menjadi ibadah dan banyak lagi.

7. Bunga dan buah : Pokok hanya akan sempurna dengan tumbuhnya bunga dan terhasilnya buah. Bunga menjadi penyeri dan mencantikkan pokok. Buah, inilah matlamat utama pokok ditanam. Buah yang terhasil hendaklah buah yang cantik, isinya manis dan lazat. Apabila kita jaga akar pokok dengan membajainya dengan baja-baja yang baik. Kita jaga batang pokok dari dirosakkan oleh serangga, haiwan perosak. Kita jaga dahan besar, dahan kecil dan ranting-ranting agar tidak patah. Kita jaga daun-daun agar tidak layu. Maka pokok akan menghasilkan bunga-bunga yang cantik. Dari bunga-bunga yang cantik itulah akan menghasilkan buah-buah yang manis. Bunga yang cantik dan buah yang manis HANYA akan terbina dengan adanya amalan ilmu tasawuf. Dengan ilmu tasawuf diajar tentang tingkatan iman, tingkatan nafsu, kekuatan diri insan, diajar tentang sifat mahmudah dan sifat mazmumah, diajar tentang mujahadatun nafsi dan mriadatunnafsi, diajar apa itu takahlli, tahalli dan tajalli. Dari amalan ilmu tasawuf inilah akan melahirkan Bunga dan buah inilah AKHLAK MULIA. Jika buah yang terhasil adalah buah yang manis dapat dinikmati oleh manusia, inilah akhlak mulia yang dapat dimanfaatkan oleh manusia yang lain. Manusia terselamat dari fitnah yangd ibawanya. Manusia terselamat dengan ajaran dan didikannya untuk mentaati ALLAH. Dan ahlak mulia ini, DAPAT DIRASAI.

Dari penjelasan di atas, kita sudah akar, pokok, dahan besar, dahan kecil, ranting dan daun adalah SYARIAT. Apabila kita menjaga pokok tersebut untuk tumbuh subur, bermakna kita melaksanakan Syariat iaitu kita sedang BERTAriqat. Hasil kita menanam pokok dan menjaga pokok, maka lahirlah bunga dan buah. Sama seperti kita dan Islam. Hasil kita bersyariat dan bertariqat, maka lahirlah HAKIKAT. Pendek kata, cantik dan indahnya bunga adalah cantik dan indahnya akhlak mulia iaitu hakikat, Manisnya rasa buah yang terhasil adalah MANFAAT yang diterima oleh manusia, yang ini juga adalah HAKIKAT yang terhasil dari berSyariat dan berTariqat.

Hakikat adalah BUAH selepas kita mempelajari, memahami Syariat dan mengamalkan Syariat (berTariqat). Hakikat adalah ilmu rasa. Setelah kita bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah suruhan ALLAH dan bersungguh-sungguh meninggalkan larangan ALLAH dengan ikhlas, maka ALLAH akan menganugerahkan kepada kita satu RASA. Kita dapat merasai ketenangan, keamanan, kedamaian walau kita dikelilingi 1001 masalah. Di kala kita mendapat bala musibah, kita akan sabar dan redha, tidak emosi. Di kala kita mendapat nikmat, kita akan bersyukur dan kita berkongsi nikmat yang kita perolehi. Kita tidak iri hati atau hasad dengki dengan kelebihan atau kebaikan orang lain. Kita tidak minta diri disanjung dan dipuji kerana kita tahu, sanjungand an pujian hanyalah untuk ALLAH. Kita tidak rasa terhina dan rasa rendah diri dalam mengamalkan sunnah Rasulullah SAW walau seluruh makhluk menghina dan mengutuk kita. Setiap masalah yang datang, kita akan melaluinya dengan tenang dan mencari solusi, kita tidak sibuk menyalahkan orang lain.

Jelas ?

Makrifat pula adalah suatu rasa yang juga anugerah ALLAH kepada mereka yang sudah bersyariat, bertariqat dan berhakikat. Suatu rasa yang empunya diri merasakan ALLAH melihatnya di mana sahaja dan pada setiap saat. Orang diperingkat inilah yang akan mampu memasuki alam kerohanian dan memiliki pandangan kasyaf.

Jika diumpamakan kalimah yang baik (kalimah Taiyibah atau kalimah tauhid atau Islam) ... Makrifat ialah anda mengenali SIAPA yang "menciptakan akar pokok, batang pokok, dahan besar, dahan kecil, ranting, daun-daunan, bunga dan buah kepada pokok. Lantas akan tunduk sujud sebagai hamba yang sebenar-benar hamba.

Hendak masuk alam kerohanian?

Hendak menjadi kasyaf?

Tempohilah syariat dan tariqat dengan ikhlas dan milikilah anugerah hakikat dan suburkan ketiga-tiganya. ALLAH akan memberi makrifat.

No photo description available.
Ahmad Bekam and 2 others
SYARIAT, TARIQAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT Part 4
Kita sudah membahas pengertian Syariat. Kita sudah membahas pengertian Tariqat. Sampai masanya kita membahas pengertian Hakikat.
Embah menulis dalam kitab beliau ... Untuk menuju ke akhirat dan mendapat rahmat ALLAH maka awajiblah kita menghimpunkan (beramal) dengan Syariat, Tariqat dan Hakikat. Antara ketiga-tiganya, SYARIAT yang paling wajib, paling pertama dilaksanakan dan paking utama untuk dipelajari, difahami dan diamalkan.
Dalam kitab Risalatul Qudsiyah pula, Embah ada menukilkan sepotong ayat Al Quran dari Surah Ibrahim ayat ke-24.
Maka untuk memudahkan dalam membahaskan makna hakikat ini, saya ingin memetik satu surah dari Al Quran iaitu Surah Ibrahim ayat yang ke-24 :
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ
Ertinya : Tidakkah kamu perhatikan bagaimana ALLAH
telah membuat perumpamaan kalimah yang baik (kalimah Taiyyibah atau kalimah Tauhid) seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,
Saya ingin mengambil contoh menanam pokok untuk membahaskan tentang makna Hakikat. Ambil berkat dari surah Al Quran yang ada menyebut tentang menanam pokok.
Dalam Surah Ibrahim ayat ke 24, ALLAH menjadikan perumpamaan kalimah yang baik, iaitu kalimah taiyibah atau kalimah Tauhid atau dalam lain perkataan ISLAM itu sebagai satu perumpamaan pokok yang baik, akarnya teguh mencengkam bumi dan cabangnya menjulang ke langit.
Pokok yang baik atau pokok yang sempurna.
Apa yang anda boleh gambarkan dengan sebatang pokok yang baik atau sempurna?
Apa yang anda boleh sebutkan tentang ciri-ciri sebatang pokok yang baik atau sempurna?
Ciri-ciri sebatang pokok yang baik / sempurna .... kita mulai dari bawah dahulu :
1. Akar : Memiliki akar tunjang yang kukuh dan kuat mencangkam bumi. Akar yang kukuh dan kuat mencengkam bumi ini akan menjadikan pokok berkenaan tegak berdiri kukuh walau berlaku ribut taufan, tsunami atau sebarang usaha untuk menumbangkannya.
2. Batang pokok : Batang pokok yang besar, kuat, keras, kukuh. Tidak mampu ditebuk oleh haiwan. Tidak mampu dimakan oleh anai-anai. Sukar untuk dipotong oleh anasir-anasir yang hendak membinasakan pokok berkenaan.
3. Dahan besar : Mempunyai dahan-dahan besar yang banyak. Dahan besar ini menjadi alat untuk pokok meluaskan percambahan dahan kecil, ranting-ranting dan pertumbuhan daun.
4. Dahan kecil : Tempat bercambahnya ranting-ranting kecil. Tempat burung-burung menumpang membuat sarang. Menjadikan pohon rendang dan meliputi kawasan yang lebih luas dari kawasan pertumbuhan akar pokok.
5. Ranting-ranting yang bercabang dari dahan-dahan kecil. Ranting-ranting ini menjadi tempat tumbuhnya bunga dan buah.
6. Daun-daun : Menjadi alat menghalang cahaya matahari dan memberikan teduhan kepada mana-mana orang atau makhlauk yang ingin menumpang berteduh di bawahnya. Phon yang sempurna mempunya daun yang rimbun dan memberi manfaat kepada manusia untuk berteduh dari hujan dan panas matahari.
7. Bunga dan buah : Pokok hanya akan sempurna dengan tumbuhnya bunga dan terhasilnya buah. Bunga menjadi penyeri dan mencantikkan pokok. Buah, inilah matlamat utama pokok ditanam. Buah yang terhasil hendaklah buah yang cantik, isinya manis dan lazat.
Inilah ciri-ciri sebatang pohon yang cantik dan sempurna.
Jika ISLAM itu diumpamakan sebagai sebatang pokok, sebagaimana ALLAH menjadikan perumpamaan kalimah yang baik, kalimah taiyibah/ kalimah tauhid sebagai sebatang pokok yang baik dan sempurna,. Maka dapatlah kita umpamakan ciri-ciri ISLAM yang sempurna yang mencakupi Syariat, Tariqat dan Hakikat itu seperti berikut :
1. Akar : Akar tunjang yang kuat mencengkam bumi, adalah pegangan aqidah yang kuat iktiqadnya tidak dicelahi oleh jahil, syak, zan dan wahan. Iman yang teguh dan utuh, sehingga tidak mampu dirsoakkan aqidahnya terhadap Islam. Mencakupi rukun iman yang enam. Telah dihurai oleh Ustaz Muhammad Taha Suhaimi dalam kitab-kitabnya ILMU TAHUD, QADHA DAN QADAR, TAUHID, FIQEH DAN AKHLAK.dan HAKIKAT SYIRIK,
2. Batang pokok : Batang pokok yang besar, kuat, keras, kukuh. Tidak mampu ditebuk oleh haiwan. Tidak mampu dimakan oleh anai-anai. Sukar untuk dipotong oleh anasir-anasir yang hendak membinasakan pokok berkenaan. Ini adalah perkara-perkara yang fardhu ain yang merangkumi rukun Islam yang lima. Telah dihurai oleh Ustaz Muhammad Taha Suhaimi dalam kitab-kitabnya TAUHID, FIQEH DAN AKHLAK, KITAB SOLAT, KITAB PUASA, KITAB ZAKAT dan PANDUAN HAJI DAN UMRAH
3. Dahan besar : Mempunyai dahan-dahan besar yang banyak. Dahan besar ini menjadi alat untuk pokok meluaskan percambahan dahan kecil, ranting-ranting dan pertumbuhan daun. Ini adalah perkara-perakara fardhu ain yang lain seperti menutup aurat, menuntut ilmu, berjuang, berdakwah, berukhwah dan lain-lain lagi.
4. Dahan kecil : Tempat bercambahnya ranting-ranting kecil. Tempat burung-burung menumpang membuat sarang. Menjadikan pohon rendang dan meliputi kawasan yang lebih luas dari kawasan pertumbuhan akar pokok. Dahan kecil adalah perkara-perkara yang merangkumi perkara fardhu kfiayah yang tuntutannya, memadai seorang sahaja melaksanakannya, maka tuntutan kepada umat Islam yang lain terlaksana. Seperti menguruskan jenazah. Andainya ada seorang umat Islam yang mampu melaksanakannya, maka tuntutan kepada umat Islam lain terlaksana. Contoh yang lain ialah membangunkan ekonomi umat Islam, jika ada seorang yang sudah melaksanakan tanggungjawab membuka kedai runcit umat Islam, maka umat Islam lain tertunai tanggungjawabnya. Contoh yang lain, perubatan dan pendidikan Islam, jika ada seorang yang sudah melaksanakannya, maka tanggungjawab ke atas umat Islam yang lain terlaksana.
5. Ranting-ranting yang bercabang dari dahan-dahan kecil. Ranting-ranting ini menjadi tempat tumbuhnya bunga dan buah. Bagi amalan Islam, ini adalah amalan-amalan sunat yang ELOK dilaksanakan oleh setiap muslim. Contohnya adalah berzikir, bertahlil Mawlid, mengamalkan wirid Tariqat sufiyah, memakai kopiah/songkok, memakai serban dan banyak lagi.
6. Daun-daun : Menjadi alat menghalang cahaya matahari dan memberikan teduhan kepada mana-mana orang atau makhlauk yang ingin menumpang berteduh di bawahnya. Dalam islam, daun-daun ini mewakili perkara-perkara yang hukumnya HARUS. Jika dilakukan tidak berdosa dan tidak berpahala. Tetapi jika dilakukan mengikut sunnah Rasulullah SAW, ianya mendatangkan pahala dan menjadi ibadah. Antaranya makan, jika makan berdasrkan cara Rasulullah SAW< maka jadilah memakan makanan itu berpahala dan menjadi ibadah. Contohnya lagi, masuk ke tandas, jika masuk ke tandas menuruti cara yang Rasulullah SAW tunjukkan, maka mendapat pahala dan menjadi ibadah. Contohnya lagi, ialah tidur, jika tidur sebagaimana cara Rasulullah SAW tidur, maka mendapat pahala dan menjadi ibadah dan banyak lagi.
7. Bunga dan buah : Pokok hanya akan sempurna dengan tumbuhnya bunga dan terhasilnya buah. Bunga menjadi penyeri dan mencantikkan pokok. Buah, inilah matlamat utama pokok ditanam. Buah yang terhasil hendaklah buah yang cantik, isinya manis dan lazat. Apabila kita jaga akar pokok dengan membajainya dengan baja-baja yang baik. Kita jaga batang pokok dari dirosakkan oleh serangga, haiwan perosak. Kita jaga dahan besar, dahan kecil dan ranting-ranting agar tidak patah. Kita jaga daun-daun agar tidak layu. Maka pokok akan menghasilkan bunga-bunga yang cantik. Dari bunga-bunga yang cantik itulah akan menghasilkan buah-buah yang manis. Bunga yang cantik dan buah yang manis HANYA akan terbina dengan adanya amalan ilmu tasawuf. Dengan ilmu tasawuf diajar tentang tingkatan iman, tingkatan nafsu, kekuatan diri insan, diajar tentang sifat mahmudah dan sifat mazmumah, diajar tentang mujahadatun nafsi dan mriadatunnafsi, diajar apa itu takahlli, tahalli dan tajalli. Dari amalan ilmu tasawuf inilah akan melahirkan Bunga dan buah inilah AKHLAK MULIA. Jika buah yang terhasil adalah buah yang manis dapat dinikmati oleh manusia, inilah akhlak mulia yang dapat dimanfaatkan oleh manusia yang lain. Manusia terselamat dari fitnah yangd ibawanya. Manusia terselamat dengan ajaran dan didikannya untuk mentaati ALLAH. Dan ahlak mulia ini, DAPAT DIRASAI.
Dari penjelasan di atas, kita sudah akar, pokok, dahan besar, dahan kecil, ranting dan daun adalah SYARIAT. Apabila kita menjaga pokok tersebut untuk tumbuh subur, bermakna kita melaksanakan Syariat iaitu kita sedang BERTAriqat. Hasil kita menanam pokok dan menjaga pokok, maka lahirlah bunga dan buah. Sama seperti kita dan Islam. Hasil kita bersyariat dan bertariqat, maka lahirlah HAKIKAT. Pendek kata, cantik dan indahnya bunga adalah cantik dan indahnya akhlak mulia iaitu hakikat, Manisnya rasa buah yang terhasil adalah MANFAAT yang diterima oleh manusia, yang ini juga adalah HAKIKAT yang terhasil dari berSyariat dan berTariqat.
Hakikat adalah BUAH selepas kita mempelajari, memahami Syariat dan mengamalkan Syariat (berTariqat). Hakikat adalah ilmu rasa. Setelah kita bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah suruhan ALLAH dan bersungguh-sungguh meninggalkan larangan ALLAH dengan ikhlas, maka ALLAH akan menganugerahkan kepada kita satu RASA. Kita dapat merasai ketenangan, keamanan, kedamaian walau kita dikelilingi 1001 masalah. Di kala kita mendapat bala musibah, kita akan sabar dan redha, tidak emosi. Di kala kita mendapat nikmat, kita akan bersyukur dan kita berkongsi nikmat yang kita perolehi. Kita tidak iri hati atau hasad dengki dengan kelebihan atau kebaikan orang lain. Kita tidak minta diri disanjung dan dipuji kerana kita tahu, sanjungand an pujian hanyalah untuk ALLAH. Kita tidak rasa terhina dan rasa rendah diri dalam mengamalkan sunnah Rasulullah SAW walau seluruh makhluk menghina dan mengutuk kita. Setiap masalah yang datang, kita akan melaluinya dengan tenang dan mencari solusi, kita tidak sibuk menyalahkan orang lain.
Jelas ?
Makrifat pula adalah suatu rasa yang juga anugerah ALLAH kepada mereka yang sudah bersyariat, bertariqat dan berhakikat. Suatu rasa yang empunya diri merasakan ALLAH melihatnya di mana sahaja dan pada setiap saat. Orang diperingkat inilah yang akan mampu memasuki alam kerohanian dan memiliki pandangan kasyaf.
Jika diumpamakan kalimah yang baik (kalimah Taiyibah atau kalimah tauhid atau Islam) ... Makrifat ialah anda mengenali SIAPA yang "menciptakan akar pokok, batang pokok, dahan besar, dahan kecil, ranting, daun-daunan, bunga dan buah kepada pokok. Lantas akan tunduk sujud sebagai hamba yang sebenar-benar hamba.
Hendak masuk alam kerohanian?
Hendak menjadi kasyaf?
Tempohilah syariat dan tariqat dengan ikhlas dan milikilah anugerah hakikat dan suburkan ketiga-tiganya. ALLAH akan memberi makrifat.
No photo description available.
Ahmad Bekam and 2 others

No comments:

Post a Comment